04 Februari 2012

Musafir Separuh Semenanjung

Bermula pada 20hb jan sehinggalah 28hb jan 2012, bermulalah perjalanan aku sebagai musafir untuk kali dan waku seterusnya, dan kali ini untuk destinasi yang lebih lama ialah KANGAR, PERLIS! Memang sejak usia 13 tahun lagi aku mula bermusafir ni, jadi ia bukanlah perkara biasa. Sebenarnya agak menarik untuk bermusafir kerana dapat menikmati pelbagai permandangan yang berbeza. Kali ini, bukan musafir sebagai Pelajar, tapi sebagai Seorang Pekerja PERINTIS di cawangan baru, kilang baru, tempat baru, semuanya baru! Kamilah PERINTIS!

Kali ini adalah untuk menceritakan pasal musafir. Bagaimana dengan tempat baru? Sudut semenanjung tu! jauhnya! Ia tidak menjadi masalah untuk aku. NO PRESSURE! Its Exciting ! Itu dalam episod hidup aku seterusnya. Kadang-kadang aku ada update Foursquare, Facebook. Mostly pasal Makan!
peta malaysia, jarak perjalanan,
Sumber Peta dan Jarak di edit daripada Google Earth
Jika boleh tengok dalam gambar yang aku screenshot daripada Google Earth** mengenai jarak, masa dan laluan yang aku telah tempuhi daripada Raub, Pahang sehinggalah ke  Kangar, Perlis ini.
**Nota: Google Earth; download sahaja daripada Google dan Install dalam Desktop, asalkan ada internet tandakah tempat yang ingin di cari. Ia berguna untuk mengetahui secara kasar tempat baru.
20 Jan. 12 - Raub ke Gombak/KL : ±117KM (±2 Jam 3 Minit)
20-21 Jan. 12 - KL ke Kuala Terengganu : ±424KM (±6 Jam 16 Minit)
28 Jan. 12 - Kuala Terengganu ke Kota Bharu : ±169KM (±2 Jam 43 Minit)
28 Jan. 12 - Kota Bharu ke Kangar, Perlis : ±410KM (±6 Jam 53 Minit)
Jumlah : ±1120KM! ±18 Jam!
p/s :  Aku telah ambil cuti kerja 4 hari! semata-mata untuk travel ni. Cuti tahunan tinggal beberapa hari la sangat. Tapi “Something needs to sacrifice in order to achieve something, that could be Anything!
Nota : Sini ada la beberapa kerja kosong, tapi proses pengambilan tu di ambil berperingkat. Tapi bukan dalam jangka masa pendek. Berminat sila hantarka Resume di Pos Polis Bantuan atau hantar ke Ibu Pejabat kami. Personal emel aku : homosapiensz@yahoo.com.

3 ulasan:

  1. best la dpt musafir.. kwn baru.. semangt kje pn baru ... heheh :-)

    BalasPadam
  2. Memang best bermusafir ni. Banyak pengalaman dan info yg boleh kita dapat ;)

    BalasPadam
  3. @shat_mashuri : yeap...hehehhe..harap2 maju sentiasa..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.