08 Julai 2021

(Jimat PKP) Cara Jimat Masak Nasi Tanpa Kerak

Zaman PKP ni serba serbi kena berjimat. Lagi-lagi benda setiap hari kita guna macam makan nasi. Cara jimat masak nasi tanpa tinggalkan kerak. Cara ini memang terbukti jimat, jangan bazir beras dengan kerak nasi yang tak boleh makan.

Nasi merupakan makanan asasi dan ruji Rakyat Malaysia dan Asia Tenggara. Nasi adalah dari beras dan beras daripada Padi. Padi yang biasa tumbuh di sawah berair, ada juga padi yang tumbuh di Bukit dipanggil Padi Huma.

Zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Pandemik COVID19 ini membuatkan semua orang perlu bersikap lebih berjimat. Oleh kerana, nasi adalah makanan setiap hari rakyat dan lebih kurang 2-3 kali kita masak nasi dalam sehari. 

Benda utama yang menyebabkan kita membazir nasi adalah Kerak Nasi!! 

Bila nasi dah menjadi kerak, 95% kemungkinan kita akan buang begitu sahaja dan kerak nasi yang kita buang itu jika diikutkan boleh seorang atau 1 hidangan makan lagi. Amat sayang jika kita buang macam tu sahaja.

Kebiasaan keluarga saya makan nasi dalam sehari sekali (2 kali sehari pun kira dah banyak) sebab saya perlu jaga makan dan kurangkan nasi, jadi akan pilih untuk makan sekali sehari. Anak-anak pun kecil lagi umur 3 dan 5 tahun memang tak banyak makan nasi. Jadi, jika saya nak masak nasi memang akan masak dalam kuantiti sedikit cukup untuk 2 hidangan pinggan.

Selain dapat berjimat nasi (elak dibuang sebab dah jadi kerak), periuk nasi pun tak perlu cuci, Sebenarnya cara ini adalah seperti nasi kukus. boleh juga guna pengukus tapi kat rumah biasa guna periuk nasi, jadi guna periuk nasi sahaja. Sama ada periuk nasi elektrik atau letak atas dapur.

CARA MASAK NASI TANPA TINGGALKAN KERAK

1. Pertama sekali boleh guna cawan atau mangkuk porcelain/ besi atau plastik yang muat dengan periuk nasi (sehingga boleh tutup periuk nasi). 

2. Cuci beras macam biasa. Cara cuci beras lebih senang sebab jumlah sedikit. Beras tertumpah semasa cuci pun dapat dijimatkan.

3. Beras letak lebih kurang 1/3 dari bekas yang digunakan. Kemudian letak air 2/3 bekas dan beras dijangka masak penuh 3/3.

Kredit Gambar : Maskulin

4. Letak air di dalam periuk kosong dalam 500ml sebelum letak bekas beras tu. Air itu akan sebagai pemanas. Jangan tak isi air!! Nanti berlaku litar pintas pula. Anggaran masa dalam 5-10 minit sahaja.

Air dalam periuk akan panas mendidih dan masakkan nasi dalam periuk. Kalau pakai periuk automatik, kena tengok-tengok juga risau air kering sebab kita dah letak beban bekas tu, jadi mungkin periuk tu akan terus panaskan walaupun takde air. Awas!

5. Dan hasilnya (RUJUK GAMBAR)... Saya biasanya guna mangkuk plastik tahan panas.Nasi dia lebih lembut dan putih dari biasa (maybe sebab tiada hangit kerak-kerak)



Boleh la makan nasi sampai habis. Nasi melekat pun bahagian atas permukaan sahaja. Bahagian bawah memang tiada kerak. Jadi, nasi tidak membazir, mangkuk periuk senang nak basuh, jimat air, tak perlu nak rendam-rendam periuk nak lembutkan kerak. 

Memang senang dan jimat kan!! Zaman PKP ni selagi kita boleh berjimat, berjimat lah.. 



04 Julai 2021

Asal Kempen #BenderaPutih dan Sebab Warna Putih.

Kempen Kibar 'Bendera Putih'

Sejak beberapa hari dan minggu yang lalu, hashtag #BenderaPutih menjadi trending di Sosial Media terutama di Twitter, kemudian merebak ke Facebook dan medium lain. 

Tujuan Hashtag, Kempen 'Bendera Putih' ini untuk memberi signal kepada komuniti setempat bahawa keluarga mempunyai kesulitan dalam bekalan kehidupan seharian terutamanya bekalan makanan, bayi dan kanak-kanak. 

Menurut sumber AstroAwani, Kempen 'Bendera Putih' ini mula dicetuskan oleh pengguna Facebook bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan pada 28 Jun.

Pencetus trending (trendsetter) di dunia maya mungkin sukar untuk mencari sumber terawal. Jadi, kemaskini terawal dikira pencetus utama dan menjadi trending di alam maya dan memberi kesan kepada alam realiti. Kemaskini beliau adalah yang terawal atau antara yang paling awal mencadangkan inisiatif ini.


Menurut Nik Faizah , warna putih digunakan dalam kempen kerana setiap rumah mempunyai lampin putih dan baju sekolah putih.

Jadi sebenarnya 'Bendera Putih' bukanlah seperti yang kita tengok dalam filem atau sudah ditanam dalam lubuk fikiran bahawa jika angkat Bendera Putih bererti kita menyerah kalah. Pemahaman ahli politik dan mungkin orang berkepentingan mengangap angkat 'Bendera Putih" ini beerti menyerah kalah dan putus asa adalah sama sekali menyimpang dari tujuan kempen ini.

"BENDERA PUTIH PADA MASA PENDEMIK INI BUKAN BEERTI MENYERAH KALAH"

Jika kita lihat dalam kehidupan seharian kita, bermula dari bayi yang lahir, perkahwinan, bersanding, sehingga ke kematian..warna putih adalah yang menjadi kebiasaan rakyat guna sebagai pakaian atau perhiasaan. Mengikut logik kegunaan seharian, warna putih adalah warna yang kebarangkalian besar setiap rumah tanpa mengira pangkat, darjat, bangsa dan agama mempunyai kain bewarna putih.

Contoh Kain bewarna putih dalam kehidupan seharian yang mungkin boleh digunakan : -

  1. Kain lampin
  2. Baju singlet/ baju dalam
  3. Kain lap/ Kain Good Morning
  4. Kain kapan
  5. Baju sekolah 
  6. Tshirt Sukan
  7. Kain pelikat
  8. Baju melayu
  9. Kain poster/ banner
  10. Kertas poster/ Banner
  11. Kertas A4
  12. Kain Langsir
  13. Pakaian
  14. Kain tuala
Dan jika tiada pakaian bewarna putih, sekurangnya ada Klorox atau Cecair Peluntur boleh melunturkan warna pakaian bewarna menjadi warna putih atau warna cerah.


Menurut 'Jah' Posting' tentang bendera putih itu sebenarnya saya tulis ikhlas dari hari saya sendiri bila saya lihat banyak kesusahan yang berlaku akhir-akhir ini,” 

Dia mengakui bahawa dia tidak tiru mana-mana, dia sebenarnya cuba nak sampaikan mesej kepada masyarakat di sekitarnya sahaja. Jadi, walaupun Bendera Putih ini asalnya dikenali sebagai menyerah kalah dalam perang, tapi menurut Nik Faizah ia digunakan kerana warnanya senang dijumpai dalam rumah.

Netizen semua beranggapan bahawa Kempen 'Bendera Putih' ini memang sangat-sangat membantu sesetengah keluarga untuk menzahirkan perasaan kesulitan dan terdesak mereka. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang sangat memberi kesan kepada rakyat terutamanya yang mencari rezeki dengan berniaga sendiri atau syarikat swasta.

Jika ada Bendera Putih dikibarkan di kawasan anda, segeralah menyantuni mereka. Mungkin sebelum pandemik kita jarang bertegur sapa dengan jiran dan komuniti setempat dek kesibukan. Semoga waktu pandemik ini mengubah persepsi kita menjadi lebih empati terhadap orang sekitar yang mungkin dalam kesusahan. Kita tiada terlalu banyak kelapangan untuk bertanya khabar satu-persatu kepada kawan, adik beradik, jiran tertangga dan komuniti setempat, dengan menzahirkan bendera ini dapat membuka mata komuniti setempat agar lebih prihatin.

Tonton Temubual Astro Awani dan Nik Faizah 



Sumber rujukan :

1. #BenderaPutih: Siapa terawal? Siapa mulakan dan apa rasional di sebalik warna putih?, https://www.astroawani.com/berita-malaysia/benderaputih-siapa-terawal-siapa-mulakan-dan-apa-rasional-di-sebalik-warna-putih-305900

2. Sejarah ‘Bendera Putih’, https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2021/07/01/sejarah-bendera-putih/

03 Julai 2021

Zoo Taiping Anjurkan Program ONLINE LIVE Tengok Buaya 4 Julai 2021 (10 pagi) ini




Pertama kali saya pergi ke Zoo Taiping sekitar 2-3 tahun lepas (semestinya zaman sebeluk Pandemik COVID19) dan kebetulan pada ketika itu ada kerja luar kawasan di sebelah Perak. Masa itu saya ada bawa bersama isteri dan anak-anak. Jadi, dalam perjalanan balik kami menyinggah di Zoo Taiping, Perak.

Tak sangka Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia dan merupakan Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Memang patut dijadikan Lokasi wajib lawat sekurangnya sekali seumur hidup sebagai rakyat Malaysia. kita sebagai rakyat Malaysia pun boleh berbangga dengan melawat Zoo tertua dan Zoo Awam pertama dibuka di Malaysia ini.


Kawasan Zoo Taiping ini seluas 36 ekar atau 0.146 KM Persegi memperkenalkan konsep terbuka seperti habitat asal haiwan. Memang terasa sangat berbaloi bila melawat Zoo Taiping ini berbanding dengan Zoo Negara. Bila kita melihat haiwan-haiwan ini secara terdekat baru terasa kagum dan memori terindah terukir.

Sebanyak lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies menjadi penghuni di Zoo Taiping seperti harimausingagajahbadak airzirafahorang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamangrusanilgai dan burung kuak. 


Program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang diperkenalkan oleh Zoo Taiping ini saya tidak sempat ikuti kerana tak sempat nak menunggu waktu malam. Tapi ia memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan telah bermula sejak Mac 2003 lagi. Bagi seorang 'Night Owl' macam saya memang sesuai ikuti aktiviti 'Night Safari' ni. Sesiapa yang jenis berjaga waktu malam tu memang di panggil ' Manusia Nocturnal' (sila jangan percaya)

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.


ZOO TAIPING AND NIGHT SAFARI'S ONLINE GUIDED TOUR "ONLINE NOW, ONSITE LATER"


Dengan Pandemik COVID19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seluruh Negara memang sangat menghadkan pergerakan kita sebagai orang awam. Sekarang sudah aktiviti sosial dan lawat tempat pelancongan menjadi terhad dan kurang 'feel authentic', Sukar untuk kita menikmati alam semujadi secara selesa dan hati yang tenang tanpa merisaukan hati dan perasaan kita risiko jangkitan virus COVID19 ini.


Zoo Taiping telah mengambil inisiatif jika kita tidak dapat bawa orang ke Zoo, biar mereka bawa Zoo kepada rakyat Malaysia.

BOSAN DUDUK DI RUMAH? TAPI TERINGIN UNTUK MELIHAT HAIWAN-HAIWAN DI ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI (ZTNS)?


Dengan menggunakan teknologi maklumat dan sosial media, kini pihak Zoo Taiping & Night Safari akan menganjurkan Sesi FB dan INSTAGRAM LIVE bersama pengunjung yang dirindui. Tidak kira di mana anda berada, anda berpeluang melawati Zoo Taping & Night Safari secara dalam talian.

Saya rasa paling menraik untuk tengok adalah sesi memberi makan buaya ini. Kanak-kanak yang biasanya minat Dinosaur akan minat dengan buaya. Buaya adalah salah satu haiwan yang dikatakan hidup sejak zaman Dinosaur ini. Ibu bapa boleh bagi maklumat itu pada kanak-kanak bagi menarik minat. Kanak-kanak dan Dinosaur berpisah tiada.


Bukanlah maksudnya seekor buaya boleh hidup beratus-ratus tahun (walaupun mungkin boleh hidup lebih 100 tahun), Maksud Buaya ini hidup sejak zaman Dinosaur adalah dia punya fizikal badan tak banyak berubah, kurang berevolusi. Mungkin zaman sekarang buaya bentu macam tu, mungkin zaman Dinosaur, buaya pun sama macam zaman sekarang cuma mungkin lebih besar macam Dinosaur.

BEST KAN?!
😍😍😍
"ONLINE NOW ONSITE LATER" KALI INI MENGENAI...
BUAYA SANG BEDAL
🐊🐊🐊🐊🐊🐊🐊🐊
Pengunjung berpeluang menyaksikan gelagat Buaya Tembaga secara LIVE dan mendengar sesi penerangan oleh Pegawai Veterinar Zoo Taiping & Night Safari melalui LIVE di FACEBOOK dan INSTAGRAM Zoo Taiping & Night Safari
Save The Date
Tarikh: 04 Julai 2021 (AHAD)
Masa: 10.00 pagi
KLIK LINK SOSIAL MEDIA DI BAWAH UNTUK MELIHAT SECARA LANGSUNG 'LIVE' BAGI PROGRAM INI
FACEBOOK LIVE VIDEO (4 Julai 2021. 10:00 Pagi)

Facebook Page Zoo Taiping :


Sumber Rujukan : 

1. Zoo Taiping, https://ms.wikipedia.org/wiki/Zoo_Taiping

2. 


02 Julai 2021

Cirit Birit : Punca dan Rawatan Pantas Tradisional

Cirit Birit : Punca dan Rawatan Pantas Tradisional

Cirit birit atau Diarea (Bahasa Inggerisnya adalah 'diarrhoea' dengan sebutan 'dai - uh - ree·uh (/ˌdʌɪəˈrɪə) adalah gejala sakit perut memulas-mulas dengan rasa otot rektum terkemut-kemut dan sukar untuk di kawal, usus-usus besar pun menjadi sangat aktif mengepam isi usunya walaupun tiada isi dan sekadar air dan angin untuk seperti sedang menghalau keluar penceroboh usus perut.

Cirit-birit adalah salah satu Mekanisme Sistem Pertahanan Badan secara semulajadi. Diibaratkan seperti Sistem Kecemasan jika berlaku penceroboh oleh kuman, bakteria, virus atau benda asing yang masuk dalam badan kita secara rela atau tak sengaja. Kebiasaan melalui makanan dan minuman.

SIMPTOM CIRIT-BIRIT

Apabila seseorang itu menghidap cirit-birit, dia akan mengalami simptom berikut.

  • Mula-mula perut akan rasa mengembung
  • Sakit perut di bahagian abdomen, dalam usus mula memulas-mulas (bayangkan kain basah yang hendak dijemur, dipulas-pulas untuk keringkan dan kurangkan air, lebih kurang macam itulah usus dalam perut memulas)
  • Secara-tiba-tiba akan rasa nak buang air besar dengan kerap, mungkin setiap 5 minit atau kurang.
  • Najis yang keluar dari cirit-birit selalunya cair, kebanyakkannya adalah air.
  • Penghidap mungkin akan rasa loya-loya, seperti hendak mengeluarkan isi perut melalui mulut.
  • Disebabkan kekurangnya air dan Sistem Imun sedang bekerja, suhu badan menjadi panas dan demam.

PUNCA MENYEBABKAN CIRIT-BIRIT

Cirit-birit ini memang sangat mengganggu kehidupan seharian kita. Lagi-lagi jika tengah bekerja, dalam mesyuarat atau dalam pengangkutan awam. Otak memang tidak dapat fokus bila sakit perut memulas, dengan penghawa dingin sejuk-sejuk boleh meremang bulu roma tak selesa duduk. Kalau dalam bas atau pengangkutan awam bila nak kena cirit-biriti lagilah masak! Nak cari toilet mana tengah-tengah jalan, tengah bandar pula tu.

Ada beberapa punca yang selalu menjadi penyebab kepada masalah ini seperti :-

  • Jangkitan virus: Virus yang boleh menyebabkan masalah ini adalah virus Norwalk, cytomegalovirus, enterovirus. Rotavirus pula selalunya menyebabkan masalah cirit birit yang teruk pada kanak-kanak
  • Bakteria: Bakteria yang selalunya menyebabkan masalah ini adalah salmonella, shigella dan E. coli.
  • Ubat: Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku seperti ubat gastrik yang mengandungi magnesium. Antibiotik juga boleh menyebabkan masalah ini kerana ia akan membunuh semua bakteria baik dan jahat di dalam usus menyebabkan bakteria yang tidak dibunuh oleh antibiotik tersebut menjadi dominan dan menyebabkan masalah ini berlaku
  • Keradangan usus(Inflammatory bowel disease): Beberapa jenis penyakit ini adalah Chron’s disease, ulcerative colitis, celiac disease dan terdapat beberapa jenis penyakit lagi. Walaubagaimanapun masyarakat Malaysia jarang menghadapi masalah ini
  • ‘Lactose intolerance’: Terdapat beberapa individu yang tidak boleh mengambil susu kerana mereka mesti  mengalami masalah cirit birit jika mengambilnya. Ini disebabkan individu tersebut tidak dapat menghasilkan enzim yang mencukupi untuk menguraikan gula laktosa di dalam susu tersebut.(sumber : The Diagnosa)

RAWATAN PANTAS CIRIT-BIRIT GUNA BAHAN DAPUR

Bila berlakunya cirit-birit yang kebiasaannya sebab keracunan makanan dan minuman (jarang-jarang berlaku disebabkan angin, atau penyakit lain), jika mengikut pengalaman saya, ada beberapa cara pantas untuk mengurangkan Cirit-cirit ini dengan pantas menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja atau mungkin boleh beli di farmasi untuk standby.

1 # GARAM BUKIT ATAU GARAM BIASA

Garam memang barang wajib ada di dapur setiap rumah. Jadi, jika anda menghidap cirit-birit, mungkin boleh pertimbangkan minum air garam, seeloknya air garam bukit ..boleh minum sejuk atau suam. Minum Suam-suam boleh telan sikit. Garam letak dalam setengah sudu kecil dalam segelas air, kacau hingga larut dan minum. Selepas itu boleh minum air kosong banyak-banyak. Kemudian, ulang.

2 # TEH PEKAT/ KELAT

Petua ini memang biasa dari tips orang tua-tua. Teh juga menjadi jenis minuman yang biasa ada di rumah kerana ia tahan lama untuk disimpan dalam suhu bilik, tak perlu ruang simpanan luas. Jika teh dalam bentuk uncang, boleh letak 2 uncang dalam segelas air panas tanpa gula.

3 # ORAL REHYDRATION SALT (ORS)




ORS adalah paket kecil ramuan khas gula dan garam yang boleh dibeli di farmasi. Murah sahaja. Boleh beli untuk kecemasan jika rasa kekurangan tenaga, cirit, birit, demam. Rasa dia manis-manis, masin. Ambil ORS ini secara kerap kerana badan kita akan banyak hilang air, garam mineral akibat tercirit-birit. Satu paket ORS dicampur untuk 250ml air.

4 # MAKAN NASI PUTIH, KENTANG, PISANG (SERAT MUDAH CERNA/LARUT)

Mengikut tip carian internet yang baru saya tahu adalah makan nasi putih, kentang dan pisang. Jadi persamaan bahan-bahan ni adalah mempunyai kandungan serat yang ringan-ringan, serat mudah larut air. Serat adalah sejenis karbohidrat berasaskan tumbuhan yang manusia tidak dapat cerna sepenuhnya. Serat-serat ini ibarat akan diadun dalam bahan cerna perut dan usus untuk menyerap air dan menjadikan najis pejal berketul. 

5 # ACTIVATED CHARCOAL/ CARBON/ PIL ARANG




Pil Arang atau Activated Charcoal/ Carbon ini boleh didapati di farmasi dan tak perlu preskripsi doktor. Ia bukan supplement. Ia adalah untuk kecemasan yang boleh digunakan jika melibatkan keracunan akibat bahan kimia atau bakteria (bakteria yang boleh mengeluarkan racun jika dimasak). Activated Charcoal ini akan bertindak untuk menyerap toksin dalam badan untuk tempoh awal.

6 # PIL CHI KIT TECK AUN /  HURIX HERBA / PO CHAI PILL

Ketiga-tiga jenis pil ini adalah berasaskan herba yang membantu melegakan cirit-birit dan biasa digunakan secara tradisional. Pil-pil herba ini mungkin tiada pengesahan halal JAKIM kecuali Hurix adalah Halal jadi tapi ia adalah 100% herba.