28 Jun 2021

Persamaan Aqiqah dan Sambutan Hari Lahir Cara Islam

 


Apabila seorang bayi dilahirkan di dunia, pelbagai perasaan bercampur aduk bagi ibu bapa dan kebanyakkannya adalah suatu perasaan gembira kerana bayi yang dilahirkan semestinya ibu bapanya telah bersedia selama lebih kurang 9 bulan (mungkin 8-6 bulan untuk bersedia kerana mungkin pada bulan kedua baru Si Ibu atau Bapa baru mengetahui bahawa dirinya mengandungkan seorang anak)

Apabila bayi dilahirkan, maka Ibu Bapa dengan gembira menyambutnya dan mungkin agak kelam kabut apabila dengan keadaan ibu untuk berpantang, nak cek kuning bayi dan pemeriksaan kesihatan awal bayi.

Aqiqah (Akikah) merupakan salah satu sunat muakkad atau sunat yang sangat di tuntut kepada penganut agama Islam pada hari ke-7, 14, 21 selepas kelahiran atau sehingga dewasa atau sebelum akil baligh. Bagi saya untuk melaksanakan Akikah memerlukan jumlah wang untuk kedua anak lelaki yang jarak 18 bulan ni. Sekarang seorang berumur 4 tahun 8 bulan dan seorang lain umur 3 tahun 1 bulan. Jadi saya mengambil kemudahan melalukan akikah bagi anak sebelum akil baligh jika mengambil purata umur baligh lelaki mungkin seawal 10-12 tahun, umur baligh perempuan mungkin lebih awal 9-10 tahun.

Jika berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA, Akikah dilakukan pada hari ke-7 kelahiran dengan diberi nama dan dicukur rambut. Mengikut kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diberi 60 hari selepas kelahiran untuk mendaftar nama dan kelahiran.

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat Abu Daud (1522)

Akikah ini boleh disamakan dengan cara kita menyambut Hari Kelahiran (Happy Birthday) menurut Islam kerana tujuan utama kita melaksanakan Akikah selain daripada Sunnah Rasulullah SAW dan Sunat Muakkad adalah untuk menzahirkan kesyukuran ibu bapa kerana dikurniakan satu nyawa hasil dari darah daging mereka dari satu hubungan (terutamanya yang halal). Jadi Akikah adalah Sambutan Hari Kelahiran yang betul-betul mengikut Islam.

CARA MELAKSANAKAN AQIQAH

1. BERKEMAMPUAN TEMPAH BAHAGIAN AQIQAH

Menempah bahagian Haiwan cukup syarat untuk disembelih bagi tujuan Akikah. Aqiqah adalah mengira ikut kemampuan yang minimum iaitu seekor kambing atau 1 daripada 7 bahagian lembu (kerana seekor lembu ada 7 bahagian). Jika berkemampuan, boleh ambil 2 bahagian untuk anak lelaki dan satu bahagian untuk anak perempuan.

Of course la bila dewasa pun kita menyambut ulangtahun hari Lahir kita mengikut kemampuan (kecuali jika ada yang hendak kagumkan orang lain).

2. SEMBELIH SENDIRI ATAU WAKILKAN ORANG

Paling utama adalah orang yang Aqiqah menyembeli sendiri haiwan yang hendak dikorbankan. Tapi Zaman sekarang tak mampu nak sembelih sendiri, jika mengikut ulama' boleh diwakilkan dengan syarat Tuan yang hendak Aqiqah perlu wakilkan penyembelih tu sendiri. Zaman sekarang boleh telefon wakilkan. Maksudnya, Penyembelih tidak boleh sesuka hati sembelih haiwan aqiqah orang.

Sambutan Hari lahir versi Dewasa sama ada kita keluarkan bajet untuk belik kek sendiri atau wakilkan orang (orang yang bagi kejutan) kepada diri kita.

3. BAHAGIKAN BAHAGIAN AQIQAH

Daging yang haiwan aqiqah adalah untuk diberikan kepada orang lain, seeloknya jangan disimpan untuk kegunaan sendiri  dan lebih baik daging ini diberikan kepada orang lain sebagai tanda kesyukuran dan meraikan kelahiran anak. Dan sebaiknya daging ini dibahagi kepada jiran tetangga yang sudah dimasak jika berkelapangan.

Apabila kita makin dewasa, setiap tahun kita menyambut Hari Lahir (Birthday) sama dengan konsep Aqiqah iaitu mensyukuri kelahiran diri sendiri, menjemput rakan-rakan untuk menyambut Hari Lahir bersama-sama.

22 Jun 2021

Kronologi COVID-19 dan PKP di Malaysia 2020-2021

Kronologi COVID-19 di Malaysia

23 Januari 2020
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).

- KKM sahkan kes di Sabah negatif.


KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.


25 Januari 2020
-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.


26 Januari 2020
-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.


27 Januari 2020
-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.


28 Januari 2020
-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.

-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

29 Januari 2020
-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.
- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Januari 2020
- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.

- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.

- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Januari 2020
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

1 Februari 2020
- Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat memasuki Sarawak sehingga dimaklumkan kelak.

- Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.

Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi.

PESAWAT khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

4 Februari 2020
- Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari.

- Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari.

- Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.

- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan coronavirus 2019.

5 Februari 2020
- Sejumlah 74 orang dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.

- Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

6 Februari 2020
- Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Februari 2020
- Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari.

8 Februari 2020
- Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.


9 Februari 2020
- Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita itu adalah ibu mentua kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari, iaitu kes kesembilan.

10 Februari 2020
- Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

11 Februari 2020
- Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

12 Februari 2020
- KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.

- WHO mengumumkan COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi novel koronavirus 2019.

- Dr Dzulkefly berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.

13 Februari 2020
- Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

14 Februari 2020
- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

27 Februari 2020
- Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.

28 Februari 2020
- Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif 25 orang, dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

- Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia manakala kes ke-25 lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.

1 Mac 2020:
- KKM mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.

- Kes ke-26 adalah berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari.

3 Mac 2020
- KKM mengesahkan tujuh kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Februari.

4 Mac 2020
- Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat bagi kes ke-26.

5 Mac 2020
- Lima lagi individu disahkan positif COVID-19, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55.

6 Mac 2020
- Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes.

7 Mac 2020
- Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif 93.

8 Mac 2020
- Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 kepada 99 kes. Semua kes adalah kontak rapat kluster kes ke-26.

9 Mac 2020
- Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Iran.

10 Mac 2020
- Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini 129. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.

11 Mac 2020
- Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.

12 Mac 2020
- Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.

- WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain China.

- Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.

13 Mac 2020
- Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi rawatan anti-viral.

14 Mac 2020
- Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 238. Semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.

15 Mac 2020
- Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

16 Mac 2020
- Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

Sumber : BERNAMA/ Berita Harians

30 Julai 2020 - PILIHANRAYA NEGERI SABAH (PRN SABAH) [Sinar Harian] Statistic: Number of daily confirmed cases of the novel coronavirus infection COVID-19 in Malaysia as of June 21, 2021 | Statista
Find more statistics at Statista

https://www.statista.com/statistics/1110785/malaysia-covid-19-daily-cases/

10 Jun 2021

Cara Pindah Duit Anak dan Sendiri ke Tabung Haji Secara Online

Sebelum ini saya pindah duit raya anak-anak ke Tabung Haji melalui Akaun lain seperti CIMB dan Maybank, tapi masa nak cuba Raya 2021 tahun ini, tak dapat search 'Lembaga Tabung Haji' di bahagian Paybills CIMB.. Baru teringat ada THijARI yang jarang buka ni, lagi mudah untuk Pindah Duit ke Akaun Anak-anak dan Sendiri. Boleh juga tengok Baki Akaun, Daftar Haji, Pindah Duit Masuk ke Tabung Haji. tapi sejak Tabung Haji ada ada perkhidmatan pengurusan Online THIJARI bermula tahun 2020 ini lagi mudah untuk menguruskan duit dalam Tabung Haji terutamanya bagi Ibu Bapa yang berhasrat memilih untuk menabung duit simpanan anak-anak dalam Tabung Haji.


THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH yang mula beroperasi pada Rabu, 5 Februari 2020. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.


Bagi pandangan saya sebagai pengguna yang biasa, THiJARI oleh Tabung Haji ni mudah dan senang digunakan, Font tulisan pun besar-besar, Menu mudah faham dan kurang serabut dengan menu-menu yang kurang berkaitan atau promosi-promosi seperti Online Banking yang lain.

Untuk mendaftar di Website THiJARI pun sangat mudah dan semestinya anda perlu wujudkan Akaun Tabung Haji secara Manual di Kaunter Tabung Haji untuk dewasa atau Kanak-kanak. Semasa Anak pertama berumur 9 bulan, saya telah buka Akaun Tabung Haji. Boleh baca cerita saya Buka Tabung Haji untuk Anak di SINI(Tajuk Blogpost : Dah Buka Dah Akaun Tabung Haji Anak 9 Bulan..Akhirnya)


1. Anda boleh buat Pendaftaran Kali Pertama di Website THiJARI dan Login menggunakan Username dan Password

2. Menu di sebelah kiri tak banyak pun jadi boleh lihat satu persatu menu, pada Ringkasan Akaun boleh lihat Akaun Dewasa dan Akaun Kanak-Kanak (Jika Didaftarkan) (Contohnya saya ada 2 orang anak dan keduanya berdaftar Akaun Tabung Haji). Jadi mudah untuk pindah Duit Raya anak-anak ke Tabung Haji ini.
3. Untuk membuat pemindahan ke Akaun Tabung Haji, Klik pada Menu 'Pindahan' dan Pilih jenis pindahan duit. Macam situasi saya, saya ingin membuat 'Pindahan Bank ke Akaun TH'; iaitu Bank CIMB atau Maybank.
4. Apabila Klik pada 'Pinndahan Bank ke Akaun TH', ia akan keluar seperti menu dalam gambar. Masukkan jumlah yang ingin di pindahkan dari Akaun luar (Seperti CIMB atau Maybank)
5. Proses Pindahan ini menggunakan FPX. Maksudnya ia akan re-direct untuk ke Website Online Banking sumber duit yang hendak dipindahkan seperti CIMBClick atau Maybank2U. Buat pemindahan seperti biasa menggunakan Internet Banking.

6. Setelah pindahan berjaya, ia akan kembali ke Website THiJARI. Dah boleh tengok berapa baki yang terkumpul dalam Akaun Dewasa (Ibu Bapa) atau Akaun Kanak-Kanak jagaan.

Bacaan Tambahan :
1. Kenyataan Akhbar "TH Lancar Aplikasi THiJARI"