30 Julai 2012

Hancur Akibat Anai-Anai!

Arghhh! anai-anai..! sejenis haiwan yang dapat mencernakan kayu. Apabila datang menyerang, semua barang yang berhampiran kayu nak di santap! Itulah nasib yang aku terima akibat serangan anai-anai ni… Dah la beberapa bulan tak balik kampung, dalam bilik takde siapa nak masuk..dah pindah rumah baru….habis! habis! terutamanya buku-buku ni….
IMAG1914
Buku Log SCUBA yang di ratah oleh anai-anai! Habis… walaupun tak berapa banyak SCUBA dive yang saya lakukan, tapi ni adalah Buku Log SCUBA yang pertama semasa saya ambil Lesen SCUBA…Hancur…..*sentap tengok~
IMAG0562
Hancur…hancur…nasib baik ada sesetengah nota Biotech masih boleh di gunakan, tapi Buku Kegemaran Nostalgia saya semasa sekolah rendah turut hancur!!
Buku Sang Kancil Melawan Naga…*nostagia tu…
Jadi, kesimpulannya:-
➸ Pastikan rumah anda bebas dari anai-anai. Pastikan jika ada sebarang sarang anai-anai di sekitar rumah anda. Kenalpasti sebarang laluan anai-anai di celah-celah dinding atau di celah lantai atau di luar rumah.
➸ Jika terdapat sebarang jejak anai-anai, serta merta atau dalam jangka masa yang singkat mengambil tindakan untuk membasmi anai-anai.
➸ Kesan anai-anai pada rumah kayu lebih teruk berbanding rumah batu. ia mungkin boleh mengakibatkan kerugian dari segi membaikpulih akibat anai-anai.
➸ Pastikan tiada duit kertas/ dokumen kertas bernilai di simpan di tempat berisiko anai-anai seperti celah buku, bawah bantal dsb.

2 ulasan:

  1. umah yang kita sewa sekarang ni pon ada anai2, dah memang bersarang dalam umah dah, banyak jugak buku2 time belajar dulu rosak..... x tau dah nak wat aper.. huhu

    BalasPadam
  2. Bro, nak tukar (exchange) NetworkedBlogs links ke?

    www.jeffleemovies.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.