19 Disember 2017

Tarikh Gaji, Bonus dan Faedah Bajet 2018 Penjawat Awam

Tarikh pembayaran gaji 1.6 Juta orang penjawat awam tahun 2018 dah boleh masuk dalam kalendar masing-masing supaya dapat berjimat terutamanya pada bulan Feb/Mac 2018, Jun/Julai 2018 dan Ogos/Sept. 2018. Duit ni tak pernah cukup, tapi bersyukur bagi yang mempunyai gaji yang tetap. Yang mana pasangan yang penjawat awam pun boleh merancang masa nak bershopping.


Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan tahun 2017 untuk Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia


(Sumber: semakkeputusan)
Menerusi pembentangan Bajet 2018 (Belanjawan Malaysia), semua Kakitangan Awam akan menerima bayaran khas iaitu sebanyak RM1,500. Manakalah pesara kerajaan juga turut menerima bayaran khas sebanyak RM750. Pemberian kerajaan kepada semua kakitangan awam dan juga pesara kerajaan adalah untuk meringankan bebanan kos sara hidup.

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan Bajet 2018

 Kakitangan Awam
  1. Bayaran Bonus ini akan diberikan dua kali dalam setahun iaitu:
  • RM1,000 pada awal Januari 2018
  • RM500 sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018
 Pesara Kerajaan
  1. Bayaran Bonus untuk Pesara Kerajaan juga turut diberikan dua kali dalam setahun iaitu:
  • RM500 pada awal Januari 2018
  • RM250 Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018
Tarikh yang tepat berkaitan dengan pembayaran Khas Bajet 2018 kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan selepas surat pekeliling Jabatan Akauntan Nagara Malaysia dikeluarkan.

Faedah lain untuk Kakitangan Awam Pada Bajet 2018

Selain daripada bayaran khas, terdapat bebarapa khabar gembira untuk kakitangan awam mulai 1 Januari 2018 iaitu :
  1. Pejawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.
  2. Kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah
  3. Kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama
  4. Dibenarkan cuti rehat melebihi 150 hari sebagai ganti cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar cuti rehat khas bagi pegawai perkhidmatan pendidikan dinaikan daripada tujuh kesepuluh hari.
  5. Menambah satu lagi waktu kerja berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
  6. Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam akan dilakukan dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PHD secara dalaman.
  7. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu bapa kepada pesara kerajaan.
  8. Kenaikan kadar pencen terendah kepada RM1000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.