Tak lama lagi seluruh umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah 30 hari kita berpuasa di siang hari dan melantak makan ketika berbuka. Harapan kita semasa berpuasa ni harapnya dapatlah turun 3-5 kilogram, tapi 3-5 kilo lak yang naik. Apakes. muhasabah diri sekejap mencari apa sebabnya sambil mengunyah baki murtabak yang tak habis sambil layan Drama "Andainya Takdir" jam 10 malam.

Di media sosial banyak update status tentang soalan-soalan sentap bila masa raya nanti. Ada juga video klip, status yang bagi tutorial secara sarkastik bagaimana nak jawab soalan-soalan yang dianggap 'sentap' bagi sesetengah orang terutamanya orang bujang.

Antara soalan 'sentap' bila berkumpul dengan saudara mara yang senior:
1. "Bila nak kahwin?"
2. "Bila nak ada anak?"
3. "Bila nak tambah anak?"
4. "Bila nak ada kereta, rumah sendiri?"

Mungkin kita selalu digasak dengan pertanyaan ini membuatkan kita jadi 'fed-up', muak dengan soalan yang kita sendiri pun tak pasti masa depan sendiri. Bila dah 'fed up', maka mula la mencari jawapan untuk 'senyapkan' si penyoal yang boleh melampaui batas adat dan adab.

Saudara mara, kawan-kawan kampung dah la kita jarang sekali jumpa... Setahun sekali dah jadi tradisi..kalau tak di hari raya; mungkin di majlis-majlis kahwin atau majlis reunion. Soalan-soalan sentap memang dah jadi pembuka bicara gamaknya. Mungkin bagi kita, soalan tu agak sentap maka kita membalas pun dengan sentap juga. Maka, terjadilah situasi 'krik...krik...krik...' sebab perbualan terhenti disitu sebab takut lebih banyak adegan sentap-menyentap.


Kenapa di Soal Soalan Cliché? Yang kita pun tak tahu jawapannya.

Memang dah jadi naluri manusia yang ingin tahu walaupun tak punya kebaikan kepada mereka sendiri.

Q: "Bila nak kahwin?" "Bila nak itu..ini..sekian....?"
(Apa kena mengena dengan kahwin atau tak dengan penyoal tu?)
## Jodoh pertemuan, rezeki adalah fitrah manusia. Jadi, memang fitrah manusia melihat manusia lain berpasangan dengan jodohnya. Jodoh pertemuan adalah antara banyak-banyak rahsia Allah, bila kita dah tahu maka secara tak langsung kita yakin kepada Allah bahawa Dia telah mengaturkan sebaik-baiknya bagi hamba-Nya. Bagi yang belum jumpa dengan jodoh, secara tak langsung kata-kata penyoal yang dianggap 'busy body' turut mengaminkan dalam lintasan hatinya semoga jodoh si 'single' tu cepat sampai. (kalau lintasan hatinya ada sekelumit niat baik bila bertanya...)

Janganlah kita hilang adab budi bahasa kita bila disoal tentang Rahsia Allah. Kita tak sempurna dan cuba mencari kesempurnaan dalam kehidupan. Kita hanyalah hamba yang ingin tahu Rahsia Pencipta. Bak kata Harith Iskander,"We stated the obvious" (kita nyatakan yang jelas) sebab itu sahaja had mata akal fikiran kita.

Nanti bila Raya atau jumpa saudara mara dan ditanya soalan 'sentap' melibatkan masa hadapan.. Jawablah,"Rahsia Allah. Saya pun nak tau juga bila saya nak kahwin ni..."

Dah besar-besar ni jangan sentap-sentap sangat... Life must go on...