Kenapa tetiba boleh timbul tentang kunyit lak ni?

kredit: google-manfaat.co.id.

Kisahnya disebabkan my hero Irfan (anak lelaki) yang baru umur 8 bulan mengalami panas badan, suhu sekitar 37.6 ‘C di bahagian leher, terlebih sedikit dari paras normal (tapi di bahagian leher memang lebih panas sebab berhampiran dengan nadi dan leher pun kena selak skit..."leher mana...leher mana"), sedikit batuk dan amat sedikit mukus (hingus) jernih kuar dari hidung, tidak lena tidur, kerap meragam, SuriHati dah agak panik walaupun papanya agak cool dan mula membuat hipotesis (sebab tiada simptom selsema, masih super aktif,selera makan biasa, cuma susu macam lebih kerap lebih dahaga.):

1# Irfan umur 8 bulan dan masih belum tumbuh gigi lagi. kemungkinan proses nak tumbuh gigi berlaku atau ‘teething’
2# Reaksi kepada vaksin baru berlaku. Imun badan nak tengah ‘upgrade’
3# Badan bintik-bintik merah macam ruam (lebih kepada ruam biasa berbanding campak)
4# Sebab terhidu ‘fogging’, meredah fogging di sekitar rumah ni.

Jadi kami ambil keputusan untuk tengok dulu keadaan Irfan macam mana. SuriHati kena kerja hari ahad jadi Papaya (papanya) ni kena jadi house-husband (Sura-Rumah) sehingga petang. Tentulah tiada masalah bagi Papaya ni untuk jadi bayi umur 8 bulan yang panas badan ni.

Teringatlah dengan tips tradisional mak (panggil Mama) masa kecil-kecil dulu, biasanya kalau demam, mama akan guna air beras campur potongan kunyit dan lap badan selalu. Jadi teringatkan tips tersebut, saya cuba untuk semburkan pada Baby Irfan ni:

  1. Ambil dalam separuh cawan beras.
  2. Potong kunyit matang dengan hirisan kecil (memudahkan ambil khasiat dari hirisan kunyit)
  3. Isi air suam lebih kurang 4-5 cawan (supaya khasiat beras dan kunyit dapat keluar)
  4. Rendam beberapa minit pun boleh, beberapa jam pun okay. (Jangan biarkan semalaman atau terlalu lama kerana bakteria boleh membiak sebab ada sumber tenaga dari beras) 
  5. Sedikit air rendaman tu saya letakkan dalam botol spray untuk spray pada badan Baby Irfan, di kepala terutamanya (elakkan terkena mata, dalam telinga)
  6. Boleh juga lap badan. Saya amalkan sebelum mandi.
Alhamdulillah pada petangnya ruam bintik merah mula surut, panas pun dah reda.
kredit: manfaat.co.if-google

Disebalik Tips Tradisional dan Nilai Sains


Hebat orang dulu-dulu banyak gunakan sumber alam semulajadi untuk mengubati (mengurangi simptom sakit). Orang zaman sekarang tak pasti la tahu ke tidak, hampir 90% bahan di dapur kita tu mempunyai nilai perubatan dan khasiat yang tinggi serta mempunyai manfaat kepada tubuh manusia.10% lagi tu termasuk periuk, kuali, dapur, gas. Bak kata pepatah inggeris,"You are what you eat" (Kamu apa yang kamu makan). Maksudnya, sumber makanan kita daripada dapur membentuk kesihatan dan manfaat diri.

Kunyit mempunyai banyak khasiatnya yang dikenali beratus-ratus tahun dahulu lagi, cuma disini saya cuma nak terangkan khasiat dari segi penggunaan dalam air rendaman beras dan kunyit ni.

Kunyit  - Bertindak sebagai anti-bakteria dan antiseptik, anti-radang. Disebabkan terdapat ruam bintik merah pada kulit baby Irfan mungkin disebabkan ketidakselesaan dalam kulit,atau jangkitan bakteria sebab aktif sangat merangkak, bergolek, masuk mulut segala bahan.

Beras - Beras memang dah jadi makan asasi orang asia dan wajib ada kat rumah. Orang dulu-dulu buat bedak sejuk guna beras diperam. Kalau orang Jepun-Korea yang lebih canggih hasilkan produk berasaskan beras sebab khasiatnya untuk melembabkan dan menyejukkan kulit.


Rujukan:
1. http://drhealthbenefits.com/health-a-z/skin-health/benefits-of-raw-turmeric-for-skin

Jadi banyak menu berasaskan rempah ratus ni mempunyai khasiatnya. Yang menjadi kurang berkhasiat tu bila ditambah garam gula perencah perasa pewarna yang berlebihan, goreng menggunakan minyak yang diguna berpuluh-puluh kali (minyak masak boleh diguna bergantung kepada jenis yang dinyatakan pada label. Ada yang boleh diguna sehingga 2-3 kali. Jika diguna berlebihan nanti menjadi bahan yang tak sihat kepada badan.)

Sampingan.

Khasiat Ikan Goreng Kunyit


Jangan nak pelik bila sebut Khasiat Ikan Goreng Kunyit ni. Kalau sekali baca memang agak pelik, tapi dua tiga kali baca masih tak dapat tangkap, meh sini nak ceritakan.

Kalau biasa zaman kanak-kanak dulu, menu Ikan Goreng bersalut kunyit ini antara yang paling feveret. Makan nasi putih panas dengan kicap manis dengan ikan goreng kunyit yang lemak masin-masin ini pun dah cukup nak tambah lagi. Tak habis setakat tu, habis kepala ekor tulang digigitnya menikmati ikan goreng kunyit ni.

Mungkin dah dapat agak tang mana khasiatnya Ikan Goreng bersalut kunyit ni..haa… Tentulah khasiatnya pada serbuk kunyit yang disapu pada ikan tu. Ikan pun ada khasiatnya juga, minyak pun ada khasiat juga (minyak gorengan pertama atau kedua), dan pada garamnya juga. Jadi semuanya mempunyai khasiat tersendiri dan bergantung bagaimana cara penyediaannya.