Ikuti Bahagian 2: Suami Di Dalam Labor Room

Pada 26 November 2016, Jam 11:36 pagi. Dari berstatus Bujang ke Tunang ke Suami dan sekarang sudah bergelar Papa dah. Cepat rasanya masa berlalu.

Usia Kandungan: 38 Minggu 2 Hari (4 hari/ 6 Hari) 
**Rujukan dari Klinik Peramu Jaya, Pekan; Klinik Jerantut dan App. Android.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan mudahnya.

Seperti pepatah inggeris "Every man can be a Father, Not every Father can be a Daddy"
RNR, perhentian, perantauan

Kisah bermula pada Jumaat, 25 Nov. 2016. Seperti biasa aku bekerja di Selangor dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan alam Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) ini. Isteri sudah mula bercuti bersalin di Pekan, Pahang pada 18 Nov. 2016 (Mohon 2 minggu lebih awal daripada tarikh di jangka bersalin 'Due Date' iaitu pada 8 Disember 2016). Hari Jumaat malam Sabtu aku memandu seperti biasa dari Selangor ke Pekan, Pahang (Jarak lebih kurang 300KM, sebelum ni PJJ ke Jerantut, Pahang dalam 202KM dari Putrajaya. Sepanjang perjalanan tersebut Isteri bagitau semuanya seperti biasa, tiada tanda-tanda bersalin seperti yang di baca di dalam internet. Cuma semasa tiba di highway sekitar Gambang, suasana jadi sangat berkabus dan agak susah untuk meneruskan perjalanan, jadi aku terpaksa berhenti di RNR Gambang, termenung, lap cermin kereta untuk teruskan perjalanan.

26 November 2016, Sabtu
Lebih kurang 4 Jam memandu Kereta Axia merah ni, setibanya rumah mertua di Pekan, memang dah letih dan mengantuk dah, terus terlelap sampai ke Subuhnya lebih kurang Jam 6 Pagi, Isteri kejutkan Solat Subuh. Dalam keadaan bertelekung putih, di atas sejadah mengadap kiblat dan sedia untuk Solat, Dia sempat bagitau,"Abang, sayang dah mula sakit ni..". Aku cuma mengangguk dalam keadaan mamai, mula bangkit ke bilik air untuk mengambil wuduk. Isteri sudah baring mengiring, sesekali muka terkerut menahan sakit. Selesai sahaja solat, aku baring menghadap perut isteri sambil perlahan-lahan mengusap. Berbisik pada kandungan,"Baby tak sabar nak keluar ya...". Isteri taknak maklum kepada Kak Ngah dan Mak Mertua lagi..jadi,. melihat keadaanya, aku minta izin untuk pergi mandi dahulu, sebelum ke Hospital Pekan lebih kurang 10 minit dari rumah. Sebelum itu aku cek telefon isteri, lihat pada browser  internet dan terlihat "Cara Buat Air Selusuh Untuk Isteri Versi Ustaz Don Daniyal" di Blog Mamachrysalis. Aku  send link  tersebut pada Whatsapp aku untuk bacaan.
wad bersalin, kecemasan, kerajaan

7:40 Pagi: Selesai sahaja mandi, Kak De dah berada depan pintu bilik, pada mulanya nak minta alih kereta..Kemudian Kak Ngah dan Mak pun datang meluru. Isteri mengereng menahan sakit kontraksi. Kak Ngah suruh terus pergi cek di Hospital terus untuk melihat bukaan berapa sentimeter (cm). Kami akur dan terus bersiap. Isteri sempat makan secubit roti canai.

8:00 Pagi: Selepas bersiap kemas kereta, Aku, Isteri dan Mak naik kereta Axia aku ke Hospital Pekan, Ayah ikut daripada belakang. Aku drop  isteri dan mak di Lobi Wad Bersalin Hospital Pekan sementara aku pergi parking  kereta lebih kurang 200 meter dari situ. Pertama kali berurusan di Hospital Pekan, sebelum ini cuma tinjau lokasi.

9:15 Pagi : Sekarang dah tenggelan di dalam masa, isteri masih kat dalam, Mak Ayah dah balik dulu pergi ke Pasar Tani katanya. cuma aku seorang tunggu di luar Wad Bersalin. Guard tak bagi masuk sebab bukan waktu melawat. Aku buka link 'Cara Buat Air Selusuh." pada Whatsapp tadi, Beg isteri dan beg aku sudah bawa terus, beg baby tinggal dalam kereta sebab bajet masih lama lagi la. Komunikasi aku dan isteri melalui Whatsapp sahaja, taknak la call sebab takut mengganggu di dalam hospital. Isteri bagitau Jururawat sudah check jantung baby, bukaan 2 cm dan tengah menunggu doktor datang. Oleh kerana hari Sabtu, Nurse bagitau Doktor bertugas cuma seorang. Oleh kerana ini pengalaman pertama untuk anak sulung, mengikut cerita-cerita kawan-kawan lain, bukaan 2 cm ni masih awal lagi jadi tak gelabah sangat lagi.

9:45 - 10: 50 Pagi : Isteri bagitau sudah beralih daripada katil ke kerusi bagi memberi ruang kepada yang lebih kritikal. Baru lepas muntah dengan banyaknya. Nurse bagitau untuk makan dahulu sebab bimbang bukaan terus jadi besar. Aku cuma tunggu dari luar sambil membaca apa yang patut daripada browser smartphone "Cara Membuat Air Selusush" tersebut. Daripada pagi tadi, ada seorang bakal ayah untuk anak ketiga bersama menunggu dari malam tadi. Isteri dia pun baru sahaja melahirkan anak lelaki dalam Jam 9 Pagi lebih. Kedua anaknya sebelum itu adalah perempuan.
milo, roti, gardenia

11:00 Pagi :
Nurse keluar memanggil aku.."Suami kepada *Nama isteri..."
"Ya... saya." Aku menyahut.
"Isteri Encik sudah bukaan 7 cm. Encik ambil slip ni pergi ke Bahagian Kecemasan untuk pendaftaran. Boleh bagi baju baby? ". Aku mengangguk dan sesekali menyampuk. Beg baby...aku simpan dalam kereta.

Selepas pergi mendaftar di Wad Kecemasan, aku bergegas ke kereta untuk ambil pakaian bayi. Kemudian pergi masuk semula ke dalam Wad Bersalin serahkan dokumen Wad Kecemasan beserta dengan Set Baju Bayi. Sebelum Nurse izinkan suami (aku) masuk ke Labor Room, dia minta aku isikan maklumat di dalam Buku Log sebagai Akuan Diri jika berlaku apa-apa semasa proses bersalin dan Rekod Hospital.

Sekian Bahagian Pertama...Ikuti Bahagian 2: Suami Di Dalam Labor Room