28 Februari 2020

Mantapkan Blog untuk DUMMY, Kemas Blog Tak Kemas


Walaupun saya mula blogging bermula tahun 2008/2009 (11-12 tahun yang lepas masa zaman belajar) tapi saya tak berapa nak ambil serius sangat tentang Blogging. Mungkin disebabkan faktor

Faktor Tak Kemaskini Blog

  1. Malas nak Online dan menulis.
  2. Kurang capaian Internet.
  3. Kurang kemudahan menulis (laptop)
  4. Kurang matang dalam penulisan/idea
  5. Kurang pendedahan tentang kelebihan blogging.
  6. Blogging untuk suka-suka
  7. Blogging sekadar Diari online (diari yang malas nak menulis)
  8. Sibuk/ Penat dalam menguruskan kehidupan sendiri.
  9. Pendek kata, MALAS.

Sekarang dah tahun 2020, bila tengok ramai kawan Blogging di Facebook update status masing-masing (walaupun sekadar kawan maya dan tidak bertegur pun), sedikit sebanyak mempengaruhi juga semangat nak blogging dan beberapa faktor lain.

Faktor Aktifkan Dunia Blogging

  1. Kewangan Pasif (Adsense, Iklan). Ramai Blogger dan netizen menjadikan ruangan maya sebagai sumber kewangan pasif. Dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi sekarang dan capaian internet yang mudah, memang memudahkan lagi sebab semuanya di hujung jari.
  2. Perkongsian dan Luahan Peribadi. Kita tolak tepi yang jenis copy-paste, blog untuk download-upload bagai. Blogger adalah individu yang boleh memberi pendapat dan perkongsian peribadi mungkin lebih bermanfaat kerana pengalaman peribadi adalah berbeza dari orang perseorangan.
  3. Diari Online. Walaupun dah ada Facebook, Twitter dan instagram. Tapi saya rasa Blog lebih terperinci untuk menceritakan berkaitan kehidupan (walaupun Sosial Media lain pun boleh taip panjang tapi Blog boleh update banyak gambar dan penceritaan lebih kepada gambar.)
  4. Sekarang lebih matang dan waras. Benda ini boleh mempengaruhi gaya penulisan walaupun kita ni jenis membaca sangat.
  5. Akses internet yang lebih stabil. Saya baru melanggan TM Unifi untuk HyppTV dan Internet, jadi lebih mudah akses internet (walaupun internet ini untuk anak-anak tengok Youtube, TV pun tengok Channel Kanak-kanak.
KEMASKINI BLOG LAMA TAK KEMAS


Dalam kecelaruan hidup, saya berbalik ke Blogging, kembali menulis menjadikan blog sebagai tempat rujukan, luahan dan perkongsian pengalaman hidup dengan lebih teratur. Saya tak berapa faham sangat tentang SEO dan lain-lain tapi yang pasti SEO itu bagus. benda baik kita kena ikut.


  1. BROKENLINK : Mula-mula sekali saya GOOGLE tentang cara mengemas Blog, Salah satunya yang saya jumpa adalah tentang BROKENLINK. Kalau ikut Tutorial di Youtube, katanya kita perlu sentiasa tengok LINK yang kita sambung/ letak dalam Blogpost supaya LINK itu VALID/SAH dan bukannya dah MATI/NOT FOUND/ ERROR yang boleh menyebabkan GOOGLE tak dapat nak Crawl or something-like-that la.
Tutorial mencadangkan pergi ke LINK BrokenLinkCheck sini. Masukkan URL Blog/Website dan Security Code. Tekan 'Find Broken Links Now'. Nanti dia akan keluar links yang dianggap MATI/BROKEN/NOT VALID/TAK SAH. Dan daripada situ Boleh tekan URL untuk tengok Link dan edit post (Buangkan Link yang tak guna itu), kalau nak lagi Detail, Tekan SRC, dia akan keluat Code HTML untuk tengok. Nota : Bila tekan URL dia tak terus ke LINK tersebut, mungkin pergi ke BLOG GENERAL, jadi pandai-pandai agak post mana yang ada LINK BROKEN itu.

link
Semak Broken Link Blog di Sini.

2. LABEL / KATEGORI kena semak semula.Yang mana ada Satu (1) Label= Satu (1) Post. Sebelum ini saya merapu meraban sekali letak label pada setiap post dan itu adalah SALAH. Tutorial blog bagitau LABEL BUKAN HASHTAG yang boleh merapu meraban. Semakin banyak label, semakin tak tentu pasal apa blog ini. Yang BAGUS adalah, Setiap LABEL ada BANYAK POST yang berkaitan.
label
Boleh Cek pada LABEL dan nombor sebelah adalah jumlah POST, Saya dah insaf nak letak LABEL panjang macam Hashhtag. Jadi, saya semak LABEL pada No.1, kemudian Check pada No.2 itu untuk TAMBAH LABEL atau DELETE LABEL. Sambil saya Edit Blog, Sambil EDIT juga LABEL supaya jangan merapu. (Yang mana post mengarut dan merapu, saya 'REVERT TO DRAFT' dan buang semual LABEL)

3. NOFOLLOW LINK dan LABEL PADA GAMBAR : Setiap LINK yang nak letak pada Blogpost tu, kalau LINK Luar, Klik 'NOFOLLOW' kalau LINK Blog Sendiri, Tak perlu tekan 'NOFOLLOW' Sebabnya kalau ikut tutorial yang acah-acah faham tu, Tiada beri kesan pada RANKING Blog pun kalau letak LINK Luar, gitulah.

link

Image Properties atau LABEL pada Gambar yang letak dalam Blog ni kena ada tajuk dan LABEL, Fungsinya kalau orang SEARCH GAMBAR nanti keluarlah GAMBAR pada Blog Kita. Macam itu lah.
label

4.  GAMBAR DARI GOOGLE : Kebanyakkan Blogpost ni secara bergambar baru tambah menarik. Blog ini pun bukan berilmiah sangat untuk buat panjang-panjang. jadi GAMBAR SUMBER GOOGLE lah jadi punca modal untuk update post ini. SEBENARNYA BUKAN SEBARANGAN BOLEH AMBIL GAMBAR SUMBER GOOGLE, pastikan gambar tersebut boleh digunakan da tiada COPYRIGHT untuk mengelakkan GOOGLE MARAH. Masa SEARCH GAMBAR, Pegi bahagian bawah ada 'TOOLS',Pilih ' Labeled for Reuse" maksudnya PERCUMA.

Setakat ini dulu saya fokus untuk kemaskan semula Blog saya yang memang merapu meraban ni supaya isi kandungan lebih bermanfaat. Maklumlah usia semakin bertambah. Cara mantapkan Blog dalam post ini berdasarkan pemahaman saya yang tak berapa nak faham. kalau ada Blogger yang lebih PRO boleh bagi tips mudah faham untuk DUMMY macam saya ini.

0 $type={blogger}:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.