Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,

Nak cerita pasal Cip pada Kad Pengenalan ni. Memang dalam lama Kad Pengenalan ni tersimpan dalam dompet tapi memang teramat jarang untuk kita guna Cip ni. Aku juga jadikan Kad Pengenalan ni sebagai kad Touch N Go, jadi bila guna TNG tu takde masalah la di Lane TNG atau Smart Tag. 

Alkisahnya aku terima Slip Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) dan nak tebus di BSN ni, bila sampai di Kaunter, Penjaga tu try cucuk-cucuk Kad Pengenalan pada dia punya reader beberapa kali masih tak dapat detect. 
"Encik, Cip IC ni rosak kot..kalau IC ni tak dapat baca memang tak boleh buka SSP ni...
Encik pergi ke JPN kata nak buat IC sementara. Kad KPPK **KPPK 09 tu merujuk kepada IC sementara."
Oleh kerana waktu tengahari tu tak sempat, jadi bersambung keesokkan harinya.
 Waktu lunch tengahari aku pergi ke Jabatan Pendaftara Negara (JPN) di Sri Serdang, Selangor (Berhampiran dengan Medan Makan Baru Sri Serdang. Dekat dengan Bengkel Motor). Bila masuk dalam tu memang tiada sesiapa, aku seorang sahaja, jadi tiada masalah menunggu.

KAD PENGENALAN SEMENTARA
Tapi bagi nak ikut prosedur, kenalah ambil Nombor Giliran dan 10 saat selepas itu terus di panggil. Bila dia cek IC pada Chip Reader memang di sahkan rosak. (tak tahu lah macam mana di katakan rosak, sebab duduk-duduk atas wallet ke..bergesel sana sini..)

Kakak Penjaga kaunter tu bagitau, Waranti Cip Pada IC tu cuma valid setahun sahaja, selepas itu perlu bayar RM10. Oleh kerana dah lama buat IC tu diperbaharui, maka tertamat lah waranti tersebut.

Selepas dari akak kaunter keluarkan slip, kemudian pergi ke Bahagian Ambil Gambar.
Aku: "Akak..gambar ni permanent ke pada IC?"
Akak gambar: " Ye la.permenant la..."

Aiyoo... dahla pakai biasa-biasa je walaupun baju kerja office, nak ambil gambar permanent IC lak.. tak kisah la asalkan siap...Dan snap sekali..tengok..minta ambil sekali lagi.... kira okay la tu....
 Kemudian bila selesai tangkap gambar, akak tu keluarkan Slip warna hijau cerah ni sebagai Kad Pengenalan Sementara (KPPK 09). Dokumen Pengenalan Sementara ni cuma valid 3 Bulan.. Kena simpan elok-elok sebab nanti semasa nak dapatkan Kad Pengenalan yang dah siap kena bawa la benda hijau ni...Katanya siap dalam masa 2 minggu, kalau nak cepat kena pergi ke cawangan lain.. Mungkin ini cuma cawangan kecil, dan kena rujuk ke kemudahan cawangan lain juga.

TOUCH N GO PADA IC
Berbalik kepada Isu TNG pula, oleh kerana aku menggunakan Kad Pengenalan sebagai TNG Kad, maka segala baki duit ada dalam data kad tersebut. Minta pada penjaga kaunter JPN untuk rujuk Data TNG pada IC ni (takut nanti hangus duit TNG ni kalau guna kad baru).
Akak JPN tu godek-godek dalam dia punya sistem, lepas tu akan terkeluar la satu slip, simpan slip ni elok-elok, bawa slip ni ke Kaunter TNG untuk transfer baki yang ada dalam IC ke Kad TNG yang baru (atau tetap nak guna IC)

Aku rasa mungkin patut asingkan kad TNG dengan IC takut berlaku kes macam ni, dan aku selalu guna Smartag, nak keluar-masuk lagi kan...

Maka, episod penantian pun bermula dan Dokumen Pengenalan hijau ni hendaklah di bawak sentiasa dan boleh di lipat sementara nak menunggu Kad Pengenalan siap.

Dalam website JPN ni juga ada Satu Form untuk Sistem Gantian MyKad