Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap penulis blog a.k.a Blogger mempunyai pelbagai alasan, sebab dan definisi mereka dalam berblogging. Aku bermula sebagai Blogger pada Tahun 2008. Pada masa tu memang terjengket-jengket untuk explore blogger.com, tapi sekarang alhamdulillah sudah biasa dan menjadi mudah. Secara personal, blogger sesuai untuk yang ingin belajar tentang penulisan dunia maya berbanding dengan wordpress (ia bergantung kepada perspektif individu)
blog, blogger

Bagi aku, Dunia Blogger bermula dari 2008 banyak memberi pengalaman yang berbeza dan sedikit sebanyak memberi kesedaran dalan alam realiti. Kerana aku sendiri bermula dari tiada apa-apa, pengalaman banyak mengajar. Suatu ketika dulu, kita pernah menjadi seorang yang terkial-kial dalam kehidupan. Internet merupakan salah satu tempat utama kita mencari maklumat terkini. Walaupun soalan tersebut kelihatan/ kedengaran 'bodoh', tentu akan cari dalam internet.

Daripada pengalaman zaman aku, semasa aku mendapat interview kerja di negeri lain, pergi ke tempat pertama kali jejak, tak reti nak naik bas jauh, nak naik lrt/KTM, kebanyakkannya aku search dalam internet dan bertanya kepada kawan-kawan yang ada pengalaman. Kita semua bermula dengan pengalaman yang cetek. Bukan semua orang dapat menjawab segala persoalan kita dek kesuntukan masa bersama.

Kini, Dunia Blogging menjadi satu tapak untuk kebanyakkan pengguna internet dalam mencari pendapatan pasif, ada blogger yang copy-paste sumber-sumber internet dan menyebarkan ke seluruh penjuru networking. Ada yang membuat tajuk yang sangat menarik ingin tahu pengguna semua semata-mata untuk menaikkan bilangan pelawat dan menaikkan pengiklanan internet di mana menjadi pendapatan online major. Oleh itu, menjadi seorang Blogger itu turut menjadikan seseorang itu mudah terjebak dalam 'fitnah' dunia, fitnah manusia dalam penyebaran maklumat-maklumat yang tidak di selidik dengan betul. Menjadi seorang Blogger juga boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan bergantung kepada individu itu sendiri. Blogger hanya medium dan media pertengahan. Perumpamaanya, jika seseorang itu di beri api, ia boleh membakar atau dia boleh menerangi satu dunia.

Aku harap aku terus ada komitmen dalam berblogging. Berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan aku (mungkin juga copy-paste je maklumat dalam internet ni..haha!) untuk di sebarkan kepada semua. Sejujurnya setiap kali interview kerja, aku menjadikan Blogger/Blogging salah satu kemahiran dalam Curricular Vitae/ Resume dan sentiasa mendapat yang positif daripada interviewer (kerana kebanyakkan Interviewers kurang ber'teknologi', jadikan ia kelebihan diri sendiri..hehe.)

Always remember this, "You used to have nothing, no one; put you empathy highly in everything and everyone"