16 Februari 2017

Ini adalah kali pertama aku disaman oleh Majlis Perbandaran sebab tak bayar parking (tak pamerkan kupon parking). Almaklumlah sebelum ni naik motor boleh parking celah mana-mana pun tak kisah kupon parking. Nak di jadikan nasib ketika itu Abang MPSJ beruniform segak melaksanakan tugasnya. 

Nak dijadikan kisah aku sedang menunggu untuk membuat kad ATM baru di Cawangan Maybank Sri Serdang, Selangor. Walaupun orang tak ramai, tapi dalam sekejap itulah Abang MPSJ datang waktu rehat tengahari tu. Kakak-kakak Maybank dah kepoh kat depan bagi warning ke geng-geng mereka di belakang bagitau Abang MPSJ datang. Seketika itu, aku terpinga di depan kaunter menunggu sedikit lagi borang untuk siap. Kakak yang bertugas pada mulanya minta kawannya ambil alih untuk dia pergi bayar kupon parking. 

Notakaki: Kad ATM aku dah expired 02/2017 sebab jarang guna ATM, selalu online banking je. untuk tukar kad ATM Maybank cuma bawa kad ATM lama dan kad pengenalan sahaja yang boleh dibaca data cip).

Selesai sahaja tukar kad ATM Maybank baru tanpa caj dan terus keluar dan nampak Abang MPSJ beruniform selesai memberikan surat cinta kepada pemilik kereta di depan Maybank pada 13 Februari 2017 (Tahu lah 14 Februari kan Hari Valentines..)

Surat 'cinta' saman MPSJ sebab tak bayar parking. Oleh kerana ini kali pertama mendapat saman parking, aku tak berapa tau di mana nak bayar saman parking ini. Kalau mengikut alamat dna GPS dalam 20 minit jugak dengan tol lagi. Jadi aku bawa balik ke pejabat dulu untuk bertanya dengan kawan lain dan cuba cari bayaran secara online. 

Notakaki: Kadar maksimum adalah RM80, kalau bayar dalam jangka masa 14 hari diskaun kepada RM20.

Langkah 1: Untuk nak semak dan bayar kompoun (saman) yang dikenakan oleh MPSJ, boleh layari Website MPSJ, masukkan No.kad pengenalan atau nombor kenderaan.
 
Langkah 2: Setelah semak kompoun MPSJ, jika ada akan tertera di atas itu dan akan keluar borang untuk membuat bayaran secara dalam talian (online). Pembayaran adalah melalui Kad kredit atau Kad Debit yang mempunyai Visa, Mastercard. Kemudian klik untuk langkah seterusnya.

Langkah 3: Setelah isi maklumat diri, seterusnya ke maklumat bayaran online. Isi yang bertanda (*) sahaja. Aku pernah cuba beberapa kali untuk bahagian (optional) tapi asyik gagal.

Langkah 4: Selepas isikan semua maklumat dan terima kod pin dari Kad Kredit/Debit. Selesai!

Okay MPSJ, maafkan saya parking tanpa bayar walaupun urusan bank sekejap je. Terimalah duit belanja sempena Hari Valentine 2017 ini sebagai kenangan terindah kita.


Posted on Khamis, Februari 16, 2017 by Ismiqbal Abdullah

No comments

15 Februari 2017

20 Januari 2017 (Hari #65) :  Majlis Cukur Jambul Irfan diadakan pada Hari ke-65 disebabkan faktor jarak Papanya dan faktor kewangan. Majlis cukur jambul zaman sekarang lebih kepada adat turun temurun daripada tuntutan Islam. Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus mengatakan hukum mengadakan majlis adalah harus kerana tiada dalil melarangnya (kecuali boleh merujuk kepada Larangan Membazir ketika bermewahan mengadakan majlis...)

Tiada persiapan terperinci sangat, semua keluaga mertua uruskan (Doorgift untuk tetamu lelaki Marhaban, makan minum, peralatan adat melayu cukur jambul). Si suami PJJ jauh di Putrajaya ni agak rumit untuk buat persiapan.

Untuk peralatan adat melayu untuk majlis cukur jambul, terdapat beberapa item yang diperlukan:
  1. Gunting - untuk gunting sedikit rambut oleh geng marhaban (sebagai syarat adat melayu je..)
  2. Pisau cukur (pencukur) - Ni benda wajib untuk cukur kepala bayi nanti... Sunnah Nabi ialah cukur ye, Bukan pendekkan, potong sedikit rambut. Boleh pilih pencukur yang jenis plastik. Boleh try cukur bulu sendiri untuk test ketajaman pisau dan keselesaan.
  3. Air wangi/ air mawar - adat melayu untuk merenjis kepada ahli marhaban yang menggunting rambut bayi
  4. Daun Pandan merenjis - Daun pandan di ikat dan dicarik seperti penyapu untuk direndam dalam air tepung ubi dan sapu pada kepala bayi.
  5. Daun pandan dan bunga kertas dimayang dan di gaul dengan beras kunyit. - tujuan adat melayu ini tidak jelas, asalkan tidak bercanggah dengan Islam diharuskan. Campuran ini di tabur kepada bayi selepas rambut digunting.
  6. Air tepung ubi - walaupun diguna dalam adat melayu tapi dari segi logiknya ia untuk menyejukkan kepala bayi. Air tepung ubi direnjis dengan daun pandan ke kepala bayi untuk basahkan rambut supaya senang untuk digunting. Air tepung ubi ini boleh di sapu  selepas mencukur habis kepala bayi untuk menyejukkan kepala, boleh juga sapu bedak sejuk. Jangan terus sapu minyak selepas cukur, nanti jadi tidak selesa dan panas (ikut pengalaman lelaki yang selalu mencukur ni....)
  7. Bekas berisi air - Bekas ini bertujuan untuk meletak rambut yang telah di gunting dan dicukur kemudian nanti supaya tidak bertebangan. Lebih-lebih lagi rambut bayi yang halus macam bulu roma je.

 Jika mengikut Adat Melayu, Cukur jambul bayi adalah pada Hari ke-44 / 45, selesai sahaja ibu habis berpantang 44 hari. Jika mengikut Islam dan menjadi sunnah adalah pada hari ke-7. Oleh kerana jarak dan masa memisahkan, maka majlis kami berjalan pada hari ke-65. Tiada masalah asalkan jangan sampai rambut bayi menebal, dibimbangi apabila mencukur menjadi gatal dan tidak selesa.

Seperti biasa pagi tu Irfan masih mamai lagi, sesekali bangun tidur-tidur ayam sambil request susu. Sekitar jam 9:15 pagi ahli surau marhaban tiba di rumah dalam 10-12 orang termasuk dengan ketua kampung. Majlis berjalan dengan agak tergesa disebabkan ketua kampung dan orang lain ada hal lain. Menjadi kebiasaan juga Majlis Cukur Jambul disertakan dengan Majlis bacaan yassin dan tahlil untuk disedekahkan kepada almarhum-almarhumah.


Bacaan zikir yang ringkas. air diletak di dalam bekas dan di 'doa'kan oleh ketua kampung dan untuk dimandikan kepada bayi. Selesai sahaja sesi marhaban yang simple. Ketua minta ayah atau atuknya untuk ambil bayi untuk sesi menggunting. Jadi, aku sebagai ayahnya dapatkan Irfan yang tengah menyusu dalam bilik dengan ibunya. Irfan masih mamai lagi sebab biasanya waktu pagi macam ni tak bangun lagi ni. Bila aku bawa Irfan keluar, jemaah mula berselawat, ayah mertua mula mengiringi membawa dulang berisi barangan macam di atas tadi. Dari satu jemaah ke jemaah yang lain silih berganti. (Ada juga jemaah yang agak kekok untuk menggunting serta mengikut aturan dan tak berapa faham macam mana nak buat..tapi ayah mertua bagitau sedikit..aku tak kisah sangat kerana hanya adat melayu yang kecil..cukup sekadar ambil syarat..)
 Irfan sesekali menggeliat tapi masih terkawal, memang tidak menangis atau merengek. Merenung kosong je paksarela...haha
 
Mendukung Irfan mengelilingi jemaah untuk silih ganti gunting rambut.

 Setelah selesai sesi menggunting, para jemaah dijemput menjamu selera di luar rumah.
Selesai sahaja bacaan zikir dan gunting rambut, para tetamu lelaki mula menjamu selera. para tetamu perempuan mula hadir untuk menziarah. Sepanjang aku mendukung Irfan mengelilingan jemaah surau untuk gunting rambut (7 orang mengikut adat). Aku masih menunggu keluarga dari terengganu yang baru bertolak pada pagi tersebut, mereka sampai sekitar tengahari.


Walaupun majlis cukur jambul dah selesai, bagi peluang Tok Ma dengan Tokki Pa ni untuk gunting rambut Irfan sebagai syarat. Dah datang jauh musafir dari Terengganu yang ambil masa 4 jam perjalanan, bagi lah masa lebih untuk bermain dengan cucu mereka ni. Tak lama singgah dalam 2 jam lebih di sini kemudian mereka bergerak balik.
 
Irfan selepas kena gunting rambut dan sebelum cukur sepenuhnya.
Family Photo kami bertiga selepas Majlis Cukur Jambul
 
 Oleh kerana ini pengalaman pertama untuk aku mencukur kepala bayi, disebabkan tanggungjawab dan inginkan pengalaman, ada juga bertanya pengalaman kawan-kawan sebelum ini sebagai persediaan dan mindset.Di mulai dengan bahagian tepi telinga kiri dan kanan semasa Irfan sedang menyusu dan tidur. Kemudian diteruskan dengan atas kepala, elakkan dulu bahagian ubun-ubun bayi yang perlu perhatian lebih.. Semasa mencukur, sediakan bekas berisi air untuk basahkan rambut bayi dan untuk letak rambut bayi nanti. Sediakan tisu untuk lap dan buang rambut terkumpul pada mata pisau cukur supaya proses mencukur jadi lancar. Sesekali cuba cukur pada tangan sendiri untuk melihat kelancaran mencukur.
Selesai mencukur botak Muhammad Irfan Suyan ni yang berumur 65 hari. Alhamdulillah majlis berjalan lancar menyahut seruan Sunnah Rasulullah s.a.w walaupun terlambat.
Moral: atur majlis dengan teliti dan jangan ikut nafsu semata-mata. Seeloknya buat di kalangan ahli keluarga sendiri sebab kita sendiri mengawal masa dan kelapangan serta tidak libatkan orang lain yang tiada berkepentingan. Walaupun dalam Islam tidak menggalakan pembaziran, tapi ikut kemampuan sendiri, bukan kerana adat melayu semata-mata. jika hendak ikut adat melayu, pastikan betul-betul memahami maksud tersirat di sebalik adat.

Baccan tambahan:
http://www.babycenter.com.my/a1033015/cukur-jambul-tradisi-melayu

Posted on Rabu, Februari 15, 2017 by Ismiqbal Abdullah

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...