azam baru 2017, tahun baru, matlamat

Dengan zaman teknologi sekarang, dunia di hujung jari dengan media sosial yang pelbagai menjadi medium untuk hebahan. Namun, mengikut nasihat, pengalaman yang lain, terdapat beberapa perkara yang lebih baik kita simpan untuk diri kita sendiri (kecuali kepada orang yang terdekat dan boleh diharap untuk bagi motivasi). Memberitahu kepada dunia tentang perkara-perkara ini (walaupun anda rasa perlu untuk hebahkan, mungkin boleh berfikir banyak kali). Berikut adalah 7 perkara yang paling penting anda perlu sentiasa menyimpan rahsia.

1. Jangan dedahkan rancangan cita-cita yang paling tinggi anda.

Berdiam diri mengenai ini sehingga anda telah benar-benar berjaya memenuhinya. Rancangan sedemikian biasanya mempunyai ruang lemah dan bahagian yang dapat memberi buruk sangka yang anda tidak perasan; Oleh itu, kemungkinan untuk orang lain boleh memilih cita-cita yang sama tersebut membuatkan anda menjadi kecewa untuk mengatasinya.

2. Jangan sengaja berkongsi maklumat tentang apa-apa perbuatan yang baik atau murah hati atau kerja amal yang anda telah dilakukan.

Keutamaan dalam melakukan sesuatu kebaikan adalah tanpa mengharapkan pengiktirafan, pujian walaupun mungkin niat anda berkongsi untuk menghebahkan. Mempunyai perkara tersebut boleh membawa kepada keangkuhan, riak dan bangga diri. Jika anda merasakan ada keperluan untuk berbuat kebaikan, mungkin anda perlu menilai lagi mengapa anda benar-benar melakukan perkara-perkara ini - adalah daripada pemurah, atau keinginan untuk dipuji?

3. Jangan dedahkan rahsia gaya hidup anda. 

Ia tidak berbaloi untuk bercakap besar tentang bagaimana anda berdiet, atau mengatasi tabiat anda banyak tidur pada waktu pagi, atau cara anda tidak makan nasi dalam 4 bulan. Namun jika anda sebagai blogger, mungkin ia boleh menjadi suatu artikel tapi mungkin bukan di media sosial.  Keadaan emosi anda perlu harmoni, dan apa sahaja keinginan untuk menarik perhatian orang lain dan menerima pujian adalah tanda bahawa ia adalah tidak ikhlas.

4. Pendamkan di saat-saat anda telah menunjukkan keberanian atau kepahlawanan (Hero).

Kita semua mengharungi pelbagai cabaran berbeza setiap hari - baik di dalam alam realiti, alam maya dan, dalam fikiran kita sendiri. Pencapaian anda dalam mengharungi cabaran tersebut akan akan diberi ganjaran sewajarnya. Ia bukan hak anda untuk menilai ianya layak diberi pengiktirafan - kerana di dalamnyaadanya pengajaran.

5. Jangan berkongsi fikiran anda kepada apa yang anda anggap sebagai pengetahuan pencerahan anda tentang alam semesta dan atas soal hidup dan mati.

Ia hanya tafsiran anda, dan bukannya kebenaran yang objektif, dan kemungkinan anda hanya akan kelihatan merendah-rendahkan orang lain apabila anda cuba untuk meyakinkan mereka bahawa mereka salah. Hanya dalam kes-kes tertentu seseorang mungkin mendapat manfaat daripada fikiran anda mengenai perkara ini.

6. Ia tidak pernah berbaloi untuk mendedahkan sebarang konflik atau masalah dalam kehidupan keluarga anda kepada orang lain.

Sentiasa ingat: semakin anda mendedahkan rahsia itu tentang keluarga anda kepada orang lain, semakin kuat masalah ia akan menjadi. Perkara-perkara berikut hanya perlu diselesaikan dalam privasi rumah anda sendiri, di antara orang yang disayangi. Lebih banyak anda mengadu kepada orang lain tentang mereka, lebih sukar untuk diatasi. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai komen negatif daripada netizen yang tidak faham situasi sebenar dan membayangkan seolah ianya lebih teruk.

7. Jangan bercakap tentang semua perkara yang tidak menyenangkan yang anda pernah dengar dari orang lain kata atau buat.

Orang yang menyebarkan perkara yang tidak menyenangkan apabila dia melihat atau mengatakan, sama seperti masuk ke dalam rumah dengan memakai kasut. Kasut dipakai membawa kotoran, mungkin anda tidak nampak tapi orang lain dapat lihat kotoran tersebut daripada tapak kasut. Dengan berfikiran negatif juga boleh membuatkan orang lain cuba elak untuk berkongsi sesuatu dengan anda.

Sumber: Brightside.me