28 Januari 2013

[Pet] Sneaky Si Landak Hedgehog Albino

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Walaupun tiada sesapa….T__T
Walaupun dah lama tapi kali ini baru nak memperkenalkan haiwan peliharaan terbaru saya!!
Kenalkan.. Mr.Sneaky Si Albino Hedgehog (atau Pygmy African Hedgehog). Saya bertukar milik Sneaky dengan student UniMAP yang jualnya dengan harga RM100 dalam www.mudah.my . Sedikit Info Mengenai Mr.Sneaky ni:-
hedgehog, pet
    hedgehog, pet
  • Pada masa beli 8hb.Oktober 2012 berumur sekitar 6-7 bulan (Agak-agak dalam umur 6 bulan la.).
  • Haiwan peliharaan exotic. Bukan haiwan Malaysia. Juga di kenali sebagai ‘Hedgie’
  • Seekor Hedgehog Albino Jantan (Albino mempunyai Mata merah.)
  • Single (Sedang mencari pasangan hedgehog betina)
  • Seekor yang penakut dan pemalu (Tak berapa mesra)
  • Aktif dalam gelap (Kalau cerah, dia suka berkurung dalam rumah kotak beliau)
  • Minuman Kegemaran: Susu (Air kosong pun okay)
  • Makanan Kegemaran: Ulat Roti (Superworm) (Juga makanan kucing) atau serangga
  • Sangat tidak suka mandi. Tapi boleh berenang
  • Sejenis Mamalia
  • Boleh bergulung seperti Bola bila terancam @ takut.
  • Agak rabun tapi sensitif pada bunyi dan bau.
  • Suka bunyi macam selsema, snort..kadang-kadang purr..macam kucing…hedgehog, pet
  • Mempunyai duri yang agak tajam (jika tidak biasa pegang). Dan duri dia tidak boleh tembak ye~
  • Kadang-kadang buat aksi yang comel.
  • Sangat suka menyelinap tempat sempit.
  • Najis macam najis kucing cuma agak kecik dan melekat.
  • Akan buat perangai pelik bila terhidu benda sangat wangi seperti perfume…Buat mulut berbuih-buih.. jangan panik.
  • Pada umur 4,5,6 bulan, akan berlaku fasa bersalin duri.. Dapati banyak duri hedgie ni gugur.. Jangan panik juga…
hedgehog,pet
Teruskan ikuti Blog Ismiqbal untuk lihat pelbagai aksi Mr.Sneaky sepanjang penjagaan.
Sangat-sangat alukan peminat Hedgehog seluruh Malaysia (atau dunia)

13 ulasan:

  1. cantiknya landak...n boleh belit2 lagi landak 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. landak ni boleh gulung2 lak...hehe.. belit2 cam ular lak..

      Padam
  2. waalaikumusalam. .. baru perasan link dlm komen..huhu.. hedgehog ni time baby2 mmg comel.. dah besar nanti dilepaskan ke? huhu..takut nk bela

    BalasPadam
    Balasan
    1. hedgehog ni dah besar la ni.. takde la besar cam landak warna hitam ni.. ni kira landak mini ni..hehe

      Padam
  3. Salam sy nk tanya Memang LM bunyi selsema atau penyakit

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. bunyi landak yang macam selsema sebab dia macam terganggu..macam bunyi amaran kepada yang kacau tu...kalau yang jantan agak garang skit, kalau yang betina okay skit... ada bela ker?

      Padam
  4. Hi nak tanya sikit . Landak saya mcm selesema . Hidung asyik berair je . Kena bawak jmpe vet ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia berair sikit ker berair banyak? kalau macam berair byk, better jupe vet la... klu landak bunyi 'grumpy' dgr macam selsema gitu

      Padam
  5. hai... klau HH baru 3 month duri die gugur kire normal la kan... ok ke klau sy x krung die dlm cage.. suke biar die bebas dlm bilik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap.. memang normal kalau umur 3,4 bulan.. masa tu kira macam bersalin duri baru..di panggil 'Quilling'...

      Padam
    2. ok je kalau tak kurung..lagi baik... malam2 dia akan jadi sangat2 aktif...saya pn kadang2 lepas je...tgk pagi esok kencing n berak merata gak ...

      Padam
  6. salam saya nak bagitau yang sebenar nya hedgehog tak boleh minum susu atau benda yang bersusu sebab usus mereka sensitif,jadi berhenti lah berikan mereka susu walau mereka menyukainya

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum,,,sye bru menjaga hedgehog,,dan hedgehog ni org bgi...bagai mne nk jinak/biasa kn dia dgn owner bru dia ni?.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.