Assalamualaikum dan Salam Alam Maya.

23 Jun 2016 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1437Hijriah.
Jadi masih berkesempatan lagi bagi yang berkemampuan untuk menunaikan Zakat Fitrah (Bagi yang mempunyai tanggungan dan diri sendiri). Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah [sumber]
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Zakat Fitrah adalah zakat yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan atau bulan puasa yang dibayarkan paling lambat sebelum kaum muslim selesai menunaikan ibadah sunah Solat Idul Fitri.

Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan … dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.

Berikut adalah kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2016M/1437H. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing.
Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Seluruh Malaysia

Berikut adalah kadar zakat fitrah untuk setiap negeri bagi tahun 2016M/1437H dan kadar tahun lepas (untuk perbandingan). [Sumber: Malaysia Tercinta]
NegeriKadar Zakat Fitrah
20152016
KelantanRM7.00RM7.00
TerengganuRM4.60, RM6.80 & RM7.40*RM7.00
PahangRM7.00RM7.00
PerlisRM6.50RM7.00
KedahRM7.00RM7.00
Pulau PinangRM7.00RM7.00
PerakRM7.00RM7.00
SelangorRM7.00RM7.00
Negeri SembilanRM6.50RM6.50
MelakaRM6.70RM6.70
JohorRM5.00 & RM8.00*RM6.00 / RM8.00*
SarawakRM7.00RM7.00
SabahRM7.00RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and LabuanRM7.00RM7.00
*Kadar berbeza mengikut gred beras yang dimakan pembayar zakat.

Klik gambar untuk paparan besar dan jelas


Kadar Zakat Fitrah 2016 Bagi Singapura

Penetapan kadar zakat fitrah Singapura dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan harga 2.3kg beras gred biasa dan beras gred tinggi.
Kadar zakat fitrah Singapura bagi tahun 1437H / 2016 ialah $5.10 (kadar biasa) dan $6.90 (kadar tinggi).
Bagi tahun 2015, kadar zakat fitrah di Singapura ialah $4.90 (kadar biasa) dan $6.90 (kadar tinggi).
Semoga info kadar zakat negeri-negeri Malaysia dan Singapura ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sila share.