04 Julai 2021

Asal Kempen #BenderaPutih dan Sebab Warna Putih.

Kempen Kibar 'Bendera Putih'

Sejak beberapa hari dan minggu yang lalu, hashtag #BenderaPutih menjadi trending di Sosial Media terutama di Twitter, kemudian merebak ke Facebook dan medium lain. 

Tujuan Hashtag, Kempen 'Bendera Putih' ini untuk memberi signal kepada komuniti setempat bahawa keluarga mempunyai kesulitan dalam bekalan kehidupan seharian terutamanya bekalan makanan, bayi dan kanak-kanak. 

Menurut sumber AstroAwani, Kempen 'Bendera Putih' ini mula dicetuskan oleh pengguna Facebook bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan pada 28 Jun.

Pencetus trending (trendsetter) di dunia maya mungkin sukar untuk mencari sumber terawal. Jadi, kemaskini terawal dikira pencetus utama dan menjadi trending di alam maya dan memberi kesan kepada alam realiti. Kemaskini beliau adalah yang terawal atau antara yang paling awal mencadangkan inisiatif ini.


Menurut Nik Faizah , warna putih digunakan dalam kempen kerana setiap rumah mempunyai lampin putih dan baju sekolah putih.

Jadi sebenarnya 'Bendera Putih' bukanlah seperti yang kita tengok dalam filem atau sudah ditanam dalam lubuk fikiran bahawa jika angkat Bendera Putih bererti kita menyerah kalah. Pemahaman ahli politik dan mungkin orang berkepentingan mengangap angkat 'Bendera Putih" ini beerti menyerah kalah dan putus asa adalah sama sekali menyimpang dari tujuan kempen ini.

"BENDERA PUTIH PADA MASA PENDEMIK INI BUKAN BEERTI MENYERAH KALAH"

Jika kita lihat dalam kehidupan seharian kita, bermula dari bayi yang lahir, perkahwinan, bersanding, sehingga ke kematian..warna putih adalah yang menjadi kebiasaan rakyat guna sebagai pakaian atau perhiasaan. Mengikut logik kegunaan seharian, warna putih adalah warna yang kebarangkalian besar setiap rumah tanpa mengira pangkat, darjat, bangsa dan agama mempunyai kain bewarna putih.

Contoh Kain bewarna putih dalam kehidupan seharian yang mungkin boleh digunakan : -

  1. Kain lampin
  2. Baju singlet/ baju dalam
  3. Kain lap/ Kain Good Morning
  4. Kain kapan
  5. Baju sekolah 
  6. Tshirt Sukan
  7. Kain pelikat
  8. Baju melayu
  9. Kain poster/ banner
  10. Kertas poster/ Banner
  11. Kertas A4
  12. Kain Langsir
  13. Pakaian
  14. Kain tuala
Dan jika tiada pakaian bewarna putih, sekurangnya ada Klorox atau Cecair Peluntur boleh melunturkan warna pakaian bewarna menjadi warna putih atau warna cerah.


Menurut 'Jah' Posting' tentang bendera putih itu sebenarnya saya tulis ikhlas dari hari saya sendiri bila saya lihat banyak kesusahan yang berlaku akhir-akhir ini,” 

Dia mengakui bahawa dia tidak tiru mana-mana, dia sebenarnya cuba nak sampaikan mesej kepada masyarakat di sekitarnya sahaja. Jadi, walaupun Bendera Putih ini asalnya dikenali sebagai menyerah kalah dalam perang, tapi menurut Nik Faizah ia digunakan kerana warnanya senang dijumpai dalam rumah.

Netizen semua beranggapan bahawa Kempen 'Bendera Putih' ini memang sangat-sangat membantu sesetengah keluarga untuk menzahirkan perasaan kesulitan dan terdesak mereka. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang sangat memberi kesan kepada rakyat terutamanya yang mencari rezeki dengan berniaga sendiri atau syarikat swasta.

Jika ada Bendera Putih dikibarkan di kawasan anda, segeralah menyantuni mereka. Mungkin sebelum pandemik kita jarang bertegur sapa dengan jiran dan komuniti setempat dek kesibukan. Semoga waktu pandemik ini mengubah persepsi kita menjadi lebih empati terhadap orang sekitar yang mungkin dalam kesusahan. Kita tiada terlalu banyak kelapangan untuk bertanya khabar satu-persatu kepada kawan, adik beradik, jiran tertangga dan komuniti setempat, dengan menzahirkan bendera ini dapat membuka mata komuniti setempat agar lebih prihatin.

Tonton Temubual Astro Awani dan Nik Faizah 



Sumber rujukan :

1. #BenderaPutih: Siapa terawal? Siapa mulakan dan apa rasional di sebalik warna putih?, https://www.astroawani.com/berita-malaysia/benderaputih-siapa-terawal-siapa-mulakan-dan-apa-rasional-di-sebalik-warna-putih-305900

2. Sejarah ‘Bendera Putih’, https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2021/07/01/sejarah-bendera-putih/

1 ulasan:

  1. Idea yang bagus kan. Setiap rumah pasti ada kain putih. Dengan cara ni, sesiapa pun dapat menghulurkan bantuan pada yang memerlukan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.