#Sastera #Ismiqbal Kisah Si Langit dan Si Bumi.
Bumi: Wahai Langit, kenapa menangisi aku?
Langit: Aku sedih lihat kau terluka, berparut seluruh badan. Aku harap air mataku dapat menyembuhmu.
Bumi: Akan ku hadiahkan kuntuman pokok menghijau, laut membiru supaya kau gembira. Dapat mengubati lukamu jua di lapisan ozon itu.
Langit: Oh. Aku juga terluka? Terima kasih.
Bumi: Kenapa sembunyi kesakitanmu di sebalik air mata kesedihan? Aku di sini.
Langit: Aku hadiahkan cahaya mentari untukmu, supaya pokok mu tumbuh segar.
Bumi: Langit, Kau dunia semesta ku.
Langit: Kau duniaku.

Nukilan: ismiqbal

posted from Bloggeroid