15 Januari 2011

Perahu RM2 Juta Hasil Anak Terengganu!

Terdengar kat TV3 tadi pasal Sebuah kapal yang dibuat di Kampung Pulau Duyong Terengganu yang bernilai hampir RM2 Juta!!! Fuyooo...memang berbaloi la kan RM 2 Juta tu, amik masa 6 Tahun untuk di siapkan tu..! Bertambah istimewa lagi, Kapal ni memang tidak menggunakan sebatang paku pun!! kagum-kagum..Memang ciri-ciri kemelayuan tu ada la...dan ia adalah hasil kerja ANAK TERENGGANU!!

Sumber : Kosmo
Baca dari Sumber : Kosmo! Online

Kalau nak tau Cerita di sebalik Pembinaan Perahu Naga Pelangi ni boleh baca di Blog anak-beranak Tukang buat kapal ni....[SINI]

Ni Sedikit info pasal Perahu RM2 Juta ni : [Sumber : Blog Cerita Syahbandar]

  1. Harga: RM 2 juta
  2. Pemilik: Christoph Swoboda, 57 tahun, warga Jerman
  3. Pembina: Hasni Che Ali
  4. Bot ini ditempah oleh pemilik yang telah mempunyai sebuah bot yang sama bernama Naga Pelangi, dibuat oleh pembina yang sama 30 tahun lepas. Pemilik amat kagum dengan kemahiran luarbiasa dan kehalusan perincian oleh pembina.
  5. Naga Pelangi yang pertama dibina dengan kos RM 30,000 dan telah belayar mengelilingi dunia.
  6. Tempat bina: Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Terengganu. Malaysia
  7. Mula dibina: 2004
  8. Siap: 2010
  9. Panjang: 95 kaki
  10. Lebar: 19 kaki
  11. Bahan Utama: Kayu Cengal
  12. Proses melengkungkan kayu untuk pembinaan badan kapal (Hull) dilakukan secara tradisional tanpa mesin. Proses ini sahaja mengambil tempoh selama 2 tahun
  13. Tidak menggunakan paku, sebalinya menggunakan kaedah tradisional seperti kunci tanggam
  14. Pembinaan bot ini juga bermula daripada badan luar (hull), kemudian barulah kerangkanya dibina tidak seperti pembinaan bot konvensional yang lain yang akan membina kerangka terlebih dahulu.
  15. Boleh menampung sehingga 30 penumpang dan mempunyai 4 kabin penumpang
  16. Pada tahun-tahun 50-an dan 60-an, perahu seumpama ini memainkan peranan penting dalam perdagangan antara Terengganu, Thailand dan Indochina.
Berita mengenai perahu ini dalam Laman Web Bernama.
Lagi berita dalam mStar Online

8 ulasan:

  1. eceh...kira nak bangga la tuh sbb dia pown ank ganu??..hahaha

    BalasPadam
  2. kunci tanggam tu ape??
    dulu pon macam pernah dgr jugak psal kapal yg xguna paku nih..
    tp tak tau la kapal yg mana 1

    BalasPadam
  3. teringin nak belayar suatu hari nanti ;)

    BalasPadam
  4. wow awesome stuff !!!

    ini la buatan Malaysia yg kualiti sama dgn luar negara !!

    BalasPadam
  5. Murah lah tu RM4 juta.. Masa gi Pulau Duyong dulu, ada dua bengkel bot.

    Ada satu bot tu kos bina saja jah cecah RM7 juta.. Bot kayu. Tu dia tak cakap nak jual berapa.

    Rasa pakcik hasni tu ada PhD dalam buat kapal. rasanya lah. masa interview dulu. Akademi kelautan indonesia..

    BalasPadam
  6. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Assalamualaikum
    Aduiii dah tertinggal banyak entry kat sini.....maaf atas sebab tertentu amat sibuk sikit sesejak ni...

    baru aje tengok majalah tiga orang german tu pandai cakap Melayu lahhh.... Kapal naga pelangi.... dahsyat tu


    semmg nya terengganu banyak menghasilkan pertukangan yang cantik di puji serata dunia

    BalasPadam
  7. wah sungguh bagus.. lama tu 6 tahun tapi hasil kerja yg memuaskan.. syabas anak ganu..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal sahaja. Tahap pemikiran manusia tidak sama dan mungkin boleh buat pembaca terasa hati kerana ketidaksamaan pendapat.