24 Ogos 2011

Jom BerZakat Fitrah! Kita Mampu Sebenarnya.


Harini dah 24 Ramadhan 1432H (24 Ogos 2011), Masih tinggal lebih kurang 1 minggu lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Sudah siap beli barangan raya? Mesti raya tahun ni meriah kan....

Jadi, dengan rezeki kita yang mencukupi untuk menyambut Aidilfitri itu, sudah jadi kewajiban kita untuk menunaikan Zakat Fitrah pada tahun ni...Tak banyak pun.. Tengok senarai jumlah zakat di seluruh Malaysia tahun 2011/1432H ni. Sudah mesti kita mampu kah... Kalau seorang pelajar pun agaknya mampu untuk bayar ni, apakan lagi orang yang sudah bekerja....


Kalau takde masa sangat nak gi jumpa wakil pengutip zakat, Malas nak beratur panjang-panjang...Sekarang teknologi makin canggih, lagi memudahkan umat islam kini. Boleh bayar zakat fitrah melalui SMS jer, jangan bimbang, kredit akan dipotong melalui jumlah zakat jer..Setiap SMS yang kita reply tu takkan di charge!

Kalau benda dah mudah camni, takde alasan lagi untuk tidak membayar zakat fitrah. Pelajar IPT pun mampu untuk bayar  zakat fitrah sendiri. Anggap jer Bayaran zakat fitrah ni sebagai 'TopUp' kita untuk bulan Ramadhan ni..Tak sampai RM10 pun.. Kita mampu untuk TopUp Handphone bulanan, Bayar Broadband, beli pakaian berjenama, Makan sedap-sedap..

Nota :

Zakat Fitrah di tunaikan jika rezeki kita untuk aidilfitri melebihi bagi tanggungan kita.

Jika mampu pakai pakaian berharga puluh-puluh, ratus-ratus ringgit di pagi raya, takkan zakat tak sampai RM10 tak mampu.


Link :

Wikipedia Zakat Fitrah
Zakat Fitrah Celcom
Maidam Terengganu

6 ulasan:

  1. Tapi bal kalu macam student ni life dia atas hutang.

    PPTN.

    Orang berhutang (Rikab) termasuk dalam asnaf.
    Macam mana tu?

    Bal bayar zakat sendiri ke sebelum ni ke pakai wakil juga?

    BalasPadam
  2. @asrul rae x : Ni menurut pandangan peribadi Ix jer la... tak pasti klu hukum-hakam agama camne....

    kira baru 2 kali byr zakat sndiri ni...

    kalau beli barang raya yg mahal2 dengan duit hutang (ptpn), ni cuma zakat fitrah jer..sekali setahun...bukan zakat harta...

    kalau berbalik kepada hukum agama, sila rujuk pada yg alim yer...

    BalasPadam
  3. cuma nak bagitau nice info..baru tau boleh bayar zakat guna sms..:-)

    BalasPadam
  4. tahun ni dah masuk 2nd year.Alhamdulilah

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dah selesai bayar kewajiban..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.