Assalamualaikum dan Salam Blogging

Weekend lepas aku pergi ke Jerantut (Since dah jadi weekend husband ni..). Kebiasaannya weekend, kami layan movie, kalau ada event..singgah la sekejap..Kebetulan pada weekend lepas, wife aku maklum ada Pesta Orkid dan Flora di Temerloh. So, apa lagi.. jom terjah la.....

KLIK GAMBAR UNTUK KE FACEBOOK PESTA ORKID DAN FLORA
 Daripada Jerantut ke Temerloh ni ambil masa lebih kurang 1 Jam (Hati-hati jalan Jerantut-Temerloh tu sebab tiada lampu jalan sangat..Kadang-kadang ada lori-lori besar yang lambat lalu..)


Details Maklumat seperti di bawah:
Pesta Orkid dan Flora.
Tarikh: 23 Apr. sehingga 02 Mei 2016
Waktu :  10:00 Pagi - 12:00 Tengahmalam.
Lokasi: Dataran Temerloh (Berhadapan Mahkamah  Temerloh)

Aktiviti-aktiviti:-
■ Jualan bunga-bungaan dan orkid
■ Jualan pokok hybrid & pokok herba
■ Jualan lelong beg tangan
■ Jualan pelbagai kasut
■ Jualan pelbagai biskut
■ Pameran binatang comel
■ Taman ARNAB

Aktiviti-aktiviti menarik :
■ Pertandingan KARAOKE
■ Pertandingan MEWARNA KANAK KANAK
■ Persembahan Artis JEMPUTAN
■ Cabutan bertuah
■ Segmen WANG berganda ‪#‎TEKA‬ TEKI
Pertanyaan : 017.404.8867
(Rujukan dari Facebook Pesta Orkid dan Flora)

Semasa kami pergi pada hari Sabtu (23 Apr) tengahari, baru sahaj bermula.. orang tak berapa ramai lagi, Taman Arnab baru nak setup sikit, tapi ada je beberapa ekor arnab dalam tu. Ssesuai untuk aktiviti kanak-kanak dengan Fauna. Semasa kami pergi untuk Hari Pertama (Tengahari) kelihatan dah banyak juga kedai pokok-pokok hijau dan bunga warna warni. Pengunjung pun dah start memborong apa yang patut. Ada kedai bundle jadi perhatian jugak.
Tibanya di Khemah pameran di sambut dengan bunga-bungaan orkid berwarna warni.
kedai Bundle yang jadi perhatian

Persekitaran
Oleh kerana  kami singgah pada Hari pertama, khemah-khemah dah di buka, ada dalam 2 baris khemah, 1 kadang arnab, pentas karaoke. Di Khemah jualan ada jualan pokok hiasan, pokok herba, pokok buah, pokok bunga dll. Cuaca sekarang agak panas, jadi bawaklah payung ya.






Pokok Herba Rerama
Kebetulah housemate aku asyik sebut je pasa Pokok Rerama ni dan ada viral berkenaan khasiat Pokok Herba Rerama ni, jadi, asalnya dari Pokok dalam semak menjadi Pokok yang bernilai sebab khasiatnya. Di Pesta Orkid dan Flora ni, Pokok Rerama dan pokok ada pelbagai harga.. jadi sebelum beli mana-mana Pokok, pastikan pusing habis dulu survey harga, dan beli semula yang mana berpatutan.

Dalam kajian Universiti, Pokok Rerama berdaun hijau sahaja yang ada khasiat, sebab ada di jual Pokok Rerama berwarna Maroon dan Hijau belang Maroon.
Jadi, aku beli yang passu hitam (dalam gambar bawah); 1 Pasu = RM30; 2 Pasu RM50. Untuk aku dan housemate aku walaupun pokok masih kecil lagi tapi boleh di jaga. Katanya Mudah tumbuh.
Yang ada Tag Hijau tu RM50 sepasu, Pokoknya dah agak membesar. jadi kesimpulannya, Harga Pokok Rerama sini antara RM20 - RM50.

Antara Pokok yang 'sweet' ialah sejenis Pokok Hoya. Siap boleh di bentuk jadi love dengan rangka dawai. Tak pasti macam mana dia tumbuh. Macam 'air plant' ke?

Bila dah lepas hajat nak pusing-pusing dalam 'taman' dan beli apa yang patut..kami mula beredar sebab nak balik Jerantut pun dah sejam drive dengan kereta. Tak sempat nak singgah kat Pasar Malan Jerantut pada Sabtu (Dan Pasar Tani Jerantut pagi Ahad). Kami singgah di TF Temerloh je (buat kali pertamanya..) untuk beli barang-barang memasak untuk Projek Ketam 101.

p/s: Tak sempat nak watermark...





Artikel Sinar Harian: 2,000 spesies orkid, herba dijual