Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,

Bagi sesiapa yang ada instagram, mungkin ada perasan atau tidak pasal feature Instagram yang baru ni. Feature ini memudahkan bagi sesiapa yang ada banyak akaun instagram..Ada Instagram Personal la..Insta melancong..Instashop..Insta Fan Club..Insta Blog...dan macam-macam akaun untuk satu owner.. Korang boleh uruskan semua akaun dalam sekali log in je.. Contohnya macam dalam Gambar tu.. Aku ada Insta Personal, Insta Hobi KacaLaut dan Insta Brand sendiri..

Sebelum ni aku log out akaun insta ni..log in insta sana... pastu log out balik..log in balik. Jadi agak leceh dan memalaskan kan... (Korang rajin takper la....)
Step dia mudah je.. Log In satu akaun.. Lepas tu dekat pepenjuru atas sebelah kiri ada menu.. Tekan 'Add Account' dan Log In untuk Akaun Instagram yang lain... Kalau ada 10 Akaun Instagram pun, maka berjela la. Buka Instagram ni mudah jer
Atau
Boleh pergi ke bahagian 'Edit Profile' atau ' menu atas sebelah kanan'..Skroll bawah sekali dan 'Add Account'.

Kalau nak Log Out, Boleh Log Out satu-satu akaun atau Log Out All Account. (Kalau Guna Phone/Tablet la..)