'Supermoon' terbesar sejak 1928 akan berlaku pada 14 November 2016 bermula 07:24 malam, Fasa Puncak pada jam 09:54 malam. Dalam 5 tahun kebelakangan ini, kejadian Supermoon menjadi suatu fenomena alam yang amat menakjubkan bagi peminat Astronomi dan Alam Semulajadi. Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015 . Menurut petikan sidang media oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di laman Facebook mereka, Fenomena Supermoon pada tahun 2016 ini merupakan yang paling terbesar dalam 68 Tahun (kali terakhir di lihat pada Tahun 1948) dan peluang kebarangkalian untuk melihat Supermoon sebesar ini adalah pada 18 tahun akan datang (Tahun 2034).

Supermoon Terbesar pada 14 November 2016 sejak Tahun 1948 dan di jangka akan muncul pada Tahun 2034
Sejak kecil (sekolah rendah) memang aku minat tentang ilmu astronomi.Mula menghafal beberapa bentul bintang, Pernah juga panjat bumbung rumah waktu malam semata-mata untuk melihat bintang di langit semasa tinggal di kampung. Ayah aku pernah membawa sekali ke Planetarium Kuala Terengganu, sangat mengkagumkan permandangan dalam Planetarium sekitar tahun 1996 macam tu, tak ingat pula.

Fenomena Supermoon adalah salah satu fenomena astronomi dan alam semulajadi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam pada 14 November 2016. Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee atau di panggil ‘supermoon’. 

Supermoon ini di sebabkan jarak antara Bulan dan Bumi menjadi lebih dekat sebanyak 21,104KM (Jarak Purata Bulan-Bumi 384,500KM) kerana mengikut orbit Bulan yang berbentuk eliptikal (oval-bujur) dan menampakkan Bulan menjadi lebih besar daripada Normal. Namun ia tidak merubah fizikal Bulan. Di sebabkan jarak Bulan dan Bumi menjadi semakin dekat, secara teorinya daya tarikan graviti Bulan yang mempengaruhi pasang-surut air di Bumi menjadi semakin kuat dan boleh menyebabkan pasang besar.



Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Perigee Bulan Purnama pada 14 November ini di Facebook ANGKASA.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
www.angkasa.gov.my
Tel: 03-3182 4000 Fax: 03-2273 5488 / 03-3181 1304
#phenomenon #supermoon #november #nightsky #observation #stem #angkasa #mosti #malaysia #pleasesharethis #mohonkongsi #mediarelease