09 November 2014

Celcom SKMM Tak Dapat Internet

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Cuma nak berkongsi pengalaman tentang SIM Celcom SKMM 1 Malaysia yang kena beli RM25/ Sebulan (1GB).

Bermula pada hujung minggu lepas sekitar 07/11/2014, aku baru sahaja subscribe Celcom SKMM untuk sebulan dengan nilai RM25, dan berada di kawasan yang memang Line slow di Bukit Kluang,Besut selama 3 hari tetapi entah kenapa tetiba Internet Celcom tak dapat walaupun ada connection yang paling slow 'Edge(E)'. Sekurangnya mesej Whatsapp dapat la masuk, ni tidak..

Kemudian try godek2 setting Mobile Network, tiada masalah.. Kemudian keluar Notification 'Sign In Network (Celcom)'..Aku tak pernah alami perkara ini, jadi ia agak pelik la.. Bila klik pada notification 'Sign In Network' tu, dia keluar seolah IP untuk Prepaid dan 'Celcom Web Service Not Allowed'.

Kebetulan dapat WiFi di luar 'Hutan' Kem ni, terjumpa forum yang sama dalam CariGold Forum yang telah di post pada Tahun 2012 lagi.. ( http://www.carigold.com/portal/forums/printthread.php?t=290713&pp=10&page=173)
Dalam thread ni ada seorang forum-er bagitau yang dia telah call operator Celcom berkenaan masalah yang sama, jadi hasil yang di kongsikan seperti berikut:-

"ahib020517-02-2012 12:41 PM

berdasarkan penerangan daripada operator celcom tadi, saya baru maklum tentang validity simcard skmm

setiap simcard skmm ada 2 jenis tamat tempoh:

1) tamat tempoh validity

nak tau bila tamat tempoh boleh call 1111 tanya

nak renew kena topup

RM10 = valid 7 hari

RM30 = valid sebulan

2) tamat tempoh internet connection

untuk skmm RM25 sebulan


dua-dua mesti active baru boleh connect internet


maka kalau macam ni skkmm 1 malaysia bukan RM25 sebulan la

tapi RM55 sebulan sebab (RM25 untuk internet connection + RM30 untuk simcard validity)


ada sapa tau pasal ni? "

Jadi, sebelum ni aku masih boleh menggunakan Celcom Internet walaupun kredit sudah expired (Since beli nombor ni khas untuk Celcom SKMM ni).
Tetapi 2-3 hari lepas, kredit dah expired walaupun sudah subscribe RM25/Sebulan, tetapi masih tak dapat internet!!! Mungkin sebab Kod dah berubah, Sebelum ni untuk Subscibe taip '1Month', Sekarang kena taip 'Net25'. APAKAH?!!

Celcom dah buat hal ke? Dah la aku ni tergolong orang berpendapatan rendah...Huhu...
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Bro,telco jual VOLUME/QUOTA/BANDWIDTH bkn SPEED ;-) .. sbb tu bila dah hbs quota kena ON VOLXX etc.. Patutnya dah lama celcom buat PPU mcm telco lain. Kalu pnh dgr ayat 'kerja org dalam'..sangkut paut dgn booster ect..line tetiba mati,bila call jadik no org.. itu la dia.. hrp2 dah kena buang staff tersebut.

    Lagi satu 'mobile internet' bkn dicipta utk kaki download movie..cuma utk baca paper,update itu ini masa travelling.kawe sendiri utk download besar2 pakai wired.. data center,server, semua sumber internet pakai wired (copper/optic).

    Golongan pendptan rendah mcm sy smartphone china shj,nokia c2-03..walau saya mampu utk beli RM2k..tp sbb sy electronic eng, yg blh sy kata 'saiz,bentuk,model shj yg berbeza..isi tetap android' ..slh satu cara promosi produk baru..hehe

    BalasPadam
  2. Pernah guna dulu SKMM ni.. beli thru internet.. tapi sampai satu masa memang dah tak bole guna, bila call celcom dah expired, kalau nak juga guna kena guna macam data biasa tu.. sama macam yang Iqbal tuliskan diatas..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.