08 Julai 2021

(Jimat PKP) Cara Jimat Masak Nasi Tanpa Kerak

Zaman PKP ni serba serbi kena berjimat. Lagi-lagi benda setiap hari kita guna macam makan nasi. Cara jimat masak nasi tanpa tinggalkan kerak. Cara ini memang terbukti jimat, jangan bazir beras dengan kerak nasi yang tak boleh makan.

Nasi merupakan makanan asasi dan ruji Rakyat Malaysia dan Asia Tenggara. Nasi adalah dari beras dan beras daripada Padi. Padi yang biasa tumbuh di sawah berair, ada juga padi yang tumbuh di Bukit dipanggil Padi Huma.

Zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Pandemik COVID19 ini membuatkan semua orang perlu bersikap lebih berjimat. Oleh kerana, nasi adalah makanan setiap hari rakyat dan lebih kurang 2-3 kali kita masak nasi dalam sehari. 

Benda utama yang menyebabkan kita membazir nasi adalah Kerak Nasi!! 

Bila nasi dah menjadi kerak, 95% kemungkinan kita akan buang begitu sahaja dan kerak nasi yang kita buang itu jika diikutkan boleh seorang atau 1 hidangan makan lagi. Amat sayang jika kita buang macam tu sahaja.

Kebiasaan keluarga saya makan nasi dalam sehari sekali (2 kali sehari pun kira dah banyak) sebab saya perlu jaga makan dan kurangkan nasi, jadi akan pilih untuk makan sekali sehari. Anak-anak pun kecil lagi umur 3 dan 5 tahun memang tak banyak makan nasi. Jadi, jika saya nak masak nasi memang akan masak dalam kuantiti sedikit cukup untuk 2 hidangan pinggan.

Selain dapat berjimat nasi (elak dibuang sebab dah jadi kerak), periuk nasi pun tak perlu cuci, Sebenarnya cara ini adalah seperti nasi kukus. boleh juga guna pengukus tapi kat rumah biasa guna periuk nasi, jadi guna periuk nasi sahaja. Sama ada periuk nasi elektrik atau letak atas dapur.

CARA MASAK NASI TANPA TINGGALKAN KERAK

1. Pertama sekali boleh guna cawan atau mangkuk porcelain/ besi atau plastik yang muat dengan periuk nasi (sehingga boleh tutup periuk nasi). 

2. Cuci beras macam biasa. Cara cuci beras lebih senang sebab jumlah sedikit. Beras tertumpah semasa cuci pun dapat dijimatkan.

3. Beras letak lebih kurang 1/3 dari bekas yang digunakan. Kemudian letak air 2/3 bekas dan beras dijangka masak penuh 3/3.

Kredit Gambar : Maskulin

4. Letak air di dalam periuk kosong dalam 500ml sebelum letak bekas beras tu. Air itu akan sebagai pemanas. Jangan tak isi air!! Nanti berlaku litar pintas pula. Anggaran masa dalam 5-10 minit sahaja.

Air dalam periuk akan panas mendidih dan masakkan nasi dalam periuk. Kalau pakai periuk automatik, kena tengok-tengok juga risau air kering sebab kita dah letak beban bekas tu, jadi mungkin periuk tu akan terus panaskan walaupun takde air. Awas!

5. Dan hasilnya (RUJUK GAMBAR)... Saya biasanya guna mangkuk plastik tahan panas.Nasi dia lebih lembut dan putih dari biasa (maybe sebab tiada hangit kerak-kerak)



Boleh la makan nasi sampai habis. Nasi melekat pun bahagian atas permukaan sahaja. Bahagian bawah memang tiada kerak. Jadi, nasi tidak membazir, mangkuk periuk senang nak basuh, jimat air, tak perlu nak rendam-rendam periuk nak lembutkan kerak. 

Memang senang dan jimat kan!! Zaman PKP ni selagi kita boleh berjimat, berjimat lah.. 



1 ulasan:

  1. Saya pun masak nasi cara macam ni. Jimat tak ada kerak nasi terbuang dan cukup cukup makan tanpa perlu bertambah.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.