15 Julai 2012

Taman Ular dan Reptilia Perlis


Pada suatu hari yang tak berapa ingat..Edisi jalan-jalan Perlis, Melawat Taman Ular dan Reptilia Perlis yang terletak di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis.. Jika review balik Surat Khabar Kosmo 26/06/2011; khabarnya Taman Ular dan Reptilia ini akan di naik taraf menjadi Zoo Mini jika menurut Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis ni, tapi nampaknya masih kekal menjadi Taman Ular dan Reptilia Perlis.
Taman Ular dan beberapa taman yang terletak berhampiran dengan Banjaran Nakawan; dinding pemisah antara Malaysia-Thailand.
Taman Ular perlis
Untuk masuk ke Taman Ular dan Reptilia ni, bayarannya RM4 untuk dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak (jika tak silap la.). Dan untuk ambil gambar di dalam kawasan Taman Ular ini gak kena bayaran! Jika masuk di bahagian pameran pertaman, banyak pelbagai jenis ular di dalam akuarium, dari ular jenis kecil kepada ular yang besar! Berbisa dan tidak berbisa.
Taman Ular perlis
Selepas dari bilik Pameran pertama, kemudian laluan luar akan jumpa biawak, kura-kura dan iguana. Di bahagian ‘outdoor’ pula ada kurungan ular besar-besar, monyet, burung unta dan buaya.
Ada kurungan ular tedung, taman ular memberi makan bangkai ular. Jadi, jika berkesempatan boleh lihat ular tedung yang besar memakan bangkai ular!
jadi komen saya, kawasan Taman Ular dan Reptilia mungkin tidak nampak berapa meriah. Semua haiwan hanya menjadi tatapan.  Jadi, pengunjung hanya dapat melihat dan melihat satu jenis haiwan ke haiwan yang lain. Mungkin agak membosankan untuk pergi ke sana seterusnya.
Kawasan kurungan ular tedung di kawasan luar walaupun besar tapi ada beberapa fakta mengatakan Ular tedung boleh menyembur bisa beberapa meter, jadi, mungkin perlu kurungan lebih tertutup untuk pengunjung lihat tanpa pengawasan penjaga.
Notakaki: Kekadang nampak juga keretapi bertayar (kenderaan-bapengunjung) lalu dari taman ular sehingga ke air terjun Bukit Ayer. Sepanjang perjalanan boleh lihat Taman Anggur, Taman Mangga Harumanis. Tapi mungki persekitaran menjadi kurang selesa apabila lalu merentasi kawasan kuari batu kapur.

1 ulasan:

  1. Kecewa masa melawat taman ular beberapa tahun yg lepas..kelihatan binatang dan sangkar tidak dijaga rapi..bau busuk sgt dan kotor..tempat buaya..sgt menyedihkan..masuk dgn berbayar...tetapi tempat tu bagai hidup segan mati tak mahu..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.