16 November 2016

Semalam ternampak Si Isteri kongsi cerita di Facebook berkenaan Kisah Sedih Si Suami Yang Tabah Ketika Isteri Bersalin Secara Pembedahan... Bacaan ini aku jadikan rujukan dan persediaan memandangkan dalam beberapa minggu lagi kami akan menghadapi situasi seperti ini dengan ujian Perkahwinan Jarak Jauh ni menambahkan lagi debarannya. Semoga Si Isteri sabar dan tabah menghadapinya dengan bersalin kali pertama dan anak pertama dalam tahun perkahwinan pertama. Bersalin secara pembedahan (Ceaserean) menjadi pilihan darurat demi nyawa bayi baru keluar ke Alam Dunia ini..
(Lepas ni boleh karang cerita pengalaman sendiri...)

Ikuti Kisah yang di kongsi ...
suami isteri bersalin
Marton Balla looks on as his wife, Kate Mitchell, undergoes a Cesarean section on February 17, 2013.
Credit: Kate Mitchell from
Photo Kredit PRI's World
Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10:00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku
’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah.
Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil.

Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.

Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.
‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

KisahBenar : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah.

Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.

[Sumber: Facebook Tukang Pos]

Posted on Rabu, November 16, 2016 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

09 November 2016


The largest ‘Supermoon’ since 1928 will going to happen on this verily Monday; 14 November 2016 start 07:24 pm, The Fullmoon Phase at its peak at 09:54 pm. In these 5 years recently, the Supermoon incident become one of the natural phenomena that are really stunning to any Astronomy fans and Mother Nature. This Supermoon phenomenon were already happened on 6 May 2012, 23 Jun 2013, 10 August 2014 and 28 September 2015 . According to media conference quotes by Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) in their Facebook page, this coming Supermoon Fenomena 2016 is the largest in 68 Tahun (last time was seen ot year 1948) and the probability opportunity to view this largest Supermoon for the next 18 years (Year 2034)

The Largest Supermoon on this Monday; 14 November 2016 since 1948 and will be expected for the next 18 Years which is in 2034 

The Supermoon phenomenon is one of the astronomical phenomena and natures where The Moon will be at closest position with The Earth (perigee) at 07:24 pm and consequently at full phase or full moon at 09:54 pm on 14 November 2016. This incident known as The Fullmoon Perigee also known as The ‘Supermoon’.
The Supermoon is because of the distance between The Moon and The Earth are become closer as much as 21,104KM (384,500KM Earth-Moon Average Distance) because according to Moon's orbit that elliptical-oval shaped and which make the Moon looks larger than the usual. However it not change the physical of the Moon. In cause of the distance between the Moon and the Earth which become closer, as theoretically the moon's gravitational force influenced the water tide on in Earth to  becomes increasingly high and can cause lunar tide.

For any query, public can surf website, Facebook and Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Public also invited to share Perigee Bulan Purnama image on 14 November in ANGKASA Facebook.


Provided by:

Corporate Communication Unit

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

www.angkasa.gov.my
Tel: 03-3182 4000 Fax: 03-2273 5488 / 03-3181 1304

#phenomenon #supermoon #november #nightsky #observation #stem #space #mosti #malaysia #pleasesharethis #mohonkongsi #mediarelease 

Posted on Rabu, November 09, 2016 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

'Supermoon' terbesar sejak 1928 akan berlaku pada 14 November 2016 bermula 07:24 malam, Fasa Puncak pada jam 09:54 malam. Dalam 5 tahun kebelakangan ini, kejadian Supermoon menjadi suatu fenomena alam yang amat menakjubkan bagi peminat Astronomi dan Alam Semulajadi. Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015 . Menurut petikan sidang media oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di laman Facebook mereka, Fenomena Supermoon pada tahun 2016 ini merupakan yang paling terbesar dalam 68 Tahun (kali terakhir di lihat pada Tahun 1948) dan peluang kebarangkalian untuk melihat Supermoon sebesar ini adalah pada 18 tahun akan datang (Tahun 2034).

Supermoon Terbesar pada 14 November 2016 sejak Tahun 1948 dan di jangka akan muncul pada Tahun 2034
Sejak kecil (sekolah rendah) memang aku minat tentang ilmu astronomi.Mula menghafal beberapa bentul bintang, Pernah juga panjat bumbung rumah waktu malam semata-mata untuk melihat bintang di langit semasa tinggal di kampung. Ayah aku pernah membawa sekali ke Planetarium Kuala Terengganu, sangat mengkagumkan permandangan dalam Planetarium sekitar tahun 1996 macam tu, tak ingat pula.

Fenomena Supermoon adalah salah satu fenomena astronomi dan alam semulajadi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam pada 14 November 2016. Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee atau di panggil ‘supermoon’. 

Supermoon ini di sebabkan jarak antara Bulan dan Bumi menjadi lebih dekat sebanyak 21,104KM (Jarak Purata Bulan-Bumi 384,500KM) kerana mengikut orbit Bulan yang berbentuk eliptikal (oval-bujur) dan menampakkan Bulan menjadi lebih besar daripada Normal. Namun ia tidak merubah fizikal Bulan. Di sebabkan jarak Bulan dan Bumi menjadi semakin dekat, secara teorinya daya tarikan graviti Bulan yang mempengaruhi pasang-surut air di Bumi menjadi semakin kuat dan boleh menyebabkan pasang besar.



Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Perigee Bulan Purnama pada 14 November ini di Facebook ANGKASA.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
www.angkasa.gov.my
Tel: 03-3182 4000 Fax: 03-2273 5488 / 03-3181 1304
#phenomenon #supermoon #november #nightsky #observation #stem #angkasa #mosti #malaysia #pleasesharethis #mohonkongsi #mediarelease


Posted on Rabu, November 09, 2016 by Ismiqbal Abdullah

No comments

08 November 2016

Assalamualaikum dan Salam Alam Maya

Tinggal beberapa minggu lagi menunggu 'roh' di dalam jasad bernyawa lahir ke alam yang ketiga iaitu Alam Dunia setelah selama 9 bulan berada di dalam Alam Rahim. Jadi ibu bapa pada kelahiran pertama memang cabaran dan pelbagai ujian, dugaan yang perlu di lalui. 

Hari ganti hari, Minggu bersilih minggu,  bulan ke bulan melepasi Trimester pertama.

Setelah beberapa bulan jasad terbentuk, mula di tiupkan roh  ketika masih di dalam alam rahim dan selepas scan pertama itu mula melihat dengupan jantungnya yang kecil, kemudian scan keduanya dapat kenalpasti jantinanya.

Maka, tugas bakal ibu bapa yang pertama ni bermula lagi dengan dilemma yang sangat tinggi. PILIH NAMA!

Pemberian nama merupakan tugas yang sangat besar, sangat penting dan sangat perlu teliti. Kerana nama inilah yang akan di serta di dalam doa jodoh, doa murah rezeki, doa mohon diberkati, doa di baca semasa tahlil kematian kita nanti. Nama inilah yang akan di panggi di akhirat kelak. Semestinya Alla telah menetapkannya, cuma bagaimana ia di sampaikan kepada kita manusia ini dalam pelbagai bentuk seperti ilham, mimpi, doa, lintasan hati.

Pada mulanya naluri bakal bapa ini sangat kuat mengatakan bakal bayi kami ialah lelaki, Isteri pun berpendapat sedemikian. Naluri aku berdasarkan trait dominant-Recessive yang ada pada diri aku dan isteri (rujukan oleh Dr. Google cuba buat carian 'Trait Dominant-Recessive Characteristic' dan sedikit yang belajar ingat-ingat lupa Prinsip Asas Genetik), Sejarah keluarga ialah Anak Lelaki pada kelahiran pertama dan mimpi. Kalau dapat anak perempuan pun tiada masalah. Atas rezeki yang di beri asalkan sihat walafiat.
bayi anak islam

Kami adalah ternampak Senarai nama anak beserta maksud dalam Islam di Facebook dan Internet. Aku ada simpan pada entry yang lepas 8 TIPS & SENARAI NAMA ANAK DAN MAKSUD DALAM ISLAM untuk rujukan. Seperti yang di tulis pada entry yang lepas, 8 tips ini yang aku gunakan untuk memberi nama kepada Bakal Anak  yang lahir nanti.

8 TIPS MEMILIH NAMA ANAK MENGIKUT ISLAM & PANDANGAN
 1. Pilih nama yang mempunyai maksud yang baik.
Ini dah semestinya WAJIB. Kita memang di larang untuk memberi nama yang memberikan maksud yang tidak elok. Kita taknak la anak nanti bakal di ejek, di sindir pada masa akan datang. Panggilan nama yang baik juga merupakan satu doa kan....

2. Tahu asal usul nama yang di beri daripada bahasa mana beserta maksud (seeloknya Bahasa Arab)
Yang ni pun kena tahu, yang nama di beri berasal daripada mana. Semasa aku mencari nama untuk anak lelaki melalui internet, terjumpa satu nama ni yang ada maksud yang baik. Bila di sebut ingatkan dari Bahasa Arab, rupanya dari Bahasa Turki/Iran camtu.. Nama itu juga merupakan nama tempat dan istilah lain untuk arak. Jadi, ingat, nama yang baik walaupun makna yang baik, kena pastikan ada istilah/nama lain bagi benda yang tak baik.

3. Tahu ejaan nama dalam jawi atau bahasa arab beserta baris.
 Aku sudah pesan kepada Isteri, kalau nak pilih nama, kena tahu bagaimana ejaan dama huruf jawi/ bahasa arab supaya mempunyai maksud yang tepat. Contohnya, perbezaan baris dan huruf dalam bahasa arab pun akan beri makna berlainan.

4. Nama yang sesuai dengan jantina bayi.
 Mungkin zaman sekarang beri nama pun agak panjang-panjang, moden. Setelah mengikut tips di atas, seterusnya biarlah nama sesuai dengan jantina bayi. Bila di panggil dan di sebut, boleh bezakan nama untuk anak lelaki dan anak perempuan.

5. Nama yang  tidak mengaibkan pada masa akan datang kepada bayi tersebut.
 Seperti Tip2 No.1 tadi. Kita taknak la anak nanti bakal di ejek, di sindir pada masa akan datang. Panggilan nama yang baik juga merupakan satu doa kan....

6. Buat senarai ringkas beberapa nama alternatif.
Untuk memilih nama, seeloknya buat beberapa senarai ringkas sebelum dimurtamadkan pilihan bersama. Nama ini hingga ke akhirat, jangan menyesal pilih nama. Kalau dah dewasa nanti susah plak. Senarai ringkas ini boleh buat perbandingan nama, perbandingan maksud antara satu patah nama dengan patah nama yang lain supayan maksud nama tidak bertindih.

7. Berbincang dengan pasangan nama tersebut dan di persetujui bersama dengan ikhlas.
Seperti Tips No.7 juga, nama ini di bawa mati, di sebut sepanjang masa. Kalau rasa nak berubah fikiran pada nama anak nanti, anda ada masa setahun untuk ubah di Jabatan Pendaftaran Negara selepas nama di daftarkan buat kali pertama.

8 Tanya pendapat orang lain tentang nama yang di pilih
Ini pun penting. Maklumlah manusia ni terbatas ilmunya. Tanya pendapat orang lain supaya nama itu tak selisih dengan maksud yang lain. Contohnya dia ada terdengar, ternampak di memana ke yang nama tu merujuk kepada benda tak elok. Ala-ala study group nak pilih nama kumpulan la ni.

9. Elakkan letak Simbol pada Nama.
Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang mahu nama anaknya kedengaran seperti arab letak simbol ( ' ) pada nama. Ni mungkin jadi rumit jika letak dalam pendaftaran Surat Beranak/Kad Pengenalan nanti untuk isi borang nanti. Jika tertinggal simbol tersebut, mungkin proses seterusnya tak dapat di teruskan. Biasanya jika melibatkan urusan bank.  Contoh: 'Arifin

Posted on Selasa, November 08, 2016 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

03 November 2016



2 Nov. 2016 - Lebih kurang 2 bulan lagi  kita akan mula menjejak ke Tahun 2017. Jadi, bagi yang ingin merancang sepanjang tahun 2017 boleh mulakan sekarang dan lebih memudahkan merancang dengan Kalendar penuh 2017.

Di sini aku ingin kongsikan (terjumpa semasa Google Kalendar 2017) sebenarnya banyak  web yang korang boleh download Template Kalendar ni. Jadi ini adalah salah satunya. timeanddate.com
Screenshot Setting Calendar yang boleh di download dan print.

Bila dah buka web tu, korang boleh adjust setting asas (basic) untuk kalendar korang. Kemudian tekan 'Create PDF' untuk download.
Jadi bila dah download dalam bentuk PDF, korang boleh edit PDF tersebut, nak letak ayat-ayat ke, gambar ker. Untuk PDF Editor, aku selalu guna Nitro PDF (Software PDF Reader & Editor) atau korang boleh Convert setiap satu kepada emel, edit menggunakan photoshop atau editor gambar lain atau guna Slide powerpoint.

Korang juga boleh survey Template Kalendar 2017 yang lain, di bawah aku sertakan beberapa link untuk di 'usha'
  1. http://www.vertex42.com/calendars/
  2. http://www.calendarpedia.com/2017-calendar-excel-templates.html
  3. http://www.wincalendar.com/excel-calendar-template
  4. http://www.wincalendar.com/Free_2017_Calendar.htm
  5. http://www.calendarlabs.com/online-calendar/monthly-calendar/

Kalendar, malaysia, 2017
sumber internet. Klik untuk perbesarkan.



Posted on Khamis, November 03, 2016 by Ismiqbal Abdullah

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...