19 Oktober 2016

Assalamualaikum dan Salam Alam Maya semua!

Salam Pagi Selasa! Hari pertengahan minggu..Lagi 2 hari menuju pada hujung minggu.

Di pagi ini, aku mencuba Kopi Segera 3in1 daripada Kapal Api Grande 'Java Latte'.
Sebelum ni Jenama Kopi Kapal Api yang aku pernah cuba adalah yang serbuk KopiO yang kaw-kaw..Aku tak pernah ternampak pula Kopi Kapal Api Java Latte di pasaran. Mungkin produk baharu dari Kapal Api sebab au cuma dapat sampel dari isteri yang beli Kopi Kapal Api biasa.
NIKMATI KOPI KAPAL API JAVA LATTE
Kopi 3 in 1 Kapal Api Grande Java Latte mempunyai rasa kopi yang 'light', lembut. Dah namanya Latte (Maksud lebih mudah: Latte ialah Minuman kopi yang lebih bersusu, berkrim daripada kopi lain. Lebih 'light'. Ianya sesuai pagi penggemar kopi tapi pada masa yang sama inginkan yang ringan.). Jadi Kopi Kapal Api Grande Java Latte ni sesuai bagi sesiapa sahaja kerana rasanya yang 'light' dan di sulam dengan sedikit rasa coklat (macam kita minum kopi coklat tu..tak pernah try eh?)

Setiap paket mengandungi 20 gram dan di campur dengan 150ml air untuk mendapatkan rasa Kopi Java Latte yang optimum. Kalau terlebih air, nanti rasanya agak cair, rasa kopi & coklat boleh di rasai tapi kurang kaw.
 
HALAL DAN RAMUAN
Kopi ini mendapat Halal daripada Majelis Ulama Indonesia dan Mungkin Kopi Kapal Api Grande Java Latte belum masuk ke pasaran Malaysia untu dapatkan HALAL JAKIM. Mengikut ramuan yang di paparkan adalah sumber yang biasa di perolehi. 
Kebiasaan mana-mana produk Serbuk Minuman Segera menggunakan Krimer Bukan Tenusu (biasanya sumber daripada Sawit dan campuran lain). Campuran Serbuk Koko di dalam Java Latte member sedikit kelainan rasa dan warna kopi berbanding Coffee Latte lain yang berwarna cerah di sebabkan banyak susu. (Warna Kapal Api Java Latte agak gelap di sebaban serbuk coklat)

Bagi peminat Kopi, jenis Kopi Kapal Api Grande Java Latte sesuai bagi yang ingin minum kopi tapi takna terlalu heavy, cuma lite and enjoy. Taknak kopi yang boleh terbeliak macam burung hantu tu.

GRANDE?
Aku perasan perkataan 'Grande' (Disebut 'Grawn-Day') pada paket Kopi Kapal Api Java Latte mungkin di salah erti. Jika mengikut standard Starbuck, 'Grande' bermaksud 'Large'. Dan 'Large' di maksudkan ialah 16 oz in U.S, jika di tukarkan menjadi '473 ml' tapi setiap paket yang mengandungi 20 gram dan di campur dengan 150 ml air panas semestinya tidak menjadikan ianya 'Grande'
Grande - 16 oz.
Grande is read as 'GRAWN-day.' It is Italian, Portuguese, Spanish and French word for large. At Tim Horton's coffee comes at a size between 14 and 20 oz. The Starbucks Grande is 16 oz. in U.S. [Source]
Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,

20 Julai 2016 yang lepas (dah berbulan-bulan berlalu) sejak aku secara mencuba nasib menyertai Post Facebook 'Like, Jawap & Menang' di Page Facebook 'Cendawan Susu Rimau'
Kemudian pada 29 Julai 2016, aku dapat inbox Facebook dari FB Cendawan Susu Rimau ucapkan TAHNIAH! Anda seorang pemenang Produk Cendawan Susu Rimau Tigerus! Alhamdulillah rezeki Bulan Julai.
 Berbalik kepada TIGERUS (Kapsul Serbuk Cendawan Susu Harimau) telah melalui pelbagai kajian saintifik dan ujian makmal ke atas tikus [Boleh rujuk SINI untuk Kajian dan Post di Blog Tigeruscendawansusuharimau]

  
 Jadi, inilah jadi pemenang bertuah untuk TIGERUS Cendawan Susu Harimau. Sebotol TIGERUS yang mengandungi 30 biji kapsul untuk kegunaan

Secara ringkasnya, Cendawan Susu Harimau (Nama Saintifik: Lignosus rhinocerus) di katakan harta malaysia yang hilang yang tumbuh semulajadi di Asia Tenggara seperti Malaysia. Sebenarnya ia antara khazanah rimba Malaysia yang kaya dengan biodiversiti yang di jumpai dan di komersialkan.

Produk Cendawan Susu Harimau ini di guna sendiri oleh Tun Dr. Dr. Mahathir bin Mohamad yang mengubati batuk beliau pada Tahun 2002.

Jadi, untuk highlight berkaitan dengan Manfaat & Kelebihannya:-

- Mengandungi Anti-Oxidant Effect yang mampu menangani free radical dari persekitaran yang mengganggu sistem pernafasan & fungsi peparu. Jadi ia baik untuk mengurangkan BATUK Kronik, BERSIN, ASTHMA, SELSEMA

- Mengandungi Antiproliferative Effects; iaitu Kesan yang membantutkan perkembangan sel-sel yang tidak sihat seperti KANSER dan Penyakit KULIT seperti EKZEMA

- Mengandungi Immunomodulating Effects (Iaitu kesan yang melibatkan Sistem Imunisasi Badan). ia membantu dalam MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN dalam melawan bacteria dan virus.

Rujukan Artikel Nutraceutical/ Company: Ligno [Tigerus Cendawan Susu Rimau]

Jadi, beginilah rupanya Kapsul TMM (Tigerus Milk Mushroom), Setiap kapsul vegetable (sayuran) adalah berat 300mg. Kapsul berasaskan sayuran biasa di gunakan kerana di jamin HALAL dan sesuai untuk Vegetarian.

Produk Kapsul TMM ini adalah di sahkan HALAL oleh JAKIM dan korang boleh semak Status HALAL tersebut di Direktori HALAL JAKIM di SINI.
Sumber internet
 Secara umumnya, TMM fokus kepada Sistem Respiratori (Pernafasan) termasuk yang berkaitan dengan fungsi peparu seperti asma, selsema, batuk dan imunisasi.
Oleh kerana produk ini adalah di kategorikan sebagai produk herba dan di guna secara tradisional. Produk herba bukanlah seperti ubat farmasi.Kesannya mungkin bukan serta merta dan mengambil masa mengikut tahap kesesuaian.

Korang boleh baca Testimoni dan FAQ (Frequently Asked Question) di Website TMM
.
Aku sendiri mempunyai minor resdung dan telah dah cuba habis sebotol 30 kapsul TMM ni, mungkin dengan metabolisma aku yang slow dan pengambilan tidak mengikut cara pengambilan yang betul, jadi kesannya agak perlahan.

Jadi, untuk kesan yang memuaskan boleh teruskan penggunaannya bergantung kepada tahap kesihatan korang sendiri. Jika mempunyai sebarang kesan sampingan, boleh berhubung dengan doktor.













18 Oktober 2016

Assalamualaikum dan Salam Alam Maya

Setelah sekian lama menyepi, baru datang mood nak update blog yang tak seberapa ni. Sebelum ni aku blogging tanpa fokus, semua benda kiranya nak update. Tapi tu dulu-dulu lah, semasa zaman baru nak up, tiada komitmen lain. Sekarang bila dah masuk alam pekerjaan dan keluarga, blogging sedikit tersasar banyak dari haluan hidup tapi masih lagi dalam ingatan (gitu..)

Sejak dua menjak ni, blogging menjadi tarikan baru bagi aku untuk kembali aktif-pasif. Antara sebabnya:-
1. Bila dah dewasa 3-Dekad ni, kembali mencari hala tuju.
2. Jadi panduan masa akan datang seperti entries lama jadi panduan masa sekarang.
3. Berkongsi cerita tentang fasa hidup berpasangan berkeluarga.
4. Dengan pengalaman kerja, mula melihat dunia pada perspektif berbeza dan bila nak buat review/critics merujuk kepada pengalaman hidup juga.

Jadi dengan ini aku cuba untuk fokuskan kepada Niche (1) Keluarga (Family), (2) Pemakanan (Food) dan (3) Gaya Hidup (Lifestyle) ~ Aroi Mak Mak~~ ( maksudnya 'Very very delicious' dalam Thai.

Ada banyak entries berkaitan dengan Niche ni. Jadi aku cuba terangkan ikut kefahaman aku la ya.

Niche ni ialah fokus kepada keywords/ kategori tertentu. Ia macam 'pool' (kolam) kategori di mana kalau post/entries yang di tulis berada di dalam 'pool' tersebut walaupun agak tersasar sedikit. Niche blog boleh bergantung kepada tahap pemahaman korang dalam mengolah entry blog supaya kena dengan cara tersendiri.  Niche juga boleh bergantung kepada kawasan korang tinggal.yang penting, tahu apa yang di tulis. Jangan COPY-PASTE je..

Contoh: 
  • Niche blog aku ialah Makanan. Pengalaman kerja aku dalam industri pemprosesan makanan, berkaitan Halal dan minat berkaitan dengan makanan.
  • Niche blog Family kerana aku dah kahwin dan bakal berkeluarga. Jadi segala pengalaman boleh berkongsi nanti..
Kalau ada blogger yang masih tercari-cari Niche blog macam aku yang baru jumpa ni. Mungkin boleh shortlistkan beberapa perkara..
  • Apa Hobi korang?
  • Apa benda yang korang enjoy buat dan suka?
  • Macam mana korang spend masa korang?
  • Topik apa yang anda faham mengikut pemahaman korang?
 Korang boleh singgah ke Blog Otai untuk bacaan selebihnya berkaitan dengan Niche ni.

Bacaan Tambahan:
  1. Membina Jenama dengan Niche Blog 
  2. Perkongsian Topik (Niche) Blog Untuk Trafik Tinggi 
  3. Blogging 101: Apa Yang Dikatakan Sebagai 'Niche' Blog? 
  4. Apa Itu Niche Blog Dan Kepentingannya 
  5. Choosing a Blogging Niche

 

 

 

06 Oktober 2016

Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,

Bagi yang perasan Tarikh Hari ini ialah:
6.10.2016. 
ada apa istimewanya hari ini? Sebenarnya takde lah istimewa sangat cuma bagi yang perasan tarikh hari ini adalah simetri.

Jadi aku dengan sukacitanya namakan hari ini ialah
HARI
'JIKA 2 MENJADI 1'

Jika ada sesiapa yang mengadakan majlis perkahwinan pada hari ini, yang menyambut hari lahir atau melahirkan anak atau mendapat sesuatu yang istimewa untuk di ingati pada hari ini, maka ingatlah HARI 'JIKA 2 MENJADI 1' ini... mudah untuk di ingatkan (walaupun ada yang terlupa tarikh gak)

Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,

Had Umur Belia berusia 15 – 30 Tahun? Mulai tahun hadapan nampaknya aku telah menjadi seorang Belia Tua la. Maka sila sedar diri bahawa diri sudah tua..

Sebenarnya aku terdengar perbualan dalam mesyuarat di Sri Medan, Batu Pahat, Johor dan ada wakil Kementerian Belia dan Sukan memberi pandangan dan salah satu isi percakapanya ialan ‘Had umur Belia adalah bermula 18-30 Tahun’. Kemudian aku Google dan terjumpa artikel daripada Akhbar Utusan bertarikh 18 November 2014 berkaitan Had Umur Belia yang baru ni. Jadi betul lah, cuma aku tak up-to-date tentang perkara ini.



Bermula pada Tahun 2018, Had Umur Belia adalah 15 – 30 tahun di mana sebelum ni Had umur Belia adalah 19 – 40 tahun.  Istilah belia adalah mungkin berbeza mengikut  Negara atau dasar negara lain. Secara umumnya, Belia ini adalah ‘remaja’ atau ‘pemuda’ atau ‘kanak-kanak dewasa’
Usia di mana seseorang itu dianggap "belia" berbeza-beza di seluruh dunia:
  • Belia... mereka yang berumur antara 19 hingga 29 tahun. - Perhimpunan Agung PBB
  • Waktu di antara alam kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25. - Bank Dunia.
  • Program Belia Komanwel bekerja bersama "orang muda (berumur 19-29)."
  • Belia di Malaysia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 40 tahun.
Rujukan Wikipedia/belia

Secara peribadi aku ( blogger ismiqbal), perubahan Dasar tentang had umur belia ini adalah baik seperti tertulis di dalam artikel Utusan ‘mempercepatkan proses ‘keremajaan’ kepimpinan negara’ Kanak-kanak zaman sekarang sudah seiiring dengan perkembangan teknologi terkini sehingga seperti  dunia di hujung jari. Dengan pendedahan ini dapat mematangkan mereka di dunia yang serba pantas, Masalah sosial melibatkan muda belia semakin kerap kedengaran. 

Dengan mempercepatkan proses had umur belia agar dapat pendedahan yang lebih meluas untuk bakal-bakal pemimpin dunia akan datang.


Rujukan Artikel Utusan

Had umur belia 15-30 tahun bermula 2018

Percepat proses ‘keremajaan’ pimpinan negara
LILIS SURIANI OMAR  |  18 November 2014 2:00 AM
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Draf Dasar Belia Malaysia (DBM) yang akan dibentangkan awal tahun hadapan bagi menggantikan dasar sedia ada akan mengusulkan pindaan takrifan umur belia kepada 15 hingga 30 tahun sebagai intipati penting dalam perubahan dan penambahbaikan, seiring dengan keperluan semasa belia.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perubahan daripada had umur asal iaitu 15 hingga 40 tahun tersebut bertujuan memberi peluang kepada generasi yang berumur di bawah 30 tahun menerajui pimpinan dan mencorak masa depan sejajar perkembangan transformasi negara.
“DBM akan menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara yang digubal pada 1997 dengan beberapa kerangka pembaharuan termasuk aspek kumpulan fokus, pemantauan terhadap program-program belia serta takrifan baharu umur yang dijangka dilaksanakan bermula 2018 selepas dibentang dan dipersetujui dalam Kabinet.
“Dalam tempoh tiga tahun lagi, kita akan melalui proses persediaan pelaksanaan menerusi program-program pemantapan di peringkat akar umbi supaya mereka yang berumur lingkungan 20-an bersedia mengambil alih tampuk kepe­mimpinan,” katanya dalam sidang akbar selepas merasmikan majlis Perundingan Belia Negara Sidang IV Penggal Ke-29, di sini hari ini.
Jelas Khairy, langkah itu dilihat perlu bagi mempercepatkan pro­ses ‘keremajaan’ pimpinan negara dengan memberi ruang lebih besar kepada pemimpin pelapis untuk menerajui pertubuhan belia selain mengikut norma antarabangsa di kebanyakan negara yang mentakrifkan belia sebagai mereka yang berusia 30 tahun ke bawah.
“Sudah tiba masa kita beri kepercayaan kepada golongan ini untuk ke depan. Dalam jangka masa ini, pada 2018 nanti akan ada perubahan melibatkan semua organisasi yang berdaftar di bawah Pendaftar Belia,” katanya.
Dalam perkembangan lain katanya, cadangan pembinaan Bandar Belia 1Malaysia dengan peruntukan RM100 juta pada tahun hadapan sedang diperhalusi pelaksanaannya khusus untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada anak muda termasuk pusat beli-belah, sukan, kerohanian dan perumahan mampu milik.
“Teorinya bandar belia ini adalah untuk golongan belia maka mereka yang sudah melebihi umur ditetapkan perlu memberi ruang kepada generasi muda yang lain. Mungkin model pelaksanaan rumah transit boleh diguna pakai untuk mengurangkan beban isu pemilikan rumah dalam kalangan belia,” jelasnya.
Sementara itu, mengulas pra-persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) yang akan dilaksanakan 30 November hingga 4 Disember ini, Khairy berkata, persiapan sedang giat dijalankan bagi memastikan kelancaran program itu sebelum bersidang di Parlimen pada 10 dan 11 Januari tahun hadapan.
“Persidangan PBM akan dilaksanakan tiga kali setahun, justeru semua ahli diharap dapat memanfaatkan ruang dan peluang yang ada dengan sepenuhnya untuk sama-sama meningkatkan pembangunan belia di Malaysia memandangkan ia adalah platform sesuai bagi menyuarakan idea serta pandangan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com