16 Februari 2017

Ini adalah kali pertama aku disaman oleh Majlis Perbandaran sebab tak bayar parking (tak pamerkan kupon parking). Almaklumlah sebelum ni naik motor boleh parking celah mana-mana pun tak kisah kupon parking. Nak di jadikan nasib ketika itu Abang MPSJ beruniform segak melaksanakan tugasnya. 

Nak dijadikan kisah aku sedang menunggu untuk membuat kad ATM baru di Cawangan Maybank Sri Serdang, Selangor. Walaupun orang tak ramai, tapi dalam sekejap itulah Abang MPSJ datang waktu rehat tengahari tu. Kakak-kakak Maybank dah kepoh kat depan bagi warning ke geng-geng mereka di belakang bagitau Abang MPSJ datang. Seketika itu, aku terpinga di depan kaunter menunggu sedikit lagi borang untuk siap. Kakak yang bertugas pada mulanya minta kawannya ambil alih untuk dia pergi bayar kupon parking. 

Notakaki: Kad ATM aku dah expired 02/2017 sebab jarang guna ATM, selalu online banking je. untuk tukar kad ATM Maybank cuma bawa kad ATM lama dan kad pengenalan sahaja yang boleh dibaca data cip).

Selesai sahaja tukar kad ATM Maybank baru tanpa caj dan terus keluar dan nampak Abang MPSJ beruniform selesai memberikan surat cinta kepada pemilik kereta di depan Maybank pada 13 Februari 2017 (Tahu lah 14 Februari kan Hari Valentines..)

Surat 'cinta' saman MPSJ sebab tak bayar parking. Oleh kerana ini kali pertama mendapat saman parking, aku tak berapa tau di mana nak bayar saman parking ini. Kalau mengikut alamat dna GPS dalam 20 minit jugak dengan tol lagi. Jadi aku bawa balik ke pejabat dulu untuk bertanya dengan kawan lain dan cuba cari bayaran secara online. 

Notakaki: Kadar maksimum adalah RM80, kalau bayar dalam jangka masa 14 hari diskaun kepada RM20.

Langkah 1: Untuk nak semak dan bayar kompoun (saman) yang dikenakan oleh MPSJ, boleh layari Website MPSJ, masukkan No.kad pengenalan atau nombor kenderaan.
 
Langkah 2: Setelah semak kompoun MPSJ, jika ada akan tertera di atas itu dan akan keluar borang untuk membuat bayaran secara dalam talian (online). Pembayaran adalah melalui Kad kredit atau Kad Debit yang mempunyai Visa, Mastercard. Kemudian klik untuk langkah seterusnya.

Langkah 3: Setelah isi maklumat diri, seterusnya ke maklumat bayaran online. Isi yang bertanda (*) sahaja. Aku pernah cuba beberapa kali untuk bahagian (optional) tapi asyik gagal.

Langkah 4: Selepas isikan semua maklumat dan terima kod pin dari Kad Kredit/Debit. Selesai!

Okay MPSJ, maafkan saya parking tanpa bayar walaupun urusan bank sekejap je. Terimalah duit belanja sempena Hari Valentine 2017 ini sebagai kenangan terindah kita.


Posted on Khamis, Februari 16, 2017 by ismiqbal abdullah

No comments

15 Februari 2017

20 Januari 2017 (Hari #65) :  Majlis Cukur Jambul Irfan diadakan pada Hari ke-65 disebabkan faktor jarak Papanya dan faktor kewangan. Majlis cukur jambul zaman sekarang lebih kepada adat turun temurun daripada tuntutan Islam. Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus mengatakan hukum mengadakan majlis adalah harus kerana tiada dalil melarangnya (kecuali boleh merujuk kepada Larangan Membazir ketika bermewahan mengadakan majlis...)

Tiada persiapan terperinci sangat, semua keluaga mertua uruskan (Doorgift untuk tetamu lelaki Marhaban, makan minum, peralatan adat melayu cukur jambul). Si suami PJJ jauh di Putrajaya ni agak rumit untuk buat persiapan.

Untuk peralatan adat melayu untuk majlis cukur jambul, terdapat beberapa item yang diperlukan:
  1. Gunting - untuk gunting sedikit rambut oleh geng marhaban (sebagai syarat adat melayu je..)
  2. Pisau cukur (pencukur) - Ni benda wajib untuk cukur kepala bayi nanti... Sunnah Nabi ialah cukur ye, Bukan pendekkan, potong sedikit rambut. Boleh pilih pencukur yang jenis plastik. Boleh try cukur bulu sendiri untuk test ketajaman pisau dan keselesaan.
  3. Air wangi/ air mawar - adat melayu untuk merenjis kepada ahli marhaban yang menggunting rambut bayi
  4. Daun Pandan merenjis - Daun pandan di ikat dan dicarik seperti penyapu untuk direndam dalam air tepung ubi dan sapu pada kepala bayi.
  5. Daun pandan dan bunga kertas dimayang dan di gaul dengan beras kunyit. - tujuan adat melayu ini tidak jelas, asalkan tidak bercanggah dengan Islam diharuskan. Campuran ini di tabur kepada bayi selepas rambut digunting.
  6. Air tepung ubi - walaupun diguna dalam adat melayu tapi dari segi logiknya ia untuk menyejukkan kepala bayi. Air tepung ubi direnjis dengan daun pandan ke kepala bayi untuk basahkan rambut supaya senang untuk digunting. Air tepung ubi ini boleh di sapu  selepas mencukur habis kepala bayi untuk menyejukkan kepala, boleh juga sapu bedak sejuk. Jangan terus sapu minyak selepas cukur, nanti jadi tidak selesa dan panas (ikut pengalaman lelaki yang selalu mencukur ni....)
  7. Bekas berisi air - Bekas ini bertujuan untuk meletak rambut yang telah di gunting dan dicukur kemudian nanti supaya tidak bertebangan. Lebih-lebih lagi rambut bayi yang halus macam bulu roma je.

 Jika mengikut Adat Melayu, Cukur jambul bayi adalah pada Hari ke-44 / 45, selesai sahaja ibu habis berpantang 44 hari. Jika mengikut Islam dan menjadi sunnah adalah pada hari ke-7. Oleh kerana jarak dan masa memisahkan, maka majlis kami berjalan pada hari ke-65. Tiada masalah asalkan jangan sampai rambut bayi menebal, dibimbangi apabila mencukur menjadi gatal dan tidak selesa.

Seperti biasa pagi tu Irfan masih mamai lagi, sesekali bangun tidur-tidur ayam sambil request susu. Sekitar jam 9:15 pagi ahli surau marhaban tiba di rumah dalam 10-12 orang termasuk dengan ketua kampung. Majlis berjalan dengan agak tergesa disebabkan ketua kampung dan orang lain ada hal lain. Menjadi kebiasaan juga Majlis Cukur Jambul disertakan dengan Majlis bacaan yassin dan tahlil untuk disedekahkan kepada almarhum-almarhumah.


Bacaan zikir yang ringkas. air diletak di dalam bekas dan di 'doa'kan oleh ketua kampung dan untuk dimandikan kepada bayi. Selesai sahaja sesi marhaban yang simple. Ketua minta ayah atau atuknya untuk ambil bayi untuk sesi menggunting. Jadi, aku sebagai ayahnya dapatkan Irfan yang tengah menyusu dalam bilik dengan ibunya. Irfan masih mamai lagi sebab biasanya waktu pagi macam ni tak bangun lagi ni. Bila aku bawa Irfan keluar, jemaah mula berselawat, ayah mertua mula mengiringi membawa dulang berisi barangan macam di atas tadi. Dari satu jemaah ke jemaah yang lain silih berganti. (Ada juga jemaah yang agak kekok untuk menggunting serta mengikut aturan dan tak berapa faham macam mana nak buat..tapi ayah mertua bagitau sedikit..aku tak kisah sangat kerana hanya adat melayu yang kecil..cukup sekadar ambil syarat..)
 Irfan sesekali menggeliat tapi masih terkawal, memang tidak menangis atau merengek. Merenung kosong je paksarela...haha
 
Mendukung Irfan mengelilingi jemaah untuk silih ganti gunting rambut.

 Setelah selesai sesi menggunting, para jemaah dijemput menjamu selera di luar rumah.
Selesai sahaja bacaan zikir dan gunting rambut, para tetamu lelaki mula menjamu selera. para tetamu perempuan mula hadir untuk menziarah. Sepanjang aku mendukung Irfan mengelilingan jemaah surau untuk gunting rambut (7 orang mengikut adat). Aku masih menunggu keluarga dari terengganu yang baru bertolak pada pagi tersebut, mereka sampai sekitar tengahari.


Walaupun majlis cukur jambul dah selesai, bagi peluang Tok Ma dengan Tokki Pa ni untuk gunting rambut Irfan sebagai syarat. Dah datang jauh musafir dari Terengganu yang ambil masa 4 jam perjalanan, bagi lah masa lebih untuk bermain dengan cucu mereka ni. Tak lama singgah dalam 2 jam lebih di sini kemudian mereka bergerak balik.
 
Irfan selepas kena gunting rambut dan sebelum cukur sepenuhnya.
Family Photo kami bertiga selepas Majlis Cukur Jambul
 
 Oleh kerana ini pengalaman pertama untuk aku mencukur kepala bayi, disebabkan tanggungjawab dan inginkan pengalaman, ada juga bertanya pengalaman kawan-kawan sebelum ini sebagai persediaan dan mindset.Di mulai dengan bahagian tepi telinga kiri dan kanan semasa Irfan sedang menyusu dan tidur. Kemudian diteruskan dengan atas kepala, elakkan dulu bahagian ubun-ubun bayi yang perlu perhatian lebih.. Semasa mencukur, sediakan bekas berisi air untuk basahkan rambut bayi dan untuk letak rambut bayi nanti. Sediakan tisu untuk lap dan buang rambut terkumpul pada mata pisau cukur supaya proses mencukur jadi lancar. Sesekali cuba cukur pada tangan sendiri untuk melihat kelancaran mencukur.
Selesai mencukur botak Muhammad Irfan Suyan ni yang berumur 65 hari. Alhamdulillah majlis berjalan lancar menyahut seruan Sunnah Rasulullah s.a.w walaupun terlambat.
Moral: atur majlis dengan teliti dan jangan ikut nafsu semata-mata. Seeloknya buat di kalangan ahli keluarga sendiri sebab kita sendiri mengawal masa dan kelapangan serta tidak libatkan orang lain yang tiada berkepentingan. Walaupun dalam Islam tidak menggalakan pembaziran, tapi ikut kemampuan sendiri, bukan kerana adat melayu semata-mata. jika hendak ikut adat melayu, pastikan betul-betul memahami maksud tersirat di sebalik adat.

Baccan tambahan:
http://www.babycenter.com.my/a1033015/cukur-jambul-tradisi-melayu

Posted on Rabu, Februari 15, 2017 by ismiqbal abdullah

No comments

04 Januari 2017

azam baru 2017, tahun baru, matlamat

Dengan zaman teknologi sekarang, dunia di hujung jari dengan media sosial yang pelbagai menjadi medium untuk hebahan. Namun, mengikut nasihat, pengalaman yang lain, terdapat beberapa perkara yang lebih baik kita simpan untuk diri kita sendiri (kecuali kepada orang yang terdekat dan boleh diharap untuk bagi motivasi). Memberitahu kepada dunia tentang perkara-perkara ini (walaupun anda rasa perlu untuk hebahkan, mungkin boleh berfikir banyak kali). Berikut adalah 7 perkara yang paling penting anda perlu sentiasa menyimpan rahsia.

1. Jangan dedahkan rancangan cita-cita yang paling tinggi anda.

Berdiam diri mengenai ini sehingga anda telah benar-benar berjaya memenuhinya. Rancangan sedemikian biasanya mempunyai ruang lemah dan bahagian yang dapat memberi buruk sangka yang anda tidak perasan; Oleh itu, kemungkinan untuk orang lain boleh memilih cita-cita yang sama tersebut membuatkan anda menjadi kecewa untuk mengatasinya.

2. Jangan sengaja berkongsi maklumat tentang apa-apa perbuatan yang baik atau murah hati atau kerja amal yang anda telah dilakukan.

Keutamaan dalam melakukan sesuatu kebaikan adalah tanpa mengharapkan pengiktirafan, pujian walaupun mungkin niat anda berkongsi untuk menghebahkan. Mempunyai perkara tersebut boleh membawa kepada keangkuhan, riak dan bangga diri. Jika anda merasakan ada keperluan untuk berbuat kebaikan, mungkin anda perlu menilai lagi mengapa anda benar-benar melakukan perkara-perkara ini - adalah daripada pemurah, atau keinginan untuk dipuji?

3. Jangan dedahkan rahsia gaya hidup anda. 

Ia tidak berbaloi untuk bercakap besar tentang bagaimana anda berdiet, atau mengatasi tabiat anda banyak tidur pada waktu pagi, atau cara anda tidak makan nasi dalam 4 bulan. Namun jika anda sebagai blogger, mungkin ia boleh menjadi suatu artikel tapi mungkin bukan di media sosial.  Keadaan emosi anda perlu harmoni, dan apa sahaja keinginan untuk menarik perhatian orang lain dan menerima pujian adalah tanda bahawa ia adalah tidak ikhlas.

4. Pendamkan di saat-saat anda telah menunjukkan keberanian atau kepahlawanan (Hero).

Kita semua mengharungi pelbagai cabaran berbeza setiap hari - baik di dalam alam realiti, alam maya dan, dalam fikiran kita sendiri. Pencapaian anda dalam mengharungi cabaran tersebut akan akan diberi ganjaran sewajarnya. Ia bukan hak anda untuk menilai ianya layak diberi pengiktirafan - kerana di dalamnyaadanya pengajaran.

5. Jangan berkongsi fikiran anda kepada apa yang anda anggap sebagai pengetahuan pencerahan anda tentang alam semesta dan atas soal hidup dan mati.

Ia hanya tafsiran anda, dan bukannya kebenaran yang objektif, dan kemungkinan anda hanya akan kelihatan merendah-rendahkan orang lain apabila anda cuba untuk meyakinkan mereka bahawa mereka salah. Hanya dalam kes-kes tertentu seseorang mungkin mendapat manfaat daripada fikiran anda mengenai perkara ini.

6. Ia tidak pernah berbaloi untuk mendedahkan sebarang konflik atau masalah dalam kehidupan keluarga anda kepada orang lain.

Sentiasa ingat: semakin anda mendedahkan rahsia itu tentang keluarga anda kepada orang lain, semakin kuat masalah ia akan menjadi. Perkara-perkara berikut hanya perlu diselesaikan dalam privasi rumah anda sendiri, di antara orang yang disayangi. Lebih banyak anda mengadu kepada orang lain tentang mereka, lebih sukar untuk diatasi. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai komen negatif daripada netizen yang tidak faham situasi sebenar dan membayangkan seolah ianya lebih teruk.

7. Jangan bercakap tentang semua perkara yang tidak menyenangkan yang anda pernah dengar dari orang lain kata atau buat.

Orang yang menyebarkan perkara yang tidak menyenangkan apabila dia melihat atau mengatakan, sama seperti masuk ke dalam rumah dengan memakai kasut. Kasut dipakai membawa kotoran, mungkin anda tidak nampak tapi orang lain dapat lihat kotoran tersebut daripada tapak kasut. Dengan berfikiran negatif juga boleh membuatkan orang lain cuba elak untuk berkongsi sesuatu dengan anda.

Sumber: Brightside.me

Posted on Rabu, Januari 04, 2017 by Ismiqbal Abdullah

No comments

22 Disember 2016

Plastik kebanyakannya diperbuat berasaskan petroleum mengambil masa beratus tahun, malah sampai beribu tahun. Para pengkaji tak dapat tentukan secara tepat tempoh sebenar plastik ini mengurai secara semulajadi. Plastik yang di guna berpuluh-puluh tahun dahulu masa ada dijumpai sehingga sekarang dalam keadaan elok.

Kempen Kesedaran Penggunaan Plastik ini telah lama diadakan di Malaysia. Kini, Selangor bergerak ke depan lagi untuk mengharamkan terus penggunaan plastik di negeri tersebut. Mungkin bukan 100% di haramkan. Pengguna akan di cas minima 20 sen setiap plastik beg jika mahu tapi kalau ada duit lebih sekalipun, jangan jadikan alasan untuk menggunakan plastik secara berlebihan. Di tempat kerja saya pun sudah tidak menggunakan polisterin sebagai pembungkus makanan tetapi guna bekas makanan plastik biodegradasi (Plastik Biodegradasi ialah plastik yang mudah terurai oleh alam semulajadi (microorganisma)

Kita sebagai manusia yang berakal sebolehnya menyokong tindakan menyelamatkan Bumi yang sedang sakit ini dengan mengurangkan penggunaan plastik. Selepas ini, boleh lah bawa beg Ikea ke, Beg Louis Vutton ciplak ke Beg Sandang ke bila membeli belah nanti. Sudah pasti setiap rumah mesti ada satu beg plastik yang besar dan kat dalamnya diisi dengan gumpalan-gumpalan plastik lain. Kan sayang nak buang beg plastik tu kan, kononnya mungkin nak guna lagi. Apakata beg plastik yang sedia ada guna semula.

Banyak kajian dijalankan oleh para penyelidik bagi mencari alternatif yang ekonomi bagi menggantikan plastik ini. Ada juga kajian untuk mempercepatkan penguraian plastik sedia ada supaya longgokan sampah berasaskan plastik dapat dikurangkan seperti kajian pelajar daripada Taiwan, Tseng I-Ching dan pelajar berumur 16 Tahun!, Danaiel Burd.

image via freemalaysiatoday

 Selangor haramkan beg plastik mulai 2017, kata exco

[Berita Sumber Free Malaysia Today]
PETALING JAYA: Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor pada setiap Sabtu akan dilanjutkan setiap hari mulai tahun depan, kata Elizabeth Wong.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri itu berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan kempen bebas bekas polistirena mulai tahun depan.

“Mulai 1 Januari 2017, peniaga di Selangor tidak lagi membekalkan bekas makanan polisterina serta pemberian beg plastik tidak diberikan secara percuma.
“Undang-undang pihak berkuasa tempatan berkaitan hal itu sudah dikaji bagi menyokong dasar ini dan peniaga harus bersetuju mengamalkan kempen bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan.
“Peniaga akan dibekalkan bahan visual untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Kempen #BebasPlastik,” katanya pada pelancaran kempen #BebasPlastik di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, hari ini.

plastik, bebas plastik, selangor
image via #BebasPlastik
Wong berkata, kerajaan negeri menerusi kaji selidik mendapati 71% penduduk Selangor merasakan kempen ‘Bebas Beg Plastik’ yang mula dilaksanakan setiap Sabtu sahaja tidak memadai.
“Kita perlu membuat perubahan dan kita komited kepada perubahan ini dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sampah yang berleluasa dan menekankan isu alam sekitar seperti pemanasan global.

“Kesemua majlis rasmi dan bangunan kerajaan Selangor sudah menghentikan penggunaan beg plastik dan polisterina. Perubahan hanya akan berlaku apabila setiap peringkat masyarakat terlibat dalam usaha ini,” katanya.
Adun PKR Bukit Lanjan itu berkata, kerajaan negeri turut melancarkan laman web pendidikan yang membolehkan orang ramai berikrar menyokong kempen bebas plastik dan menggalakkan peniaga serta pembekal mendaftar.

Selangor, katanya, menyasarkan 20,000 ikrar dikumpulkan menjelang tahun baru nanti.
Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada 2010, dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.
Pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Rujukan:

    1. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/21/selangor-haramkan-beg-plastik-mulai-2017-kata-exco/
    2. http://www.jurnalmalaysia.com/?p=29
    3. http://www.natural-environment.com/blog/2008/01/10/how-many-plastic-bags-do-we-use-each-year/
    4. http://www.mnn.com/green-tech/research-innovations/blogs/boy-discovers-microbe-that-eats-plastic
    5. http://www.mnn.com/green-tech/research-innovations/blogs/high-school-girl-discovers-styrofoam-eating-bacterium
    6. http://www.mnn.com/earth-matters/translating-uncle-sam/stories/what-is-the-great-pacific-ocean-garbage-patch

      Posted on Khamis, Disember 22, 2016 by Ismiqbal Abdullah

      No comments

      18 Disember 2016


      Di Dalam Labor Room (Sedia Bersalin)

      26 Nov. 2016. Jam 11:10 pagi -
      Setelah isi Buku Log dan tandatangan Akuan diri bahawa Pihak Hospital tidak akan bertanggungjawab jika apa-apa berlaku di dalam Labor Room(LR), Nurse pun panggil masuk ke dalam. Bila jejak kaki di dalam Labor Room (LR), perasaan masih tenang. Melihat isteri sudah terbaring di atas katil di temani dengan 2 orang Jururawat perempuan yang nampak profesional menyiapkan kes bersalin isteri. Seorang lagi Jururawat sesekali menjenguk melihat jika ada apa-apa keperluan. 

      Isteri kelihatan berkerut menahan kesakitan yang suami tidak dapat bayangkan. Katanya dari pinggang ke bawah seperti hendak tercabut dari badan. Aku tidak bertanya berapa bukaan sekarang, cuma berapa bukaan yang sedia untuk bersalin iaitu sehingga 10cm. Isteri sudah dipakaikan pakaian hijau kemudian disarung dengan pakaian bersalin. Aku cuma duduk di bahagian tepi aras leher isteri,memegang erat tangannyadan mengusap ubun-ubun. Di dalam hati sentiasa berdoa supaya permudahkan. Isteri tak sempat menjamah makanan sejak datang hospital tadi, air selusuh pun tak sempat teguk. Cuma berbekalkan doa dan kata semangat.

      Jururawat Mulakan Kerja

      11:15 pagi - Sangat kagum melihat kerja profesional jururawat ketika proses bersalin ni, mulut mereka tidak putus bagi kata-kata semangat, nasihat dan pesanan kepada isteri di samping mereka merawat menyambut bakal bayi kami. Aku cuma mampu memberi sedikit kata-kata, di tenggelami dengan motivasi daripada Nurse. Aku menahan kepala isteri dari baring ke bantal kerana mengikut nasihat Nurse supaya kena sentiasa melihat arah perut. 

      11: 30 pagi - Isteri sedang berjihad melahirkan zuriat kami, melahirkan unat Nabi Muhammad. Tidak putus-putus nafasnya supaya dikawal, kadang kala.  ada helaan nafas yang dicuri. Nurse serta merta ingatkan supaya bernafas dengan betul. Seorang Nurse bertindak seperti ketua, seorang lagi membantu dan bersedia dan seorang lagi bersedia di persiapan bayi. Beberapa minit kemudian nampak sedikit bahagian kepala. Nurse makin galak bagi semangat minta jangan putus nafas dan cepat supaya bayi tidak lemas, aku membisikkan bagitau sedikit lagi, sudah nampak kepala.
      11:35 pagi - Bila nampak je bucu kepala Nurse bantu bayi untuk keluar sambil isteri meneran. Kepala bayi dah keluar penuh sampai leher. Ketua Nurse terus menarik bayi keluar. Dalam beberapa saat, Bayi meluncur laju seperti turun dari gelongsor air bersama dengan tali pusat yang keputih-putihan lebih kurang 60 cm jauhnya dari ibunya. Aku bagitau isteri sudah keluar.. Sudah keluar...sambil mengucup dahinya. Isteri mengucap syukur alhamdulillah...

      Selamat Dilahirkan

      11:36 Pagi - Dalam beberapa saat itu juga daripada tiada suara terus mendengar suara tangisan. Suara tangisan yang dapat meruntun hati ibu bapa ini yang menunggu 38 minggu 2 hari akan kelahiran zuriat, waris dan jariah terakhir ini. Secara serta merta apabila mendengar suara tangisan bayi pertama ini, jiwa dan hati aku seorang lelaki yang susah menangis dan kerap di sebut sebagai 'tiada perasaan' menjadi sangat sebak. Tidak terkawal rasa hati, terus menangis teresak-esak kesyukuran, air mata berderai mengaburi pandangan. Nurse bagitau hendak potong tali pusat Irfan bayi dan mohon untuk berselawat. Kami berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Berpeluang menjadi umatnya. Isteri berselawat mudah cuma aku masih teresak, air mata masih mengalir laju. Selesai sahaja potong tali pusat, Nurse minta suami supaya tunggu di luar sementara mereka menyiapkan bayi dan isteri. Sebelum itu, Nurse minta suami mengesahkan jantina bayi tapi jangan bagitau isteri lagi. Setelah mengangguk akan jantina bayi, aku terus keluar. Air mata masih mengalir lagi. Seketika di luar bilik, aku terduduk di kerusi menunggu. Menghabiskan tangisan dan air mata. Nurse tadi mohon tunggu di luar pintu, melihat keadaan masih menangis..dia bagi chance untuk habiskan perasaan dulu. Dia dah biasa dengan situasi macam ni kot.

      Aku berlalu keluar membawa beg aku dan beg bayi. Air mata sudah kesat sepenuhnya. Aku menunggu di luar Whatsapp ke Ahli Keluarga bagitau isteri selamat melahirkan bayi lelaki yang comel seberat 2.74kg. Menunggu mak ayah mertua tiba.
      Ikuti Bahagian 1 terdahulu.

      Posted on Ahad, Disember 18, 2016 by Ismiqbal Abdullah

      No comments

      16 Disember 2016

      Bagi pekerja kakitangan awam terutamanya, tarikh gaji merupakan hari yang sangat-sangat dinanti setiap bulan. Dalam beberapa hari lagi Tahun 2016 bakal menutup tirai dan Tahun 2017 akan menyusul.
      Pembayararan Gaji bagi Bulan Disember 2016 adalah hari Selasa, 20 Disember 2016
      Pembayaran gaji bagi bulan Disember tahun 2016 adalah pada hari selasa 20.12.2016

      Pautan Sumber Asal » mysumber.com
      Pembayaran gaji bagi bulan Disember tahun 2016 adalah pada hari selasa 20.12.2016

      Pautan Sumber Asal » mysumber.com


      Pautan Sumber Asal » mysumber.com

      Yang berkenaan boleh merujuk kepada Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan bagi Tahun 2017. 

      Jadual dan Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2017

      Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan tahun 2017 untuk Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia

      Tarikh Gaji 2017  
      Hari      Catatan
       19 Januari
      Khamis (Tahun Baru Cina 28, 29 Januari)
       23 Februari
      Khamis
       23 Mac
      Khamis
       25 April
      Selasa
       25 Mei
      Khamis
       15 Jun
      Khamis (Hari Raya Aidilfitri 25, 26 Julai)
       25 Julai
      Selasa
       24 Ogos
      Khamis
       25 September
      Isnin
       11 Oktober
      Rabu (Hari Deepavali 28 Oktober)
       23 November
      Khamis
       21 Disember
      Khamis (Hari Krismas 25 Disember)




      Nota:
      • Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali
      • Lampiran jadual pembayaran diatas merangkumi satu tarikh gaji untuk semua negeri
      • Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
      • Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera  [Sumber: bmblogr][mysumber]

      gaji 2017, kakitangan awam

      Tarikh Bayaran Bonus 2017 bagi Kakitangan Awam

      • Tarikh : Awal bulan Januari 2017
      • Bayaran bonus kakitangan kerajaan : bonus RM500 untuk 1.6 juta kakitangan awam
      • Bayaran pesara kerajaan atau pencen : RM250  [Sumber: BeritaSemasa]

      JADUAL PEMBAYARAN PENCEN BULANAN BAGI TAHUN 2016 /2017

      Tarikh Dapat Bayaran Duit Pencen 2016 / 2017

      20 Januari - Rabu 
      19 Februari - Jumaat 
      21 Mac - Isnin 
      21 April - Khamis 
      20 Mei - Jumaat 
      21 Jun - Selasa 
      21 Julai - Khamis 
      19 Ogos - Jumaat 
      21 September - Rabu 
      19 Oktober - Rabu 
      21 November -Isnin 
      19 Disember - Isnin
       [Sumber: LayanStreaming]

      mbayaran gaji bagi bulan Disember tahun 2016 adalah pada hari selasa 20.12.2016

      Pautan Sumber Asal » mysumber.com

      Posted on Jumaat, Disember 16, 2016 by Ismiqbal Abdullah

      No comments

      14 Disember 2016

      Bila disebut tentang lelaki selepas kahwin secara automatik akan membayangkan seorang lelaki yang berisi, gemuk. Bila ditanya atau menegur lelaki yang sudah berkahwin, antara kebiasaannya ialah:
      "Kenapa makin gemuk sekarang?"
      "Makin bahagia nampak..." (teguran sinis-mesra)

      Lelaki yang ditegur biasanya menjawab, "Biasalah bro, dah kahwin....". atau ada tersengih-sengih..
       Nampaknya memang dah fakta lelaki semakin berisi, gemuk selepas kahwin. Kalau ada yang dapat maintain penampilan fizikal tu memang berdisiplin lah. Ada juga spesis lelaki yang maintain je kurus tak kira berapa lama kahwin, makan banyak mana. Yang ni memang spesis teristimewa. Bagi saya, saya jenis lelaki yang berisi selepas bekerja (habis belajar), kalau selepas kahwin memang terus je berisi dan makin bertambah isinya.

      Jadi dengan ini saya cuba merungkai beberapa teori yang terlintas sebab mengapa Lelaki boleh jadi gemuk selepas kahwin. Jika Google sekalipun memang banyak teori, sebab-munasababnya. Kali ini adalah teori daripada pengalaman saya sendiri.

      1. Hidup Bahagia dengan Keluarga Baru
      Memang tak salah lah kalau orang tegus "Happy nampak...." atau "Bahagia nampak....". Jadi ia memang salah satu sebab yang utama. Selera makan lelaki bertambah terutamanya makan bersama pasangan disebabkan perasaan gembira, bahagianya sampai tak terasa puas makanan yang dinikmatinya. Macam perasaannya perlu sentiasa di isi sesuatu seperti makanan. (Sama seperti stress).

      2. Kena Habiskan Makanan Pasangan atau Anak-Anak.
      Ini biasa berlaku (atau sebaliknya). Bila nak order makan bukan main banyak. Isteri pun terasa nak cuba menu baru tapi memang jenis tak makan banyak. Akhirnya, dengan perasaan 'takut membazir' (walaupun dalam hati ada rasa macam tak puas makan), maka lelaki 'terpaksa' lah habiskan makanan tersebut.

      3. Abang nak makan apa?
      Kalau isteri jenis suka memasak, memang sentiasa akan ada persoalan yang seperti ini. Bukan sahaja isteri, termasuk dengan mak mertua, mak kandung ditanya macam ni. Lelaki ni jenis menerima je. Masakan Mak-mak dan Isteri lah yang paling sedap walaupun Nasi Putih & Ikan Goreng Kunyit makan dengan Kicap (Toyu) dan Ikan Singgang, boleh tambah berkali-kali ni.

      Situasi ni tak termasuk lagi dengan sambil-sambil tengok TV mestilah nak sesuatu untuk mengunyah. Istilah mengunyah isteri ni lain daripada suami. Maka terhidanglah pelbagai kudapan bergoreng-goreng, dengan air teh tarik panas bersusu lagi.

      4. Habiskan masa di rumah berbanding di luar
      Bila dah jadi suami, ayah ni, lelaki pilih untuk habiskan banyak masa di rumah berbanding di luar. Kalau di luar pun mesti lepak makan, minum gak dengan kawan-kawan. Kalau sesekali outing, kat luar dengan isteri anak, mesti jalan-jalan sekejap..beli barang keperluan. Masa untuk bersenam jadi lebih terhad.

      5.Suka santai di rumah dan Suruh pasangan atau anak-anak ambilkan sesuatu
      Lelaki bila dah penat bekerja, mesti belum sempat salin pakaian dah landing atas kerusi, sofa, katil atau baring je atas lantai yang sejuk syok tu. Kalau perlukan sesuatu mesti nak suruh sesiapa berdekatan walaupun remote TV yang beberapa inci je.. Punyalah pemalas kan.

      6. Evolusi semulajadi Lelaki sebagai Suami dan Ayah
      Okay! Teori ke-6 ni bergantung kepada tahap korang sendiri nak ambil tahu, ambil cakna atau sepintas lalu. Teori evolusi Lelaki gemuk, berisi selepas kahwin atau selepas menjadi seorang Ayah berkemungkinan untuk memberi keselesaan kepada pasangan atau anak. Bila peluk pasangan atau baring atas peha suami terasa keempukannya seperti tilam Buno Maya Karing gitu. Kalau anak atau baby tidur, peluk ayahnya pun confirm rasa amat selesa sebab dilindungi dengan lapisan lemak yang beri suhu selesa dan empuk...Hahaha!

      Rujukan: Hanasuva

      Posted on Rabu, Disember 14, 2016 by Ismiqbal Abdullah

      No comments

      running man
      Sumber: Song Ji Hyo and Kim Jong Kook Facebook

      Program Variety TV Korea, RUNNING MAN dikejutkan lagi dengan Ahli mereka yang akan meninggalkan Program Running Man ini iaitu KIM JONG KOOK dan SONG JI HYO. Ianya tak lama selepas Ahli Kang Gary meninggalkan Running Man pada awal November 2016 lepas.
      gary, kim jong kook, song ji hyo

      Label Song Ji Hyo, MY Company mengesahkan laporan, dan mengumumkan, "Song Ji Hyo akan meninggalkan 'Running Man'. Terdapat perbincangan yang panjang dengan produser kerana ia amat membebankan untuk dia mengendalikan kedua-dua promosi lakonan dan variety show. Dia merancang untuk memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya selepas meninggalkan 'Running Man'. Tarikh pemergiannya kini dalam pelarasan. "

      Label Kim Jong Kook, Maroo Entertainment turut mengumumkan, "Kim Jong Kook telah memilih untuk meninggalkan 'Running Man'. Tarikh sebenar masih belum disahkan.
      [Sumber: Allkpop]

      Jadi kesimpulannya, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo akan meninggalkan Running Man selepas Kang Gary. Tinggal baki ahli Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, and Lee Kwang Soo.

      Selepas daripada pengunduran Kang Gary daripada Running Man. Rating mereka mulai menurun dan  memaksa produser SBS 'Running Man' untuk menukar format.

      Menurut Agensi Song Ji Hyo menyatakan, "Kami tahu 'Running Man' akan mengalami perubahan format dari SBS, tetapi ia adalah benar yang kita dapati daripada laporan berita yang ahli tidak akan kembali. Kita tidak akan mengulas mengenai perasaan Song Ji Hyo mengenai perkara itu." 

      Label Kim Jong Kook juga berkata, "Memang benar dia diberitahu dia telah meninggalkan tanpa keputusan mengenai perkara itu. Ia adalah mengecewakan. Dia menonjolkan diri dalam show tersebut atas isu kesihatan beliau kerana dia sangat mengambil berat mengenainya."

      Mengenai laporan baru, peroduser SBS '' Running Man 'berkata, "Kami tidak boleh mengesahkan apa-apa lagi." [Sumber: Allkpop]

      Walaupun Program Running Man ni bukanlah cerita untuk saya tengok sorang-sorang, tapi oleh kerana isteri suka tengok Program Running Man, maka saya terjebaklah sekali dan dah jadi Cerita kami layan sama-sama. 

      Posted on Rabu, Disember 14, 2016 by Ismiqbal Abdullah

      No comments

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...