Assalamualaikum dan Salam Blogging Alam Maya

Pejam celik dah masuk Bulan Mei 2015 dah, 5 bulan berlalu sejak tahun baru 2015 ni.. Masuk masuk awal tahun baru 2015..macam-macam azam nak di capai, Dah masuk bulan ni ada yang dah tercapai ke?
Kalau aku masa awal tahun 2015 ni, konon-kononnya nak  revive  semula la dalam dunia blogging ni sebab dah start blogging since 2008.

Oleh kerana agak distracted  dengan kerja sepenuh masa, jadi blogger separuh masa ni agak terabai.
Pukul 8 dah mausk kerja, balik Jam 5 petang
Walaupun waktu kerja dan duk rumah online sepenuh masa, tapi nak taip untuk blog ni mulalah alami simptom 'writer's block'.
Mula-mula simptom ni cuma sikit-sikit jer..tapi lama-lama ambil masa juga untuk kuatkan jari jemari menari menyusun huruf dalam blog ni.

Peranan blogger dalam dunia maya ni kira agak penting gak..ala-ala wartawan surat khabar, berita online yang tak berapa di kenali tetapi bila blogger dah ada nama memang menjadi perhatian. Jadilah blogger yang beretika. Janga nak kejar glemer sangat sampai tercicir adat & adab di tengah usaha tu.

Jadi yang sudah Blogging, teruskan blogging..yang dah lama dah takberapa nak blogging..selamat mencari nur cahaya hidayah semangat blogging. Jadikan blogging ni sebagai hobi yang bermanfaat.