Bila disebut tentang lelaki selepas kahwin secara automatik akan membayangkan seorang lelaki yang berisi, gemuk. Bila ditanya atau menegur lelaki yang sudah berkahwin, antara kebiasaannya ialah:
"Kenapa makin gemuk sekarang?"
"Makin bahagia nampak..." (teguran sinis-mesra)

Lelaki yang ditegur biasanya menjawab, "Biasalah bro, dah kahwin....". atau ada tersengih-sengih..
 Nampaknya memang dah fakta lelaki semakin berisi, gemuk selepas kahwin. Kalau ada yang dapat maintain penampilan fizikal tu memang berdisiplin lah. Ada juga spesis lelaki yang maintain je kurus tak kira berapa lama kahwin, makan banyak mana. Yang ni memang spesis teristimewa. Bagi saya, saya jenis lelaki yang berisi selepas bekerja (habis belajar), kalau selepas kahwin memang terus je berisi dan makin bertambah isinya.

Jadi dengan ini saya cuba merungkai beberapa teori yang terlintas sebab mengapa Lelaki boleh jadi gemuk selepas kahwin. Jika Google sekalipun memang banyak teori, sebab-munasababnya. Kali ini adalah teori daripada pengalaman saya sendiri.

1. Hidup Bahagia dengan Keluarga Baru
Memang tak salah lah kalau orang tegus "Happy nampak...." atau "Bahagia nampak....". Jadi ia memang salah satu sebab yang utama. Selera makan lelaki bertambah terutamanya makan bersama pasangan disebabkan perasaan gembira, bahagianya sampai tak terasa puas makanan yang dinikmatinya. Macam perasaannya perlu sentiasa di isi sesuatu seperti makanan. (Sama seperti stress).

2. Kena Habiskan Makanan Pasangan atau Anak-Anak.
Ini biasa berlaku (atau sebaliknya). Bila nak order makan bukan main banyak. Isteri pun terasa nak cuba menu baru tapi memang jenis tak makan banyak. Akhirnya, dengan perasaan 'takut membazir' (walaupun dalam hati ada rasa macam tak puas makan), maka lelaki 'terpaksa' lah habiskan makanan tersebut.

3. Abang nak makan apa?
Kalau isteri jenis suka memasak, memang sentiasa akan ada persoalan yang seperti ini. Bukan sahaja isteri, termasuk dengan mak mertua, mak kandung ditanya macam ni. Lelaki ni jenis menerima je. Masakan Mak-mak dan Isteri lah yang paling sedap walaupun Nasi Putih & Ikan Goreng Kunyit makan dengan Kicap (Toyu) dan Ikan Singgang, boleh tambah berkali-kali ni.

Situasi ni tak termasuk lagi dengan sambil-sambil tengok TV mestilah nak sesuatu untuk mengunyah. Istilah mengunyah isteri ni lain daripada suami. Maka terhidanglah pelbagai kudapan bergoreng-goreng, dengan air teh tarik panas bersusu lagi.

4. Habiskan masa di rumah berbanding di luar
Bila dah jadi suami, ayah ni, lelaki pilih untuk habiskan banyak masa di rumah berbanding di luar. Kalau di luar pun mesti lepak makan, minum gak dengan kawan-kawan. Kalau sesekali outing, kat luar dengan isteri anak, mesti jalan-jalan sekejap..beli barang keperluan. Masa untuk bersenam jadi lebih terhad.

5.Suka santai di rumah dan Suruh pasangan atau anak-anak ambilkan sesuatu
Lelaki bila dah penat bekerja, mesti belum sempat salin pakaian dah landing atas kerusi, sofa, katil atau baring je atas lantai yang sejuk syok tu. Kalau perlukan sesuatu mesti nak suruh sesiapa berdekatan walaupun remote TV yang beberapa inci je.. Punyalah pemalas kan.

6. Evolusi semulajadi Lelaki sebagai Suami dan Ayah
Okay! Teori ke-6 ni bergantung kepada tahap korang sendiri nak ambil tahu, ambil cakna atau sepintas lalu. Teori evolusi Lelaki gemuk, berisi selepas kahwin atau selepas menjadi seorang Ayah berkemungkinan untuk memberi keselesaan kepada pasangan atau anak. Bila peluk pasangan atau baring atas peha suami terasa keempukannya seperti tilam Buno Maya Karing gitu. Kalau anak atau baby tidur, peluk ayahnya pun confirm rasa amat selesa sebab dilindungi dengan lapisan lemak yang beri suhu selesa dan empuk...Hahaha!

Rujukan: Hanasuva