Assalamualaikum dan Salam Alam Maya, 

Ahad malam Isnin lepas aku belek-belek dalam Laman Web Kickass.to (Torrent) cari cerita-cerita baru yang boleh di layan ni. Kemudian bila tengok bahagian 'TV Show Torrent' ada cerita yang agak baru bertajuk 'Selfie'. Oleh kerana #Selfie dah menjadi budaya dan habit zaman sekarang (walaupun wujud sekian lama dulu). Dengan rasa ingin tahu macam mana gayanya apabila #Selfie ini menjadi drama.
TV Series 'Selfie' mengisahkan seorang wanita awal 20-an yang 'obses' dengan alam maya. Walaupun mempunyai beratus-ratus ribu followers dalam Instagram, Twitter, Facebook. Suatu hari, berlaku insiden memalukan di dalam kapal terbang kepada dirinya dan Eliza mula rasa tersisih dan sedar bahawa tidak mempunyai ramai kawan di alam sebenar.
Eliza cuba mendekati Henry, seorang 'pakar' marketing di dalam tempat kerja dan mula mendapatkan khidmat nasihat Henry untuk cuba 'memasarkan' semula menjadi glamor dalam dunia sebenar.
Henry merupakan seorang 'workaholic', single dan sepanjang sesi 're-brand' Eliza, mereka dua mula berputik rasa cinta.

TV Siri komedi ini mula di siarkan pada 30 September 2014 sehingga kini. Untuk Season yang pertama sehingga Episod Ke-13.
Episode Title Aired
s01e01 Pilot
s01e02 Un-Tag My Heart
s01e03 A Little Yelp From My Friends
s01e04 Nugget of Wisdom
s01e05 Even Hell Has Two Bars
s01e06 Never Block Cookies
s01e07 Here's This Guy
s01e08 Traumatic Party Stress Disorder
s01e09 Follow Through
s01e10 Imperfect Harmony
s01e11 Perestroika
s01e12 Stick in the Mud
s01e13 I Woke Up Like This NEW

Tengok Trailer TV Series Di Sini:


 Pendapat:
TV Siri ni agak santai dan sesuai menceritakan gaya hidup terkini yang banyak fokuskan pada glemer alam-maya daripada kehidupan alam sebenar.

Rate: 4/5 Bintang

Torrent Download LINK: TV SERIES SELFIE

Kalau korang tengok TV Siri Komedi ni mesti rasa macam 'biasa buat jer...."