Ini adalah kali pertama aku disaman oleh Majlis Perbandaran sebab tak bayar parking (tak pamerkan kupon parking). Almaklumlah sebelum ni naik motor boleh parking celah mana-mana pun tak kisah kupon parking. Nak di jadikan nasib ketika itu Abang MPSJ beruniform segak melaksanakan tugasnya. 

Nak dijadikan kisah aku sedang menunggu untuk membuat kad ATM baru di Cawangan Maybank Sri Serdang, Selangor. Walaupun orang tak ramai, tapi dalam sekejap itulah Abang MPSJ datang waktu rehat tengahari tu. Kakak-kakak Maybank dah kepoh kat depan bagi warning ke geng-geng mereka di belakang bagitau Abang MPSJ datang. Seketika itu, aku terpinga di depan kaunter menunggu sedikit lagi borang untuk siap. Kakak yang bertugas pada mulanya minta kawannya ambil alih untuk dia pergi bayar kupon parking. 

Notakaki: Kad ATM aku dah expired 02/2017 sebab jarang guna ATM, selalu online banking je. untuk tukar kad ATM Maybank cuma bawa kad ATM lama dan kad pengenalan sahaja yang boleh dibaca data cip).

Selesai sahaja tukar kad ATM Maybank baru tanpa caj dan terus keluar dan nampak Abang MPSJ beruniform selesai memberikan surat cinta kepada pemilik kereta di depan Maybank pada 13 Februari 2017 (Tahu lah 14 Februari kan Hari Valentines..)

Surat 'cinta' saman MPSJ sebab tak bayar parking. Oleh kerana ini kali pertama mendapat saman parking, aku tak berapa tau di mana nak bayar saman parking ini. Kalau mengikut alamat dna GPS dalam 20 minit jugak dengan tol lagi. Jadi aku bawa balik ke pejabat dulu untuk bertanya dengan kawan lain dan cuba cari bayaran secara online. 

Notakaki: Kadar maksimum adalah RM80, kalau bayar dalam jangka masa 14 hari diskaun kepada RM20.

Langkah 1: Untuk nak semak dan bayar kompoun (saman) yang dikenakan oleh MPSJ, boleh layari Website MPSJ, masukkan No.kad pengenalan atau nombor kenderaan.
 
Langkah 2: Setelah semak kompoun MPSJ, jika ada akan tertera di atas itu dan akan keluar borang untuk membuat bayaran secara dalam talian (online). Pembayaran adalah melalui Kad kredit atau Kad Debit yang mempunyai Visa, Mastercard. Kemudian klik untuk langkah seterusnya.

Langkah 3: Setelah isi maklumat diri, seterusnya ke maklumat bayaran online. Isi yang bertanda (*) sahaja. Aku pernah cuba beberapa kali untuk bahagian (optional) tapi asyik gagal.

Langkah 4: Selepas isikan semua maklumat dan terima kod pin dari Kad Kredit/Debit. Selesai!

Okay MPSJ, maafkan saya parking tanpa bayar walaupun urusan bank sekejap je. Terimalah duit belanja sempena Hari Valentine 2017 ini sebagai kenangan terindah kita.