Assalamualaikum dan Salam Alam Maya

Tinggal beberapa minggu lagi menunggu 'roh' di dalam jasad bernyawa lahir ke alam yang ketiga iaitu Alam Dunia setelah selama 9 bulan berada di dalam Alam Rahim. Jadi ibu bapa pada kelahiran pertama memang cabaran dan pelbagai ujian, dugaan yang perlu di lalui. 

Hari ganti hari, Minggu bersilih minggu,  bulan ke bulan melepasi Trimester pertama.

Setelah beberapa bulan jasad terbentuk, mula di tiupkan roh  ketika masih di dalam alam rahim dan selepas scan pertama itu mula melihat dengupan jantungnya yang kecil, kemudian scan keduanya dapat kenalpasti jantinanya.

Maka, tugas bakal ibu bapa yang pertama ni bermula lagi dengan dilemma yang sangat tinggi. PILIH NAMA!

Pemberian nama merupakan tugas yang sangat besar, sangat penting dan sangat perlu teliti. Kerana nama inilah yang akan di serta di dalam doa jodoh, doa murah rezeki, doa mohon diberkati, doa di baca semasa tahlil kematian kita nanti. Nama inilah yang akan di panggi di akhirat kelak. Semestinya Alla telah menetapkannya, cuma bagaimana ia di sampaikan kepada kita manusia ini dalam pelbagai bentuk seperti ilham, mimpi, doa, lintasan hati.

Pada mulanya naluri bakal bapa ini sangat kuat mengatakan bakal bayi kami ialah lelaki, Isteri pun berpendapat sedemikian. Naluri aku berdasarkan trait dominant-Recessive yang ada pada diri aku dan isteri (rujukan oleh Dr. Google cuba buat carian 'Trait Dominant-Recessive Characteristic' dan sedikit yang belajar ingat-ingat lupa Prinsip Asas Genetik), Sejarah keluarga ialah Anak Lelaki pada kelahiran pertama dan mimpi. Kalau dapat anak perempuan pun tiada masalah. Atas rezeki yang di beri asalkan sihat walafiat.
bayi anak islam

Kami adalah ternampak Senarai nama anak beserta maksud dalam Islam di Facebook dan Internet. Aku ada simpan pada entry yang lepas 8 TIPS & SENARAI NAMA ANAK DAN MAKSUD DALAM ISLAM untuk rujukan. Seperti yang di tulis pada entry yang lepas, 8 tips ini yang aku gunakan untuk memberi nama kepada Bakal Anak  yang lahir nanti.

8 TIPS MEMILIH NAMA ANAK MENGIKUT ISLAM & PANDANGAN
 1. Pilih nama yang mempunyai maksud yang baik.
Ini dah semestinya WAJIB. Kita memang di larang untuk memberi nama yang memberikan maksud yang tidak elok. Kita taknak la anak nanti bakal di ejek, di sindir pada masa akan datang. Panggilan nama yang baik juga merupakan satu doa kan....

2. Tahu asal usul nama yang di beri daripada bahasa mana beserta maksud (seeloknya Bahasa Arab)
Yang ni pun kena tahu, yang nama di beri berasal daripada mana. Semasa aku mencari nama untuk anak lelaki melalui internet, terjumpa satu nama ni yang ada maksud yang baik. Bila di sebut ingatkan dari Bahasa Arab, rupanya dari Bahasa Turki/Iran camtu.. Nama itu juga merupakan nama tempat dan istilah lain untuk arak. Jadi, ingat, nama yang baik walaupun makna yang baik, kena pastikan ada istilah/nama lain bagi benda yang tak baik.

3. Tahu ejaan nama dalam jawi atau bahasa arab beserta baris.
 Aku sudah pesan kepada Isteri, kalau nak pilih nama, kena tahu bagaimana ejaan dama huruf jawi/ bahasa arab supaya mempunyai maksud yang tepat. Contohnya, perbezaan baris dan huruf dalam bahasa arab pun akan beri makna berlainan.

4. Nama yang sesuai dengan jantina bayi.
 Mungkin zaman sekarang beri nama pun agak panjang-panjang, moden. Setelah mengikut tips di atas, seterusnya biarlah nama sesuai dengan jantina bayi. Bila di panggil dan di sebut, boleh bezakan nama untuk anak lelaki dan anak perempuan.

5. Nama yang  tidak mengaibkan pada masa akan datang kepada bayi tersebut.
 Seperti Tip2 No.1 tadi. Kita taknak la anak nanti bakal di ejek, di sindir pada masa akan datang. Panggilan nama yang baik juga merupakan satu doa kan....

6. Buat senarai ringkas beberapa nama alternatif.
Untuk memilih nama, seeloknya buat beberapa senarai ringkas sebelum dimurtamadkan pilihan bersama. Nama ini hingga ke akhirat, jangan menyesal pilih nama. Kalau dah dewasa nanti susah plak. Senarai ringkas ini boleh buat perbandingan nama, perbandingan maksud antara satu patah nama dengan patah nama yang lain supayan maksud nama tidak bertindih.

7. Berbincang dengan pasangan nama tersebut dan di persetujui bersama dengan ikhlas.
Seperti Tips No.7 juga, nama ini di bawa mati, di sebut sepanjang masa. Kalau rasa nak berubah fikiran pada nama anak nanti, anda ada masa setahun untuk ubah di Jabatan Pendaftaran Negara selepas nama di daftarkan buat kali pertama.

8 Tanya pendapat orang lain tentang nama yang di pilih
Ini pun penting. Maklumlah manusia ni terbatas ilmunya. Tanya pendapat orang lain supaya nama itu tak selisih dengan maksud yang lain. Contohnya dia ada terdengar, ternampak di memana ke yang nama tu merujuk kepada benda tak elok. Ala-ala study group nak pilih nama kumpulan la ni.

9. Elakkan letak Simbol pada Nama.
Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang mahu nama anaknya kedengaran seperti arab letak simbol ( ' ) pada nama. Ni mungkin jadi rumit jika letak dalam pendaftaran Surat Beranak/Kad Pengenalan nanti untuk isi borang nanti. Jika tertinggal simbol tersebut, mungkin proses seterusnya tak dapat di teruskan. Biasanya jika melibatkan urusan bank.  Contoh: 'Arifin