30 Mei 2017

Aplikasi WhatsApp dah jadi medium komunikasi yang meluas sekarang. Melalui Whatsapp juga boleh buat group Whatsapp minimum 2 orang. Kebiasaannya orang buat GroupWhatsapp ni sebab nak buat rekod yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Kadang-kadang (kebanyakkannya) melalut je sampai terkeluar dari tujuan asal Group sampai notifikasi beratus-ratus tak sempat nak baca yang mana berkaitan group dan yang mana iklan 'tumpang lalu' (sesekali tu okay lagi sebab kekadang kita sendiri pun nak 'tumpang lalu' juga)

Berbalik kepada WhatsApp kepada nombor sendiri. Terlihat pada post di Facebook dan telah cuba sendiri. Di bawah ni saya letak gambar macam mana nak WhatsApp ke nombor sendiri.
'www.wasap.my/601xxxxxxxx'
Utk Tambah Kata Kunci supaya anda tak keliru Whatsapp tu dari mana..
 'www.wasap.my/601xxxxxxxx/KotakMisteri'

Langkah #1: Dengan menggunakan browser internet di smartphone, letak alamat web 'www.wasap.my/601xxxxxxxx' (Letak kod Negara sekali pada hadapan. Malaysia= 60)

Bagi peniaga online boleh letak link Whatsapp supaya pembeli yang guna telefon boleh tekan link dan terus ke Apps Whatsapp. Caranya sama sahaja.

Langkah #2: Selepas masuk ke web wasap di atas, dia automatik ke paparan seperti dalam gambar ni. Tekan butang 'Message' untuk Whatsapp ke nombor sendiri.


Contoh Whatsapp ke nombor sendiri selesai.
Selesai. Boleh whatsapp ke nombor sendiri sebagai reminder atau nota. Whatsapp juga boleh backup ke google drive.

https://web.whatsapp.com/
Dengan adanya web.whatsapp ni lagi mudah kalau korang rasa macam leceh nak transfer file melalui kabel USB. Boleh send fail ke whatsapp nombor sendiri dan download fail di PC. Kalau beberapa fail mudah la nak download.

Sekarang aku guna whatsapp melalui web bila di pejabat sebab senang nak menaip sesambil buat kerja depan PC ni...



17 Mei 2017

Sejak 27 Mac 2017, kini sudah sebulan lebih saya pindah ke rumah sewa yang baru di Seri Kembangan. Selangor dari Bilik Sewa di Putrajaya. Juga berpindah dari PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) dengan Isteri dan Anak kepada hidup bersama di rumah sewa ini. Jarak tempat kerja saya dan isteri pun tidaklah jauh sangat cuma agak sesak di simpang lampu isyarat depan Giant Seri Kembangan (memang dah sedia maklum situ sesak pergi dan balik kerja). 

Sejak dari hidup bujang hinggalah berkahwin dan ada anak, sudah banyak rumah sewa yang saya diami dari beberapa negeri, dah banyak kali juga berpindah randah sebab merantau mencari ilmu dan rezeki. Ada beberapa benda yang saya rasakan sesiapa yang selalu berpindah dan baru nak masuk rumah baru atau rumah sewa perlu ada benda ini.

1# Cecair Peluntur

 Setiap kali saya berpindah ke bilik/rumah sewa baru, peluntur atau clorox benda wajib bawa sekali sebab ia dapat membunuh 99.9% bakteria. Haha. Tapi memang betul. Peluntur ini juga boleh hilangkan daki-daki tandas dengan sangat efisien, mudah dan tidak perlu menyental dengan kuat. Ia dapat menijmatkan masa dan hasilnya memang berkilat cenggini hah***. Saya mencari jenama yang paling murah seperti di Tesco.

Cara: Campurkan nisbah 1:1 air dan peluntur ke dalam penyembur. Goncang dan semburkan di mozek, tandas, celah-celah. Biarkan seketika, berus dan jiruskan dengan air.
Awas: Pastikan pengudaraan lancar dan jangan duduk dalam ruang tertutup semasa membuat penyemburan sebab peluntur/clorox boleh memedihkan mata dan sakit dada jika terhidu. Basuh mata, hidung tangan sebersihnya. Minum air banyak.

2#Kotak (Baru atau Terpakai)

Apabila ingin berpindah atau berada di tempat baru, kotak adalah benda yang jadi sangat berguna, ringan, fleksibel, jimat dan kalau korang kreatif boleh nampak eklusif. Isteri pernah tegur untuk nak buang kotak-kotak dalam stor, tapi saya taknak.. kami baru pindah, perabot masih tak banyak. Kotak-kotak tu saya perlukan untuk jadikan rumah lebih kemas.

Cara: Daripada kotak yang besar, korang boleh potong untuk jadikan kotak yang lebih kecil untuk mengisi barang-barang dalam stok atau untuk penyimpanan. Bagi menjimatkan ruang penyimpanan, kotak tersebut boleh diletak secara bersilang untuk bertingkat. Korang boleh cari pelbagai kegunaan kotak dan dibentuk menjadi benda yang berguna dalam rumah.

3#Pokok Hiasan

Pokok di dalam rumah adalah wajib bagi saya sebab ia mencantikkan rumah dengan benda semulajadi, ada artikel menunjukkan beberapa jenis pokok yang dapat menapis udara dari toksik seperti pokok lidah buaya, pokok lidah jin dan sebagainya.

Bagi saya, antara pokok yang mudah di jaga dan di tanam dalam rumah ialah pokok lidah buaya dan lidah jin. Kalau tidak siram beberapa hari pun masih boleh bertahan lagi..

4#Racun Serangga

Rumah sewa yang kita baru pindah tu kebiasaannya sudah tidak berpenghuni beberapa lama. Jadi yang menghuni rumah tu adalah 'makhluk-makhluk halus' seperti LIPAS, semut dan CICAK. Jadi, bila dah masuk rumah, sembur semua celah-celah rongga yang ada. Lagi baik guna penyembur yang ada mucung panjang tu. Nanti jangan terkejut kalau keluar semua benda hidup yang dah keracunan.

5#Pita pelekat atau Gam tembak

Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama sebagai pelekat. Gam tembak lebih fleksibel untuk pelbagai jenis permukaan, ruang dan sudut (kecuali kawasan basah dan panas). Pita pelekat biasanya untuk lekatkan yang jenis kertas. Saya lebih suka guna gam tembak sebab lagi kukuh dan kemas.

______ * * * _______

Setiap orang mempunyai cara tersendiri bila ingin berpindah dan berpindah di rumah baru. Apa cara sekalipun, kita nak pastikan rumah tu nampak kemas. Dan bila kita mula berpindah, semestinya banyak kos dikeluarkan. Sementara kewangan menjadi stabil, kita gunalah apa sahaja sumber yang boleh digunakan untuk menjimatkan kos dan berguna dalam kehidupan seharian kita.

Bagi muslim, boleh amalkan masuk ke dalam rumah baru pindah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com