14 April 2011

Version 2 : Air Mata Lelaki Ini (Pelik ke Aku Fikir Cara Mati? )

Aku pernah memohon kepada Allah..
"kenapa begitu sukar mengalirkan air mata? Berikahlah aku nikmat menangis agar aku dapt merasakan salah satu nikmat hidup" [Rujukan Entry : 18 Sept.2008; Tajuk : Air Mata Lelaki ini]
Syukur Alhamdulillah, aku masih di beri kesempatan untuk merasakan betapa Nikmatnya menangis kerana Tuhan. Menyesali segala perbuatan. Allah makbulkan doa aku pada masa itu juga. Memohonlah kepada Allah jika berada dalam satu tekanan, bebanan yang berat. Muhasabahlah diri. Insya-Allah, Dia sentiasa bersama. 
Menangis itu boleh menjadi satu kelegaan JIKA menangis kerana penyesalan diri dan Tuhan.
Menangis itu boleh menjadi satu tekanan JIKA menangis kerana manusia lain yang pentingkan diri.
Menangis itu boleh menjadi satu keinsafan JIKA nasib kita lebih baik dari manusia lain.

Air Mata adalah Ciptaan Allah untuk Makhluknya; Lelaki, Wanita dan makhluk lain.
Cuma yang menjadi tanggapan adalah Kenapa Air Mata itu menitis? Untuk apa Air Mata di keluarkan?
Mungkin sebab itu ada anggapan,"Lelaki yang menangis di anggap lemah", "Air mata adalah senjata wanita"

Fikirlah dengan akal yang waras. 

P/S: Kebelakangan ini aku asyik berfikir tentang Cara kematian aku. (Adakah aku pelik?)
Salah Satunya (WASIAT) : Jika aku mati akibat di makan haiwan buas atau mayat aku terbiar dan menjadi santapan makhluk/haiwan lain. Tolong jangan tangisi cara kematian aku sebaliknya gembiralah kerana sesudah aku mati pun masih berguna kepada Makhluk Tuhan yang lain. Daging mayat aku mungkin dapat memberi nyawa yang lebih panjang kepada makhluk lain. Dan Rantaian makanan itu akan terus berjalan dan memberi manfaat kepada semua Makhluk. Setiap kali kamu melihat haiwan lain yang hidup sihat, tumbuhan yang segar, Ingatlah bahawa Aku Adalah Sebahagian Daripadanya!
p/s: mungkin sebab itu jika aku lihat Kes Haiwan Makan Manusia; ia cuma mengerikan aku.. Allah tetapkan Ajal  dia camtu, dan ia mejadi rezeki haiwan tu...Aku faham jika Haiwan itu diburu dan di bunuh kerana ia membahayakan orang lain.tapi jika haiwan tersebut di tangkap hidup-hidup..tak perlu lah bunuh. hantar ke pusat haiwan.

9 ulasan:

  1. umi plak trase nak nangis... ~,~"

    BalasPadam
  2. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    pilihan motorsikal kupcai terbaik
    Kalau Lelaki menangis dihadapanmu, tandanya dia
    benar2 sayang sama kamu.
    >karena: Kodrat Lelaki adalah pantang utk
    menangis. Jika ia menangis, hanya ada satu kata:
    Dia cinta kamu.

    BalasPadam
  3. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    pilihan motorsikal kupcai terbaik


    Tangisan Nabi Ayub:
    "Lalu Rahmah membukakan kepalanya yang tertutup itu, yang dulunya tertutup oleh rambut yang panjang kini sudah tiada sama sekali. Melihat kejadian itu, Ayub sangat sedih hatinya, lalu dia menangis, bukan menangisi nasibnya, tetapi menangisi rambut isterinya, kerana di antara yang paling menarik hatinya terhadap isterinya, ialah kerana rambutnya yang panjang itu menambah kecantikan isterinya yang amat cantik."

    Tangisan Nabi Ya'kub:
    "Di saat mengingat dan membayangkan wajah kedua orang anaknya itu timbul ghairat hati yang gembira dalam kalbunya, seakan akan ia benar benar bertemu dengan kedua anaknya itu, sekalipun hanya sedetik, sesaat belaka yang segera diringi pula oleh air mata dan sedu tangis yang tidak ada hentinya, air mata panas yang membakar jantung, bukan air mata dingin yang dapat mengurangkan kesedihan.

    “Akan sia sia sajakah air mata dan sedu sedanku sebanyak itu?” tanya Ya’akub kepada dirinya, sehabis ia mencurahkan air mata dan menangis tersedu sedu itu. “Air mataku ini dijadikan Allah tentu bukan untuk disia siakan belaka,” katanya pula yang diperintah oleh rasa keimanan dan kesabaran.

    Sungguhpun keimanan dan kesabarannya sentiasa membujuk hatinya yang duka, namun badan Ya’akub bertambah kurus, matanya semakin putih, akhirnya ia tak dapat bergerak lagi kerana lemahnya, matanya sudah tidak dapat melihat lagi disebabkan terlalu banyak mengeluarkan air mata.

    Pada suatu pagi sehabis dia sembahyang dan berdoa ke hadhrat Tuhannya kembali badannya menjadi gementar, lalu ia menangis dan air matanya pun tercurah pula; ia mengeluh panjang: “Ya Asafa ‘ala Yusuf,” katanya dengan suara yang putus, seakan akan ia melihat sendiri akan Yusuf yang berada jauh di sana. "

    BalasPadam
  4. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    pilihan motorsikal kupcai terbaik


    Tangisan-tangisan lelaki:

    Tangisan Rasulullah SAW:
    Orang yang paling bening hatinya adalah Rasulullah saw, kerananya beliaulah orang yang paling banyak menangis. Ketika puteranya meninggal ia tak kuasa menahan air matanya, begitu juga ketika isteri kesayangannya, Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Thalib wafat. Akan tetapi tangisan Rasulullah lebih banyak lagi ketika sudah bertumpuan menghadap Allah. Ketika hari bertambah larut, di saat beliau sendirian, ketika mulai menghadapkan wajah, fikiran dan perasaannya kepada Allah, air matanya tak sanggup dibendung. Inilah saat air mata Rasulullah paling sering kali tertumpah.

    Dikisahkan oleh 'Aisyah, suatu malam Rasulullah suntuk menangis dalam keadaan beribadah kepada Allah. Begitu seriusnya tangis Rasulullah hingga seluruh wajahnya basah oleh air mata, demikian juga janggutnya yang tebal. Matanya terlihat sembab oleh kerana lamanya. 'Aisyah yang merasa kasihan kepada suaminya, bertanya kepadanya. "Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah memilihmu menjadi orang yang terbaik? Bukankah Allah telah mengampuni segala dosamu, baik yang lalu mahupun yang akan datang?" Semua pertanyaan itu dijawab "Ya" oleh Rasulullah. "Jika demikian, kenapa engkau menangis suntuk seperti itu?" lanjut 'Aisyah. Menjawab pertanyaan isteri yang penuh perhatian ini beliau malah bertanya, "Tidak wajarkah jika aku menjadi hambaNya yang bersyukur?"

    Begitulah cara Rasulullah bersyukur kepada Tuhannya. Beliau lebih suka memilih cara yang sangat sederhana, iaitu ruku' dan sujud sambil menitiskan air mata. Itu memang cara yang paling tepat untuk mengungkapkan rasa syukur, yang mestinya kita tiru dan teladani. "Seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan masuk ke dalam neraka, sampai susu mampu kembali ke dadanya, ataupun unta mampu masuk ke lubang jarum," kata Nabi.

    Ketika mendapatkan keberuntungan, saat itu juga hendaknya kita bersujud kepadaNya. Lebih afdhal lagi jika diiringi oleh tangis kegembiraan. Kita gembira kerana telah diberi nikmat Allah dari usaha kita yang sebenarnya tak seberapa. Kita segera ingat, alangkah banyaknya orang lain yang bekerja lebih keras, lebih lama, dan lebih banyak pula pengorbanannya tapi belum memperoleh nikmat seperti yang kita terima.

    Tangis seperti di atas akan mengantarkan kita untuk memiliki keperibadian yang santun, tidak sombong, culas, dan egois. Semua kenikmatan yang kita peroleh kita kembalikan kepada Allah, kemudian kita pantulkan kepada hamba sesama.

    Di sinilah terletak erti pentingnya menangis. Pertama berfungsi sebagai pembersih hati. Kedua sebagai pengasah kepekaan. Semakin mudah orang menangis, maka semakin peka perasaannya, semakin halus budinya, semakin bersih hatinya. Sebaliknya, orang-orang yang sulit menangis biasanya keras hatinya, sekeras batu yang sulit ditembus oleh titisan air, bahkan oleh air bah.

    BalasPadam
  5. aku tak terfikir cara kematian mcm tu.mksud aku, kalau dimakan haiwan, mmg btul kan ia memberi faedah pd haiwan tu.

    aku takut kalau meninggal eksiden...

    BalasPadam
  6. bagi aku, setiap kali kite berfikir mengenai ajal..kite akan merasa keinsafan dlm diri kite dan pada mase yg sama memohon doa supaya diampunkan dosa2 kite..insyaallah setiap doa yg betul2 ikhlas dan menyesali perbuatan lampau kite akan diampun olehNya..

    BalasPadam
  7. mati itu pasti, tapi, takuttt..

    BalasPadam
  8. jgn nanges2 ye ix..heheheh =))

    BalasPadam
  9. dah penat menangis...

    menangis dapat melepaskan semua beban yg ada. Tapi jgn melampau2.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.