05 Februari 2012

Review Mai Café, Western Food di Kangar

Jalan-jalan cari makan versi homosapiensz.com kali ni di Mai Café, Kangar, Perlis. Since dah bermastautin di sini, mencari tempat makan memang perlu coz nanti bila ada tetamu nak datang Perlis ni, tempat tujuan yang universal adalah MAKAN!
IMAG0621
Chicken Chop Black Pepper Sauce
Mai Café ni terletak dekat je dengan bilik sewa aku, tak sampai 5 minit jika naik kereta. Ia terletak di tepi bangunan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, area Repoh, atau Jalan Santan. Dia punya tagline ialah “The Best Western Food in Town”. Jadi, review sedikit apa yang di katakan '”the best western food in town” ni.

Aku order Chicken Chop with Black Pepper Sauce sama dengan seorang roomate aku dengan Minuman Tembikai, manakala housemate aku sorang lagi order, Mushroom Soup with Garlic Bread dan Nasi Goreng Cina.

Dari segi persekitarannya agak kurang sesuai terutama bila hujan atau lembab kerana ia dapat menimbulkan bau yang kurang menyenangkan untuk pelanggan menikmati makanan di “The Best Western Food in Town” ni disebabkan kedai berhampiran dengan longkang. Tapi itu mungkin hanya masa-masa tertentu sahaja. Jadi ia bukan masalah besar since Mai CAFÉ kelihatan sudah mendapat cover dalam majalah, surat khabar dan Jalan-Jalan Cari Makan TV3.
Berbalik kepada makanan Chicken Chop yang di hidang dengan Sos Lada Hitam yang agak cair, coleslaw dan french fries yang tebal. Dengan  harga yang kurang RM10, chicken chop ni agak berbaloi dengan kuantiti, seperti kebanyakkan chicken chop; masakannya macam ’standard’ iaitu disalut dengan tepung ala-tempura (aku tak pasti ia di sebut apa) dan di goreng beserta dengan kulit ayam. Minuman tembikai tidaklah pure tapi masih ada serat tembikai.
Jadi, rate aku bagi persekitaran : 3.5/5 dan Makanan (3/5)

12 ulasan:

  1. suka mkn chicken chop!
    yg dlm gmbr tu nmpk best sbb sause dia diasingkan ^^

    BalasPadam
  2. Kalau itu yg dah terbaik in town, rasanya p western restaurant lain, lagi teruk kot ? HAHAHA :D

    Shag tau mana kedai ni, tak pernah try je.

    BalasPadam
  3. sedap jugak chicken chop kat situ..btw sy org perlis..erkk:P

    BalasPadam
  4. berdasarkan review ko tu bro, aku rasa chicken chop die standard biasala kirenye. maybe price tu more reasonable.

    BalasPadam
  5. my mum knal parents onwer kdai ni.. dah try chicken chop yg ade cheese tu x ?? =p

    BalasPadam
  6. iqbal...ble duk perlis??keje cni ke??ak pon kje kat cni laa??

    BalasPadam
  7. tapi kann..lg best kat shah kitchen tau...area tu gak..tp kat citu limited sket...hehehe~

    BalasPadam
  8. Cari gak dlm blog ni mana syarikat kau kerja tapi tak jumpa. Syarikat apa kat kangar tu yg kau kerjakan tu?

    BalasPadam
  9. @yati : ada la tulis pasal awal2 dpt offer keje....haha..bulan 10 lepas kot.....

    BalasPadam
  10. @[~r@n~] : leh masuk dalam list ni...next spot to eat..haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.