Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Di sini Ismiq cuma ingin mempromosikan aktiviti Program CSR (Corporate Social Responsibility) yang di jalankan oleh MARDI di bawah Pusat Perkhidmatan Teknikal (Program Kursus dan Latihan Teknikal) yang bakal berlangsung di Festival Rakyat@Pasir Salak pada 05 September 2015 ini.

[MOHON MAAF. PENYERTAAN DI TUTUP KERANA TELAH MELEBIHI HAD]
 
Program Green Shoots ini merupakan program khas untuk kanak-kanak Sekolah Rendah berumur 10 - 12 Tahun. Pelbagai tajuk program di perkenalkan dan sempena dengan Festival Rakyat@Pasir Salak ni, tajuk Program ialah "Kitchen Science"!!
Facebook Green Shoots Tani Warriors (GSTW) MARDI Official 
FB Kursus dan Latihan MARDI

Untuk Aktiviti 'Kitchen Science' di Festival Rakyat@Pasir Salak ni ada dua tajuk yang menarik dan bahan-bahannya sangat mudah! Bahan yang mudah di temui di dapur (dan sebab itu di panggil 'Kitchen Science')

1. 'Plastic-bag-ice cream' - Mendedahkan bagaimana membuat Ice Cream homemade dengan campuran bahan dan beg plastik jer! menarik kan... goncang...goncang...goncang....

2. 'Butter-in-a-jar' - Ni pun homemade butter je...campur..campur..goncang...goncang... siap!!

Oleh kerana ia adalah Program CSR, maka penyertaan adalah PERCUMA!! Siap akan di sediakan T-Shirt khas Green Shoots, Beg Green Shoots, Minum pagi dan makan tengahari!! Woww.....

Penyertaan adalah sangat-sangat terhad bagi memudahkan pengurusan urusetia...