Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,

Bila buka Bab PTPTN ni memang agak tak senang duduk. Al maklumlah buat pinjam berpuluh ribu pastu bila bertahun-tahun habis belajar, masih takat tu je nilai hutang..walaupun dah siap berapa kali musim bunga yang terus berkembang ni. 

Ada yang sangat komited dalam bayar hutang PTPTN ni, ada juga yang jenis liat tak bayar langsung, dan ada juga yang tenggelam timbul bayar PTPTN. Ya, betul kita ada komitmen kewangan lain yang lebih penting (kononnya la semua nak jadi alasan...Ehh. terkata diri sendiri pulak..).

Bila dah kerja, gaji pun tak seberapa..hidup merantau.. nafkah keluarga lagi kan.. semakin lama semakin banyak komitmen kewangan ni.

Bagi yang komited bayar tu memang terbaiklah. Namun bagi aku yang jenis tenggelam timbul ni, aku ambil kaedah bayar secara Online PTPTN dan CIMBClick menggunakan EFES PTPTN.

Aku agak risau untuk buat potongan gaji sebab bimbang potongan tak terkawal dan selamat, tetiba di buatkan ada masalah teknikal PTPTN dan potong banyak.. naya jugak tu..Jadi, aku cuma playsafe la.. kesedaran untuk langsaikan Hutang tu masih ada dalam diri...

Bila buka website EFES PTPTN ni akan terpampang muka depan ni. Jadi, masukkan No.KP dan No.Pinjaman sebagai password korang (Kalau tak ingat no.pinjaman..sila berurusan dengan PTPTN)
Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Pinjaman sebagai Password. No.Pinjaman boleh di dapati di Surat PTPTN atau berhubung dengan Web PTPTN kalau tak ingat.
 Jadi dalam EFES ni korang boleh pantau baki, penyata, buat bayaran balik (ikut kemampuan)
 


 


 
 Masukkan nilai yang hendak di bayar, klik pada butang teruskan. Setiap transaksi di caj 53 Sen.


 Kemudian akan re-direct kepada CIMBClick dan teruskan dengan Step-by-Step CIMBClick (Atau mana-mana Internet banking Pilihan)


 
Bila selesai akan terima emel macam ni atau final step akan terima resit transfer.

Rujuk PTPTN jika ada kemusykilan.