03 Julai 2021

Zoo Taiping Anjurkan Program ONLINE LIVE Tengok Buaya 4 Julai 2021 (10 pagi) ini




Pertama kali saya pergi ke Zoo Taiping sekitar 2-3 tahun lepas (semestinya zaman sebeluk Pandemik COVID19) dan kebetulan pada ketika itu ada kerja luar kawasan di sebelah Perak. Masa itu saya ada bawa bersama isteri dan anak-anak. Jadi, dalam perjalanan balik kami menyinggah di Zoo Taiping, Perak.

Tak sangka Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia dan merupakan Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Memang patut dijadikan Lokasi wajib lawat sekurangnya sekali seumur hidup sebagai rakyat Malaysia. kita sebagai rakyat Malaysia pun boleh berbangga dengan melawat Zoo tertua dan Zoo Awam pertama dibuka di Malaysia ini.


Kawasan Zoo Taiping ini seluas 36 ekar atau 0.146 KM Persegi memperkenalkan konsep terbuka seperti habitat asal haiwan. Memang terasa sangat berbaloi bila melawat Zoo Taiping ini berbanding dengan Zoo Negara. Bila kita melihat haiwan-haiwan ini secara terdekat baru terasa kagum dan memori terindah terukir.

Sebanyak lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies menjadi penghuni di Zoo Taiping seperti harimausingagajahbadak airzirafahorang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamangrusanilgai dan burung kuak. 


Program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang diperkenalkan oleh Zoo Taiping ini saya tidak sempat ikuti kerana tak sempat nak menunggu waktu malam. Tapi ia memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan telah bermula sejak Mac 2003 lagi. Bagi seorang 'Night Owl' macam saya memang sesuai ikuti aktiviti 'Night Safari' ni. Sesiapa yang jenis berjaga waktu malam tu memang di panggil ' Manusia Nocturnal' (sila jangan percaya)

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.


ZOO TAIPING AND NIGHT SAFARI'S ONLINE GUIDED TOUR "ONLINE NOW, ONSITE LATER"


Dengan Pandemik COVID19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seluruh Negara memang sangat menghadkan pergerakan kita sebagai orang awam. Sekarang sudah aktiviti sosial dan lawat tempat pelancongan menjadi terhad dan kurang 'feel authentic', Sukar untuk kita menikmati alam semujadi secara selesa dan hati yang tenang tanpa merisaukan hati dan perasaan kita risiko jangkitan virus COVID19 ini.


Zoo Taiping telah mengambil inisiatif jika kita tidak dapat bawa orang ke Zoo, biar mereka bawa Zoo kepada rakyat Malaysia.

BOSAN DUDUK DI RUMAH? TAPI TERINGIN UNTUK MELIHAT HAIWAN-HAIWAN DI ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI (ZTNS)?


Dengan menggunakan teknologi maklumat dan sosial media, kini pihak Zoo Taiping & Night Safari akan menganjurkan Sesi FB dan INSTAGRAM LIVE bersama pengunjung yang dirindui. Tidak kira di mana anda berada, anda berpeluang melawati Zoo Taping & Night Safari secara dalam talian.

Saya rasa paling menraik untuk tengok adalah sesi memberi makan buaya ini. Kanak-kanak yang biasanya minat Dinosaur akan minat dengan buaya. Buaya adalah salah satu haiwan yang dikatakan hidup sejak zaman Dinosaur ini. Ibu bapa boleh bagi maklumat itu pada kanak-kanak bagi menarik minat. Kanak-kanak dan Dinosaur berpisah tiada.


Bukanlah maksudnya seekor buaya boleh hidup beratus-ratus tahun (walaupun mungkin boleh hidup lebih 100 tahun), Maksud Buaya ini hidup sejak zaman Dinosaur adalah dia punya fizikal badan tak banyak berubah, kurang berevolusi. Mungkin zaman sekarang buaya bentu macam tu, mungkin zaman Dinosaur, buaya pun sama macam zaman sekarang cuma mungkin lebih besar macam Dinosaur.

BEST KAN?!
😍😍😍
"ONLINE NOW ONSITE LATER" KALI INI MENGENAI...
BUAYA SANG BEDAL
🐊🐊🐊🐊🐊🐊🐊🐊
Pengunjung berpeluang menyaksikan gelagat Buaya Tembaga secara LIVE dan mendengar sesi penerangan oleh Pegawai Veterinar Zoo Taiping & Night Safari melalui LIVE di FACEBOOK dan INSTAGRAM Zoo Taiping & Night Safari
Save The Date
Tarikh: 04 Julai 2021 (AHAD)
Masa: 10.00 pagi
KLIK LINK SOSIAL MEDIA DI BAWAH UNTUK MELIHAT SECARA LANGSUNG 'LIVE' BAGI PROGRAM INI
FACEBOOK LIVE VIDEO (4 Julai 2021. 10:00 Pagi)

Facebook Page Zoo Taiping :


Sumber Rujukan : 

1. Zoo Taiping, https://ms.wikipedia.org/wiki/Zoo_Taiping

2. 


0 $type={blogger}:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.