28 Jun 2011

Hadis Rasullullah: NIAT dan MINDSET

Rasulullah s.a.w bersabda: “Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam erti kata lain menurut pentafsiran akal aku, Sabda Rasulullah s.a.w ini juga menyatakan, semuanya bermula dengan 'MindSet' kita... Iaitu pemikiran kita. Kita sudah tahu bahawa Otak mengawal segala signal badan. Aku tengok Channel TV Al-Hijrah : The Dr.Oz Show, ada satu tajuk 'Kenapa Perut Kita berbunyi' . Salah satu huraiannya ialah bila perut kosong dan kita mula memikirkan pasal makanan, otak memberi signal kepada usus kecil untuk menggerakkan bahan termasuk udara melalui pergerakan usus (peristalsis). Dan perut mula merembeskan asid perut sebagai persediaan menerima makanan nanti. 

Itu bukan point sebenar, Point aku cuma merujuk kepada "Otak yang memberi Signal"...

Sabda Rasulullah s.a.w ini memberi maksud kepada pelbagai cabang, bergantung kepada pemahaman dan situasi keadaan. 

Contoh paling biasa : (Mengikut pengalaman dan pemerhatian aku sendiri la..)

Perbezaan Jika kita Niat untuk berpuasa dan Kita hanya berlapar sepanjang hari, Aku sendiri mengalaminya, bahawa jika kita sudah NIAT untuk berpuasa, perasaan lapar itu tanpa kita sedari yang kita sedang berpuasa. Jika kita hanya berlapar dan asyik memikirkan pasal makan, pasti kita akan berasa sangat lapar.

Beza Puasa orang Islam dan Puasa bukan Islam ialah NIAT.

(Kalau nak baca lebih terperinci mengenai "Niat dan Cara Hendaklah Betul")

Setiap suatu yang besar bermula dengan yang kecil iaitu NIAT.

p/s: salah satu cara Freemasons ingin menakluki dunia ialah "Mind Control".. Baru jer tengok Series THE ARRIVAL Part 2
p/s: kalau ada salah sila lah tegur...ni pemahaman peribadi jer...

8 ulasan:

  1. nice blog, singgah n follow, nty follow sy balik eyhhh at http://syazafatin90.blogspot.com

    BalasPadam
  2. betullllsetuju gak...semua bnda mula ngan niat or mind set kita...lau kita nakyg baik maka baikla hasilnya n cam tue la sbaliknya...

    org islam skang xsedar yg kita semakin hari di tindas n dijajah dr segi pemikiran n mind set...

    mungkin kita akan marah lau org bkn islam memijak carpet utk mendapatkan al quran yg diatasa carpet tp kita xparasan pun slama nie mereka secara perlahan menggulungkan carpet tuk dptkan al quran tue...

    BalasPadam
  3. mind control? terbaru dgr korean pop tu sendiri ade kaitan dgn gerakan freemason. betul ke?

    BalasPadam
  4. Betul tu. kalau kita dah niat puasa maka kita rasa kurang lapar then kita boleh terima hakikat yg kita tak boleh makan. Begitu juga kalau kita tak mau makan dan tak niat puasa...maka perut kita asyik minta diisikan..asyik bunyi je.
    subhanallah..

    BalasPadam
  5. sesungguhnya islam itu indah..
    otak yang control badan kita..
    klu kita pndai mngunaknnya byk faedah yg diperolehi..

    BalasPadam
  6. betoi r tuh...mindset,klu posa xdak la lapaq sgt...klu xposa xsrapan dh mcm nak mati ghasa..hehhe

    BalasPadam
  7. niat dan pelaksanaan itu penting

    ;D

    BalasPadam
  8. singgah blog saya juga dan follow yah http://ciachiaa.blogspot.com/
    makasih..:)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.