Mungkin korang pernah terliha jejaka hensem dengan senyuman menawan di papan-papan tanda iklan terutamanya di Stesen Minyak Shell dan Darlie.

Mohd. Ridwan Mustafa merupakan wajah di dalam poster iklan yang anda lihat di Shell ni.


Korang Boleh Follow Beliau di Instagram, Facebook untuk menatap gambar atau jadi sumber insipirasi untuk masa akan datang.
Mohd. Ridwan Mustafa
FIT.FUN.FABULOUS
Certified Weight Loss Specialist    |       Model   |     Entrepreneur

Kelahiran Terengganu 


Instagram: https://www.instagram.com/mridwanmustafa/
FACEbook:  https://m.facebook.com/mridwanmustafa/





Ridwan Mustafa; seorang Engineer/Model serta Certified Weight Loss Specialist berusia 29 Tahun ni juga tercalon dalam 'CLEO 50 Most Eligible Bachelor 2016'



BACA KISAH LANJUT TDARI BLOG KEVIN ZAHRI TENTANG KISAH '

  1. Ridwan Kurang Berat 30kg Dalam 8 Bulan'
  2. Ridwan Mustafa: Dulu Obes 120kg tapi kini seorang Perawagan




BACA TEMUBUAL LANJUT DARI SUMBER: PEPATUNG.COM.MY



Selepas disahkan doktor menghidap penyakit darah tinggi yang agak berbahaya untuk individu berusia 23 tahun (2010), Ridwan diberi dua pilihan. Bergantung kepada ubat seumur hidup tanpa mempedulikan soal penjagaan makanan ataupun menurunkan berat badan. Ketika itu beratnya mencecah 120 kilogram (kg).
“Sekembalinya dari klinik, saya terus bertekad untuk mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup. Saya tidak menunggu lama untuk bermula. Keesokan harinya saya terus ke gim pejabat dan meminta jurulatih kecergasan memberi bimbingan. Hari pertama saya telah dikerah berlari anak di atas treadmill dengan jarak 5 kilometer (km) selama 40 minit.
“Tidak dinafikan memang sukar tetapi saya berjaya bertahan. Saya mula membuat kajian sendiri berkenaan pemakanan yang bersesuaian dengan diri. Tidak semua diet sedia ada sesuai untuk semua orang kerana ia akan memberikan keberkesanan yang berbeza-beza.“Saya kenal pasti diet paling tepat untuk diri dan bersama-sama senaman yang dilakukan hampir setiap hari, saya berjaya mencapai sasaran dalam tempoh lapan bulan dengan penurunan sehingga 30kg,” ujar Ridwan yang menahan diri daripada mengambil nasi sepanjang tempoh tersebut.
Dengan berat ideal 73kg (penurunan 45kg secara keseluruhan), keinginan Ridwan untuk menurunkan berat badan yang didorong oleh penyakit akhirnya membuatkan dia jatuh cinta dengan bidang kecergasan. Rutinnya kini banyak berkisar tentang aktiviti senaman terutama maraton.
Pada asalnya dia hanya menemani seorang rakan ke acara maraton di Kuala Lumpur. Ketika itu dia diminta untuk memegang iPad rakannya dan tidak menyertai larian tersebut. Namun apabila melihat lautan manusia yang membanjiri acara tersebut di awal pagi dengan kesungguhan yang tinggi, terdetik minat untuk menyertai sukan larian jarak jauh tersebut.
Maka selepas itu, kelibat Ridwan dapat dilihat di hampir semua acara maraton tanah air. Malah dia juga aktif menyertai maraton di luar negara dan baru pulang dari Sydney, Australia pada bulan lalu.
“Sambil bercuti, sambil berlari. Saya akan membuat perancangan percutian ke luar negara berpandukan tarikh maraton yang akan diadakan di sesebuah negara. Tokyo, Jepun akan menjadi destinasi seterusnya menjelang Februari depan. Maraton Tokyo bakal menjadi medan besar untuk saya menamatkan larian dalam tempoh kelayakan Maraton Boston, Amerika Syarikat.“Saya menyasarkan untuk menyertai maraton tertua(Maraton Boston) itu pada 2017. Bagi merealisasikan impian tersebut, saya perlu manamatkan larian 42km dalam tempoh 3 jam 05 minit. Rekod peribadi saya setakat ini adalah 3 jam 21 minit untuk jarak yang sama,” sambung Ridwan yang bekerja sebagai jurutera sepenuh masa.
Komersial
Motivasi untuk kurus turut didorong keinginan membentuk imej luaran yang lebih berketerampilan. Mengenakan apa jenis pakaian tanpa digusari ketiadaan saiz dan tampak segak di mata orang.
Sebagai individu yang membesar sebagai orang ‘gemuk’, Ridwan tidak menafikan terdapat stereotaip kurang manis masyarakat terhadap kelompok berbadan besar. Justeru apabila segelintir individu obesiti mengelaskan gemuk sebagai satu perkara menyenangkan, dia kurang bersetuju.
“Secara peribadi saya sendiri pernah merasai bagaimana sukarnya menangani penilaian orang ramai terhadap orang gemuk. Mustahil tidak terbit kemahuan dalam diri mereka untuk kurus.“Hanya kata-kata sebegitu mampu menyedapkan hati mereka dan terpaksa berlakon untuk kepuasan diri. Sedangkan mereka sedar di dalam badan penuh dengan pelbagai penyakit mengundang bahaya. Itu fakta yang tidak boleh diubah,” demikian pandangan Ridwan yang menyifatkan kegagalan mengawal nafsu makan adalah punca utama kepada runtuhnya azam menurunkan berat badan dalam kebanyakan individu obesiti.
Tuah Ridwan dalam bidang komersial juga hadir melimpah-ruah. Saranan rakan-rakan agar dia ke uji bakat iklan disambut baik. Selepas mendaftar bersama sebuah agensi pencarian bakat, Ridwan pantas dipanggil untuk ke uji bakat pertama dan berjaya memikat klien.
Promosi (bercetak) hari raya Planta pada 2013 merupakan kemunculan sulung Ridwan dalam lapangan komersial. Berbekalkan senyumannya yang manis, produksi iklan yang sama sekali lagi menggunakan khidmat Ridwan untuk video korporat dan iklan bercetak bagi promosi hartanah.
Kerja sampingannya itu kian rancak. Semakin memberikan peluang lebih besar. Baru-baru ini Ridwan terpilih sebagai wajah komersial Shell (iklan cetak) dan mengikat kontrak selama dua tahun. Terlebih dahulu, jejaka kelahiran Terengganu itu telah muncul untuk komersial Milo dan Gemfive.