29 Jun 2016

Assalamualaikum dan Salam Blogging.

Sesambil Blogwalking dan Sesi Tinggal Jejak di beberapa blog, terlintas pulak dengan Blogger Reenri ni yang buat GiveAway Duit Raya; Mungkin Beliau excited nak sambut raya, atau maybe nak sambut blog baru beliau...atau beliau ada rezeki lebih nak buat GiveAway ni.

Cara nak join mudah jer.. cuma ikut langkah-langkah di bawah.

versi original reenri
versi edit photoshop (animation) oleh ismiqbal

Hadiah Duit Raya..!

Pemenang Pertama akan menerima Duit Raya sebanyak RM50 (tpop atau bank-in)
10 Saguhati bernilai RM5 (tpop)
*Details Reen akan minta selepas Reen umumkan pemenang dan saguhati.

Syaratnya

☑ Follow blog Reen (kalau belum).
☑ Buat post baru bertajuk "Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016".
☑ Copy gambar diatas dan backlink kan ke entry ni.
☑ Tingkalkan komen, link post awak dibawah.
*Pemenang dan saguhati akan dipilih melalui random.org. 
* Tamat pada 5 Julai 2016 jam 12 tengahari.

Perhatian

Hadiah yang tidak di claim selepas sebulan dari tarikh pengumuman akan dibatalkan. 
Semoga berjaya..! 😉

26 Jun 2016

Assalamualaikum. Salam Blogging.

Fenomena Ramen Samyang berperisa Ayam yang di katakan pedas giler dan pernah menjadi viral di lama-laman sosial seketika dan sekarang dah makin surut sikit.. Jadi, oleh kerana dah viral maka ramailah yang berpusu-pusu nak mencuba Ramen Samyang yang di kilangkan oleh Samyang Food Co. Ltd., Seoul, Korea ni. Kalau korang pernah tengok video viral yang tengah makan Ramen Samyang ini memang pedas giler tapi...haha.

Aku beli Ramen Samyang di Alamanda Putrajaya semasa hari bekerja. Selepsas balik je dari pejabat terus singgah ke Alamanda kononya nak beli barang dapur dan makan malam, terpandang lak Ramen Samyang ni tengok masih banyak lagi stok. Makan terus beli sepaket dengan harga RM 24.90. Housemate pun nak mencuba jugak katanya jadi pakat la beli. (Masa ni April-Mei 2016)

 Tapi dalam seminggu dua ni (Jun 2016), Stok Ramen Samyang dah tak kelihatan di Shelf Mee Segera ni, mungkin dah habis stok. Aku tengok di Aeon Equine Park masih banyak lagi semalam (Sabtu, Jun 2016)

 Berbalik kepada situasi semasa Beli Ramen Samyang ni, kelihatan ramai juga menyinggah di Shelf Mee segera viral tu, ada tengok brader-sister siap borong dalam troling berpek-pek!! Ni mesti kes orang tempah ni....


Okay.
Untuk Ramen Samyang ni aku cuba dua jenis masakan; satu jenis berkuah dan satu lagi style yang di cadangkan, ala-ala mee goreng kering.

 PERCUBAAN PERTAMA RAMEN SAMYANG (BERKUAH)
Ini percubaan kali pertama Ramen Samyang, Jenis Berkuah. ala-ala Mee Kari pedasnya. Boleh letak banyak-banyak bahan ala-ala Ramen Naruto tu. kalau korang cuba yang jenis berkuah memang kurang pedas jadi sesuai bagi sesiapa yang ingin mencuba Ramen Samyang tapi takut tak tahan pedas boleh la cuba yang macam ni.
  
 Sebab dah terbiasa lak makan Mee Segera berkuah sambil layan movie...

Untuk Jenis berkuah, rasanya agak pedas ala-mee kari, kemudian akan terasa sedikit manis pada ramen bila kunyah-kunyah.

 PERCUBAAN RAMEN SAMYANG KEDUA (DRIED)
 Kemudian housemate aku beli lagi katanya ada orang tempah, jadi aku cuba lagi menggunakan langkah-langkah yang di cadangkan di belakang bungkusan tersebut sebagai juada buka puasa aku (sebab malas nak pergi bazaar).
Telah standby siap-siap telur separuh masak 2 biji yang cicah dengan roti dan jus tembikai yang manis-manis buah)
Korang cuma perlu rebuskan ramen nya dahulu, kemudia toskan (tapi tinggalkan sedikit air supaya senang nak gaul dan makan. Nanti mee dia melekat), kemudian masukkan sosnya. Gaul-gaul.

Bila azan maghrib berkumandang, di mulai dengan makan 3 biji kurma, di selangi air jus tembikai dan Bismillah. Pada suapan pertama dah terasa kehangatan kepedasan Ramen Samyang ni. Tapi sedap juga, kalau letak banyak bahan-bahan lagi sedap. Walaupun pedas-pedas samyang, ada terasa sedikit kemanisan pada ramen (mengikut Ingredients Samyang, pada mee nya mengandungi Gula dan modified tapioca starch yang memberikan rasa manis)

Selepas habis je menahan pedas di bibir, di sulami dengan minum air tembikai yang manis membasahi bibir tu. Kemudian rasa pedasnya hilang. Pedas Ramen Samyang tidak seperti pedas mee segera yang lain. Ada keunikannya sendiri berbanding mee segera tempatan. Tapi bagi rakyat Malaysia yang sentiasa makan makanan yang pedas ni, Pedas Ramen Samyang tidak jadi masalah. Lidah orang Malaysia memang kebal. Haha.

Lidah orang lain berbeza-beza, lelaki perempuan pun berbeza menahan pedas. Orang Malaysia vs Orang Putih pun lain. Orang putih memang tak tahan pedas ni jadi mungkin bagi diorang pedas Samyang ni di kira sebagai 'Killer' la.. p/s: tak makan sambal belacan lagi...

Jika melihat Bahan-bahan di dalam Ramen Samyang ni, seperti mana Mee segera yang lain mengandungi Bahan Kimia Makanan yang di gunakan untuk menyerupai serta memberi rasa pedas. Kandungan 'Modified Tapioca Starch' kebiasaan di gunakan di dalam industri makanan sebagai 'Filler' dan mempunyai ' Glisemix Index yang tinggi berbanding dengan Starch/Kanji semulajadi. Kurang sesuai bagi pengidap Kencing Manis/ Diabetis. Terdapat juga MSG di dalam perencah sebagai penambah rasa seperti mee segera yang lain.

LOGO HALAL PADA RAMEN SAMYANG DI IKTIRAF TAK? APA ITU HACCP?
Bagi yang was-was kepada Tanda Halal Luar Negara, Tanda HALAL padi Ramen Samyang ini mempunyai Logo Halal yang telah di iktiraf JAKIM pada Badan Persijilan Halal Korea iaitu 'Korea Muslim Federation Halal Committe'. Ini yang penting bagi Muslim seluruh Dunia. Pengguna boleh download Semua 'Certified Bodies (CB)' Halal di Seluruh Dunia yang di iktiraf oleh JAKIM di Laman Web JAKIM di SINI.

HACCP merupakan Ringkasan kepada 'Hazard Analysis and Critical Control Point', bagi hendak mencapai dan peroleh Logo HACCP. sesebuah industri pemprosesan makanan perlu mematuhi Standard Piawaian Antarabangsa yang sangat ketat, Dari setiap bahan yang di gunakan, peralatan pekerja, logistik, pengedaran stor dan barang ke luar dan nombor rujukn setiap batch produk yang di hasilkan jika berlaku apa sahaja 'product recall'. Mempunyai Logo HACCP pada pembungkusan produk adalah sangat penting dan di anggap telah mematuhi piawaian makanan antarabangsa. Dan telah menjadi syarat untuk produk eksport makanan perlu mempunyai Logo HACCP ni. Mempunyai logo HACCP dan HALAL adalah terbaik bagi sesuatu produk.

MORAL:
Nasihatkan pada diri sendiri juga supaya mengawal pengambilan Mee Segera dalam diet/ menu seharian.

23 Jun 2016

Assalamualaikum dan Salam Alam Maya.

23 Jun 2016 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1437Hijriah.
Jadi masih berkesempatan lagi bagi yang berkemampuan untuk menunaikan Zakat Fitrah (Bagi yang mempunyai tanggungan dan diri sendiri). Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah [sumber]
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Zakat Fitrah adalah zakat yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan atau bulan puasa yang dibayarkan paling lambat sebelum kaum muslim selesai menunaikan ibadah sunah Solat Idul Fitri.

Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan … dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.

Berikut adalah kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2016M/1437H. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing.
Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Seluruh Malaysia

Berikut adalah kadar zakat fitrah untuk setiap negeri bagi tahun 2016M/1437H dan kadar tahun lepas (untuk perbandingan). [Sumber: Malaysia Tercinta]
NegeriKadar Zakat Fitrah
20152016
KelantanRM7.00RM7.00
TerengganuRM4.60, RM6.80 & RM7.40*RM7.00
PahangRM7.00RM7.00
PerlisRM6.50RM7.00
KedahRM7.00RM7.00
Pulau PinangRM7.00RM7.00
PerakRM7.00RM7.00
SelangorRM7.00RM7.00
Negeri SembilanRM6.50RM6.50
MelakaRM6.70RM6.70
JohorRM5.00 & RM8.00*RM6.00 / RM8.00*
SarawakRM7.00RM7.00
SabahRM7.00RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and LabuanRM7.00RM7.00
*Kadar berbeza mengikut gred beras yang dimakan pembayar zakat.

Klik gambar untuk paparan besar dan jelas


Kadar Zakat Fitrah 2016 Bagi Singapura

Penetapan kadar zakat fitrah Singapura dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan harga 2.3kg beras gred biasa dan beras gred tinggi.
Kadar zakat fitrah Singapura bagi tahun 1437H / 2016 ialah $5.10 (kadar biasa) dan $6.90 (kadar tinggi).
Bagi tahun 2015, kadar zakat fitrah di Singapura ialah $4.90 (kadar biasa) dan $6.90 (kadar tinggi).
Semoga info kadar zakat negeri-negeri Malaysia dan Singapura ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sila share.

22 Jun 2016

 Tutorial #35: Betulkan 'Undefined Error' Pada Post

 Semasa saya sedat edit tutorial 'Recent Post yang bergerak-gerak (Animated) tadi, Berlaku masalah teknikal pada Tarikh pada Post bertukar menjadi 'Undefined'. Mungkin masalah coding atau apa ntah. Jadi, setelah Google terjumpa tutorial ni dan telah di perbaiki menjadi sediakala.

Masalah ini biasanya berlaku bila korang edit/tambah widget, blog template atau berkaitan dengan coding blog. Jadi berdasarkan tutorial yang di beri agak mudah untuk setelkan masalah kecil ni. walaupun masalah kecil tapi nampak buruklah dalam blog muka depan ni kan. Macam kerja tak siap je. Rupa itu penting...

Cara Menyelesaikannya:

Pergi ke bahagian blog "Settings" --; "Language and formatting".
Pilih "Timestamp Format" dari drop-down menu yang sama seperti "Friday, June 13, 2014" format.
Penting: Anda cuma perlu tukar "Timestamp Format". Bukan "Comment Timestamp Format".

 
Klik Save dan Siap.


Assalamualaikum. Salam Alam Maya.
APA ITU AYAM DARA? 
Nasi Kukus Ayam Berempah atau Nasi Kukus Ayam Dara.. Ahh.. Sedappnyaa... Pernah terfikir tak kenapa ayam dara ni di panggil ayam dara? Apa speselnya Resipi Ayam Dara ni? Persoalan ni sebenarnya dah terjawab semasa saya menjadi koordinator Kursus Penternakan Ayam Kampung dan Ayam Pedaging yang di sampaikan oleh Penceramah Penyelidik MARDI pada tahun 2015 lagi sebenarnya. Baru terfikir untuk update dalam blog ni.

Kali ni bukan nak berbicara pasal menu nasi ayam dara berempah atau nasi kukus ayam dara.. cuma nak membebel kenapa di panggil 'Ayam Dara' hasil bacaan internet.
sumber google.
 Boleh acu cuba try test Resipi di bawah:

Resipi Ayam Dara Goreng Berempah oleh Blogger SINI.
Resipi Nasi Kukus di Resipi Bonda SINI. 

Dari segi bacaan dan pemahaman, Ayam Dara ini istilah bagi Ayam betina (atau jantan) yang berumur antara 3 - 4 Bulan (12 - 16 Minggu). Pada ayam umur ini belum sedia untuk bertelur lagi. Ikut sumber Blog, Ayam penelur akan mula bertelur pada umur 4.5 - 5 Bulan (18 - 20 Minggu). Jadi, Ayam Dara ini ayam yang belum bertelur la kan...Tapi macam mana penternak ni nak pastikan ayam ni tak ternoda dengan ayam jantan kan..Walaupun tak pernah la terlibat dengan penternakan ayam ni, mungkin Para penternak ni dah asingkan Ayam Jantan dan Ayam Betina ni, mengikut kategori usia supaya mudah di komersialkan.

Secara Bahasa Inggeris, Ayam Dara ini di panggil 'Spring Chicken' yang berumur 2.75 - 3.5 Bulan (11 - 14 Minggu) yang berat antara 750 - 850 gram.

 Terjumpa di Internet istilah Ayam Dara ini sebenarnya ringkasan daripada D.A.R.A; 'Dengan Adunan Rempah Asli'. Pun boleh camtu..

Dalam percakapan Bahasa Inggeris ada juga menggunakan 'Spring Chicken' merujuk kepada orang muda. Kalau orang sebut "You are no spring chicken", maksudnya "Kau bukan muda lagi" atau " kau dah berusia dah."

Ayam Dara ni, apa yang sebabnya ayam ini sedap dan popular?

Pada kategori usia Ayam Dara atau Ayam Muda ini di katakan mempunyai rasa daging yang paling 'tender', kental, pejal (aik..lain macam bunyinya....). Jadi, ia di kira sempurna jika kena dengan cara masakannya. Kalau Ayam Pencen, rasa dagingnya yang liat dan susah di nikmati. Tapi ada juga yang minat dengan ayam pencen.

Begitu juga dengan daging ikan yang sederhana dan besar mempunyai rasa yang berbeza bila di bakar.

Selain daripada jenis Ayam Dara yang berusia 3 - 4 Bulan ni, ada sesetengah peminat 'cuisine' berasaskan ayam minat menu Ayam yang tersangat muda iaitu kurang 28 Hari pada sembelihan dan kebiasaannya antara berat 400 - 450 gram (tidak sampai 750 gram seperrti Ayam Dara atau 'Spring Chicken'. Ayam ini di panggil 'poussin (di sebut /ˈpsæn/ dan kebiasaan lain di panggil 'coquelet'). 

Begitu juga ada peminat daging lembu yang masih 'baby'. ' Baby Calf Cuisine' kerana di katakan mempunyai rasa daging yang sangat ''exquisite'. Kira macam 'high class' la.
 



10 Jun 2016

03 Jun 216
Kereta Perodua Axia Kena langgar dengan Proton Saga dan terlangga Perodua Myvi tengah sesak di lebuhraya MRR2
Al kisah pengalaman kena langgar buat kali kedua dengan menaiki Kereta Perodua Axia Advanced 1.0 dan kali ini aku tidak bersalah 100%!

Kisah bermula dengan rutin mingguan drive daripada Putrajaya ke Jerantut melalui Lebuhraya Besraya - MRR2 yang sesak seperti kebiasaan. Lebih-lebih lagi Jumaat terakhir sebelum ramadhan ni bertambah lagi sesaknya.
perodua, axia, kemalangan, lebuhraya
Add caption
Dengan sedang melayan Radio-MP3 sambil mengelamun fikir macam-macam di tengah sesak di Lebuhraya MRR2 dengan kelajuan 5-20 km/j. Semasa tu aku drive di lane kanan sebab nak menghala ke Kuantan. Oleh kerana jalan sesak, kereta kiri kanan memang tak bergerak masa tu.

Tiba-tiba....

"Dummm...!!!". Satu hentakan kuat datang dari belakang ketika kereta tidak bergerak.

Terkejut dan tindak balas serta merta terus menekan brek. Melihat kan kereta Myvi di hadapan buatkan aku cuba mengelak tapi di sebelah lane paling kanan ada penghadang jalan, dengan baki momentum yang kuat dari kereta Saga belakang tercetus inersia kereta aku terpaksa melanggar kereta hhadapan walaupun sudah menekan brek.
perodua, myvi, kemalangan, lebuhraya
Add caption
 perodua, axia, kemalangan, lebuhraya
proton, saga, kemalangan, lebuhraya
Oleh kerana pengalaman mematangkan, dengan seimbas detik memori dari kemalangan sebelum menjadikan diri tenang dan mampu berfikir logik untuk 'apa seterusnya'. Tanpa menghiraukan jalan sesak, aku dan brader depan yang menjadi mangsa terus keluar dari kereta selepas tekan lampu kecemasan. Jadi, aku dan brader depan berjalan terus ke kereta belakang. 

Kereta yang melanggar aku Kereta Proton Saga Hijau, kelihatan teruk dengan kesan impak yang melanggar kereta Axia aku dan aku terlanggar kereta Myvi di depan. Kereta aku walaupun kurang nampak hancur tapi depan belakang rosak tapi masih boleh berjalan. Kereta Myvi depan aku kemek bahagian bonet dan masih boleh berjalan.

Selepas beberapa ketika kami tunggu orang yang melanggar, keluarlah seorang pemandu perempuan muda lagi dengan tersengih-sengih. Brader Myvi pun tenang orangnya dan macam dah ada pengalaman dengan kemalangan macam ni. Nasib baik ketiga-tiga pemandu tidak mengalami apa-apa kecederaan. Masing-masing mula mengambil gambar kerosakan, yang penting nombor plat, warna, jenis kereta, nombor telefon mangsa-mangsa. Kena pastikan jenis kerosakan sebelum di 'tow' ke bengkel sebab bimbang ada kerosakkan tambahan yang sengaja atau berlaku selepas di bengkel.
proton, saga, kemalangan, lebuhraya
Brade Myvi dah capai sepakat untuk dia claim bawah insurans aku dan kereta aku claim insurans kereta yang melanggar (Saga). Brade Myvi dah beredar ke Balai Polis Trafik berhampiran (yang berhampiran Balai Polis Trafik Ampang Jaya). Kejadian berlaku di Lebuuh Raya MRR2, dari Kuala Ampang ke Ukay Perdana. Tinggal aku berdua dengan driver perempuan tu. Beberapa ketika selepas itu lebih kurang 15 minit, 'peronda' freelance yang kerja dengan bengkel mula tiba dan bertanyakan keadaan. Mereka mula kawal keadaan lalulintas, arahkan kedua-dua kereta ke tepi, hubungi tow-truck, hantar ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya untuk buat laporan polis bagi ketiga-tiga pemandu.
polis, trafik, kemalangan, laporan,

Oleh kerana kemalangan berlaku Jam 10:10 malam dan sampai di Balai Polis sekitar Jam 11:30 malam, Polis trafik maklum laporan malam tu di buat selepas Jam 12:00 tengahmalam sebab mereka perlu 'compile' dan hantar report hari sebelum tu. Untuk kemalangan, laporan perlu di buat dalam masa 24 Jam. Dalam Jam 12:15 tengahmalam, aku mulakan laporan polis, kemudian brade Myvi. Pemandu wanita belum lagi tiba. Selepas selesai buat laporan polis, brader 'towing' hantar aku ker Putrajaya dari Ampang. Agak jauh tapi nasib baik gak agak orang hantarkan. Dia tanya kalau ada kawan-kawan sekitar, dan semestinya tiada kenalan terdekat untuk hantarkan. Katanya 'tokey bengkel' cuma 'cover' penghantaran klien 30km dari tempat kemalangan.

Semuanya berjalan lancar setakat ni. Sediakan dokumen berkaitan untuk keperluan claim insurans, bengkel. Geran. Salinan Lesen IC, Covernote Polisi Insurans yang boleh dapatkan dengan insurans atau agen-agen yang buat roadtax. Buat salinan dan boleh kirim ke geng-towing yang handle kan semua atau terus hantar ke Perodua Service di mana kereta tu di tarik.

Selepas dah contact orang Perodua Service Desa Tun Razak, dia pun emelkan Borang Insurans untuk pemilik kereta tandatangan. Jadi tak perlu ke ke bengkel sana. Seleas tandatangan Borang Insurans, scan dan emelkan semula ke orang Perodua Service.

Kemudian 2 hari lepas orang Perodua Desa Tun Razak whatsapp aku dengan menghantar gambar radio kereta aku hilang, kemudian aku berhubung dengan orang towing, mereka bagitau kereta aku di hantar ke Perodua pada Jumaat malam, kunci kereta serah kepada Pengawal keselamatan perodua.. Hari Jumaat hantar kereta, hari Rabu maklum bahawa Radio kereta hilang!! Jadi sekarang, orang Perodua bagitau dia tengah cek CCTV keselamatan, brader geng towing pun gelabah jugak tapi owner relax jer.. 

"Harta dunia tak ke mana.."

01 Jun 2016

Mungkin korang pernah terliha jejaka hensem dengan senyuman menawan di papan-papan tanda iklan terutamanya di Stesen Minyak Shell dan Darlie.

Mohd. Ridwan Mustafa merupakan wajah di dalam poster iklan yang anda lihat di Shell ni.


Korang Boleh Follow Beliau di Instagram, Facebook untuk menatap gambar atau jadi sumber insipirasi untuk masa akan datang.
Mohd. Ridwan Mustafa
FIT.FUN.FABULOUS
Certified Weight Loss Specialist    |       Model   |     Entrepreneur

Kelahiran Terengganu 


Instagram: https://www.instagram.com/mridwanmustafa/
FACEbook:  https://m.facebook.com/mridwanmustafa/





Ridwan Mustafa; seorang Engineer/Model serta Certified Weight Loss Specialist berusia 29 Tahun ni juga tercalon dalam 'CLEO 50 Most Eligible Bachelor 2016'



BACA KISAH LANJUT TDARI BLOG KEVIN ZAHRI TENTANG KISAH '

  1. Ridwan Kurang Berat 30kg Dalam 8 Bulan'
  2. Ridwan Mustafa: Dulu Obes 120kg tapi kini seorang Perawagan




BACA TEMUBUAL LANJUT DARI SUMBER: PEPATUNG.COM.MY



Selepas disahkan doktor menghidap penyakit darah tinggi yang agak berbahaya untuk individu berusia 23 tahun (2010), Ridwan diberi dua pilihan. Bergantung kepada ubat seumur hidup tanpa mempedulikan soal penjagaan makanan ataupun menurunkan berat badan. Ketika itu beratnya mencecah 120 kilogram (kg).
“Sekembalinya dari klinik, saya terus bertekad untuk mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup. Saya tidak menunggu lama untuk bermula. Keesokan harinya saya terus ke gim pejabat dan meminta jurulatih kecergasan memberi bimbingan. Hari pertama saya telah dikerah berlari anak di atas treadmill dengan jarak 5 kilometer (km) selama 40 minit.
“Tidak dinafikan memang sukar tetapi saya berjaya bertahan. Saya mula membuat kajian sendiri berkenaan pemakanan yang bersesuaian dengan diri. Tidak semua diet sedia ada sesuai untuk semua orang kerana ia akan memberikan keberkesanan yang berbeza-beza.“Saya kenal pasti diet paling tepat untuk diri dan bersama-sama senaman yang dilakukan hampir setiap hari, saya berjaya mencapai sasaran dalam tempoh lapan bulan dengan penurunan sehingga 30kg,” ujar Ridwan yang menahan diri daripada mengambil nasi sepanjang tempoh tersebut.
Dengan berat ideal 73kg (penurunan 45kg secara keseluruhan), keinginan Ridwan untuk menurunkan berat badan yang didorong oleh penyakit akhirnya membuatkan dia jatuh cinta dengan bidang kecergasan. Rutinnya kini banyak berkisar tentang aktiviti senaman terutama maraton.
Pada asalnya dia hanya menemani seorang rakan ke acara maraton di Kuala Lumpur. Ketika itu dia diminta untuk memegang iPad rakannya dan tidak menyertai larian tersebut. Namun apabila melihat lautan manusia yang membanjiri acara tersebut di awal pagi dengan kesungguhan yang tinggi, terdetik minat untuk menyertai sukan larian jarak jauh tersebut.
Maka selepas itu, kelibat Ridwan dapat dilihat di hampir semua acara maraton tanah air. Malah dia juga aktif menyertai maraton di luar negara dan baru pulang dari Sydney, Australia pada bulan lalu.
“Sambil bercuti, sambil berlari. Saya akan membuat perancangan percutian ke luar negara berpandukan tarikh maraton yang akan diadakan di sesebuah negara. Tokyo, Jepun akan menjadi destinasi seterusnya menjelang Februari depan. Maraton Tokyo bakal menjadi medan besar untuk saya menamatkan larian dalam tempoh kelayakan Maraton Boston, Amerika Syarikat.“Saya menyasarkan untuk menyertai maraton tertua(Maraton Boston) itu pada 2017. Bagi merealisasikan impian tersebut, saya perlu manamatkan larian 42km dalam tempoh 3 jam 05 minit. Rekod peribadi saya setakat ini adalah 3 jam 21 minit untuk jarak yang sama,” sambung Ridwan yang bekerja sebagai jurutera sepenuh masa.
Komersial
Motivasi untuk kurus turut didorong keinginan membentuk imej luaran yang lebih berketerampilan. Mengenakan apa jenis pakaian tanpa digusari ketiadaan saiz dan tampak segak di mata orang.
Sebagai individu yang membesar sebagai orang ‘gemuk’, Ridwan tidak menafikan terdapat stereotaip kurang manis masyarakat terhadap kelompok berbadan besar. Justeru apabila segelintir individu obesiti mengelaskan gemuk sebagai satu perkara menyenangkan, dia kurang bersetuju.
“Secara peribadi saya sendiri pernah merasai bagaimana sukarnya menangani penilaian orang ramai terhadap orang gemuk. Mustahil tidak terbit kemahuan dalam diri mereka untuk kurus.“Hanya kata-kata sebegitu mampu menyedapkan hati mereka dan terpaksa berlakon untuk kepuasan diri. Sedangkan mereka sedar di dalam badan penuh dengan pelbagai penyakit mengundang bahaya. Itu fakta yang tidak boleh diubah,” demikian pandangan Ridwan yang menyifatkan kegagalan mengawal nafsu makan adalah punca utama kepada runtuhnya azam menurunkan berat badan dalam kebanyakan individu obesiti.
Tuah Ridwan dalam bidang komersial juga hadir melimpah-ruah. Saranan rakan-rakan agar dia ke uji bakat iklan disambut baik. Selepas mendaftar bersama sebuah agensi pencarian bakat, Ridwan pantas dipanggil untuk ke uji bakat pertama dan berjaya memikat klien.
Promosi (bercetak) hari raya Planta pada 2013 merupakan kemunculan sulung Ridwan dalam lapangan komersial. Berbekalkan senyumannya yang manis, produksi iklan yang sama sekali lagi menggunakan khidmat Ridwan untuk video korporat dan iklan bercetak bagi promosi hartanah.
Kerja sampingannya itu kian rancak. Semakin memberikan peluang lebih besar. Baru-baru ini Ridwan terpilih sebagai wajah komersial Shell (iklan cetak) dan mengikat kontrak selama dua tahun. Terlebih dahulu, jejaka kelahiran Terengganu itu telah muncul untuk komersial Milo dan Gemfive.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Tentang Penulis

+Bachelor of Science (Marine Biology) Graduate.
+Hobbyist Marine Handcraftman/Crafter.
(FB & IG @mykacalaut)
+Suami & Papa Anak Sorang.
+G.Servant Worker.
+Personal-Lifestyle Introvert Blogger.
+email: ismiqbal.my@gmail.com

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Follow by Email

Copyright © Ismiqbal Introvert Malaysian Blogger N Crafter | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com