Plastik kebanyakannya diperbuat berasaskan petroleum mengambil masa beratus tahun, malah sampai beribu tahun. Para pengkaji tak dapat tentukan secara tepat tempoh sebenar plastik ini mengurai secara semulajadi. Plastik yang di guna berpuluh-puluh tahun dahulu masa ada dijumpai sehingga sekarang dalam keadaan elok.

Kempen Kesedaran Penggunaan Plastik ini telah lama diadakan di Malaysia. Kini, Selangor bergerak ke depan lagi untuk mengharamkan terus penggunaan plastik di negeri tersebut. Mungkin bukan 100% di haramkan. Pengguna akan di cas minima 20 sen setiap plastik beg jika mahu tapi kalau ada duit lebih sekalipun, jangan jadikan alasan untuk menggunakan plastik secara berlebihan. Di tempat kerja saya pun sudah tidak menggunakan polisterin sebagai pembungkus makanan tetapi guna bekas makanan plastik biodegradasi (Plastik Biodegradasi ialah plastik yang mudah terurai oleh alam semulajadi (microorganisma)

Kita sebagai manusia yang berakal sebolehnya menyokong tindakan menyelamatkan Bumi yang sedang sakit ini dengan mengurangkan penggunaan plastik. Selepas ini, boleh lah bawa beg Ikea ke, Beg Louis Vutton ciplak ke Beg Sandang ke bila membeli belah nanti. Sudah pasti setiap rumah mesti ada satu beg plastik yang besar dan kat dalamnya diisi dengan gumpalan-gumpalan plastik lain. Kan sayang nak buang beg plastik tu kan, kononnya mungkin nak guna lagi. Apakata beg plastik yang sedia ada guna semula.

Banyak kajian dijalankan oleh para penyelidik bagi mencari alternatif yang ekonomi bagi menggantikan plastik ini. Ada juga kajian untuk mempercepatkan penguraian plastik sedia ada supaya longgokan sampah berasaskan plastik dapat dikurangkan seperti kajian pelajar daripada Taiwan, Tseng I-Ching dan pelajar berumur 16 Tahun!, Danaiel Burd.

image via freemalaysiatoday

 Selangor haramkan beg plastik mulai 2017, kata exco

[Berita Sumber Free Malaysia Today]
PETALING JAYA: Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor pada setiap Sabtu akan dilanjutkan setiap hari mulai tahun depan, kata Elizabeth Wong.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri itu berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan kempen bebas bekas polistirena mulai tahun depan.

“Mulai 1 Januari 2017, peniaga di Selangor tidak lagi membekalkan bekas makanan polisterina serta pemberian beg plastik tidak diberikan secara percuma.
“Undang-undang pihak berkuasa tempatan berkaitan hal itu sudah dikaji bagi menyokong dasar ini dan peniaga harus bersetuju mengamalkan kempen bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan.
“Peniaga akan dibekalkan bahan visual untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Kempen #BebasPlastik,” katanya pada pelancaran kempen #BebasPlastik di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, hari ini.

plastik, bebas plastik, selangor
image via #BebasPlastik
Wong berkata, kerajaan negeri menerusi kaji selidik mendapati 71% penduduk Selangor merasakan kempen ‘Bebas Beg Plastik’ yang mula dilaksanakan setiap Sabtu sahaja tidak memadai.
“Kita perlu membuat perubahan dan kita komited kepada perubahan ini dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sampah yang berleluasa dan menekankan isu alam sekitar seperti pemanasan global.

“Kesemua majlis rasmi dan bangunan kerajaan Selangor sudah menghentikan penggunaan beg plastik dan polisterina. Perubahan hanya akan berlaku apabila setiap peringkat masyarakat terlibat dalam usaha ini,” katanya.
Adun PKR Bukit Lanjan itu berkata, kerajaan negeri turut melancarkan laman web pendidikan yang membolehkan orang ramai berikrar menyokong kempen bebas plastik dan menggalakkan peniaga serta pembekal mendaftar.

Selangor, katanya, menyasarkan 20,000 ikrar dikumpulkan menjelang tahun baru nanti.
Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada 2010, dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.
Pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Rujukan:

    1. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/21/selangor-haramkan-beg-plastik-mulai-2017-kata-exco/
    2. http://www.jurnalmalaysia.com/?p=29
    3. http://www.natural-environment.com/blog/2008/01/10/how-many-plastic-bags-do-we-use-each-year/
    4. http://www.mnn.com/green-tech/research-innovations/blogs/boy-discovers-microbe-that-eats-plastic
    5. http://www.mnn.com/green-tech/research-innovations/blogs/high-school-girl-discovers-styrofoam-eating-bacterium
    6. http://www.mnn.com/earth-matters/translating-uncle-sam/stories/what-is-the-great-pacific-ocean-garbage-patch