Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,

Kembali menulis nak ulang tayang balik semasa Si Isteri mengidamkan Ketam. Di sebabkan menjadi 'weekend husband', sama-sama merantau jauh dari kampung halaman. Nak mintak Ma-Mak masak pun jauh. Maka dengan berkat usaha gigih Si Suami ni termuncullah Plan Projek Ketam Masak Cili Api pada hujung minggu yang lepas.
Ini adalah kali pertama aku mengopek ketam, kali pertama masak cili api..dan bergabung terjadi Kali-Pertama-Ketam-Masak-Cili-Api. Oleh kerana Wife teringin nak makan Ketam, jadi kebetulan pergi ke Star Mall Mentakab, Pahang.. Kami singgah di TF Mall Temerloh mencari bahan mentah untuk Projek Ketam Masak Lemak Cili Api ni.
(Segala bahan-bahan di pilih oleh wifey.. hubby cari skit-skit je bahan tambahan)

Kemudian selepas dah pilih barang untuk masak makan tengahari esoknya...

Sebenarnya oleh kerana ni pertama kali aku cuba untuk memasak Ketam MasaK Lemak Cili Api, maka terjumpa lah satu resipi koleksi masakan ketam di facebook.
Rujuk SINI tengok Cara Blogger Siang Ketam dengan bergambar dan SINI.
KETAM MASAK LEMAK CILI API

Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan

Bahan-Bahan:

3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan

Cara Penyediaan:

Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.

Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.

Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

Credit: Facebook. Boleh Rujuk Koleksi Pelbagai Resipi Masakan Ketam di SINI
Sebelum nak mulakan masakan, buka Youtube siap-siap macam mana cara untuk menyiang ketam...haha. Bila dah tau konsepnya maka mudahlah untuk meneruskan perjuangan ni. Mula-mula buka cengkerang atas tu elok-elok, lepas tu buang insang-insang, bersihkan isi dalam.
Ada tengok Youtube Mat Salleh tentang cara siang ketam ni, ada bahagian-bahagian isi perut ketam tak di galakkan buang sepenuhnya kerana untuk memberi rasa ketam yang kaw-kaw ho liao dalam masakan.
p/s: Cengkerang belakang tu boleh di buang atau di simpan untuk hiasan, deko-deko sebgai final touch nanti.

Selepas dah selesai bersihkan dan menyiang ketam tu, boleh potong kecil-kecil. Semua atas pilihan. mana-mana bahagian yang bajet kurang isinya tu boleh di buang. Tapi bagi situasi aku ni sengaja untuk biarkan sebab nak bagi deko-deko extra... Bahagian Penyepit tu kena retakkan supaya senang nak kopek nanti.. dan bagi rasa ketam meresap keluar. Api kena perlahan supaya santanya tak 'pecah' kata wife.
Tada.. Siap la Ketam Masak Lemak Cili Api.
AKu follow 95.5% Langkah-langkah dalam resipi di atas tu. Insya-allah menjadi walaupun anda seorang lelaki dan pertama kali nak masak ketam..haha.
Menu tambahan, Sotong celup tepung goreng butter dan sayur goreng je..
Markah Isteri kepada Hasil Masakan Suami ni 7/10 katanya.