Mozila Firefox 40.0 baru sahaja di 'released' pada 11 Ogos 2015 yang lepas, dan pengguna Firefox akan auto-update dari Firefox 39.0 ke Firefox 40.0. Dan bila bertukar ke Firefox 40.0 ni, akan menjadi situasi panik sekejap bagi kaki-kaki download menggunakan Internet Download Manager (IDM) ni yang tetiba tak timbul-timbul di sudut video!!!

Jangan panik!!!
Sebab aku telah mengalami perkara yang sama dan di sini untuk berkongsi cara-cara try, error & success ni.
 Dan
Setelah gigih mengajar budak itu beberapa malam  cara untuk meng'install' Internet Download Manager (IDM) akhirnya dengan 1 langkah mudah jer, Berjaya!!!
1. Mula-mula bila korang update Firefox 40.0, IDM tidak berfungsi walaupun dah ada Add-On IDM.
  • Cek Versi Firefox di Setting > Help Menu (Yang Tanda Soal) > About Firefox
  • Kalau masih versi lama, dia auto-update ke Versi baru.
2. Cek Extension IDM korang di Setting > Add-Ons
  • Kalau masih IDM CC.. Sila Remove sebab dah tak berfungsi.
  • Klik sini (http://getidmcc.com) untuk dapatkan Extension IDM yang baru. Klik "INSTALL" > Allow > dan proses seterusnya.
  • Maybe korang akan di minta selalu Restart Friefox.. Ikut je.
3. Dan Step yang paling penting untuk menentukan jadi ke tak.
  •  Cek skali lagi Add-Ons > Extensions IDM korang..
  • Kalau dia tulis "idm intergration could not verified firefox...bla..bla...". Relax dulu.
  • Sebelah Extension IDM tu ada nampak butang 'Remove' tak? Tekan 'Remove' > Restart Firefox > Buka Add-Ons > Pastikan Extension IDM 'enable' > Restart balik Firefox. Try Test! 
Nota:
Kalau tak jadi,
  • Cuba Downgrade Firefox ke Firefox 39.0 Di SINI.
  • Lepastu Install Extension IDM.Langkah #2
  • Ikut Langkah #3.
 Notakakitangan: Entry ini adalah berdasarkan try test aku untuk memunculkan kembali IDM download ni..