Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Cuma nak berkongsi pengalaman tentang SIM Celcom SKMM 1 Malaysia yang kena beli RM25/ Sebulan (1GB).

Bermula pada hujung minggu lepas sekitar 07/11/2014, aku baru sahaja subscribe Celcom SKMM untuk sebulan dengan nilai RM25, dan berada di kawasan yang memang Line slow di Bukit Kluang,Besut selama 3 hari tetapi entah kenapa tetiba Internet Celcom tak dapat walaupun ada connection yang paling slow 'Edge(E)'. Sekurangnya mesej Whatsapp dapat la masuk, ni tidak..

Kemudian try godek2 setting Mobile Network, tiada masalah.. Kemudian keluar Notification 'Sign In Network (Celcom)'..Aku tak pernah alami perkara ini, jadi ia agak pelik la.. Bila klik pada notification 'Sign In Network' tu, dia keluar seolah IP untuk Prepaid dan 'Celcom Web Service Not Allowed'.

Kebetulan dapat WiFi di luar 'Hutan' Kem ni, terjumpa forum yang sama dalam CariGold Forum yang telah di post pada Tahun 2012 lagi.. ( http://www.carigold.com/portal/forums/printthread.php?t=290713&pp=10&page=173)
Dalam thread ni ada seorang forum-er bagitau yang dia telah call operator Celcom berkenaan masalah yang sama, jadi hasil yang di kongsikan seperti berikut:-

"ahib020517-02-2012 12:41 PM

berdasarkan penerangan daripada operator celcom tadi, saya baru maklum tentang validity simcard skmm

setiap simcard skmm ada 2 jenis tamat tempoh:

1) tamat tempoh validity

nak tau bila tamat tempoh boleh call 1111 tanya

nak renew kena topup

RM10 = valid 7 hari

RM30 = valid sebulan

2) tamat tempoh internet connection

untuk skmm RM25 sebulan


dua-dua mesti active baru boleh connect internet


maka kalau macam ni skkmm 1 malaysia bukan RM25 sebulan la

tapi RM55 sebulan sebab (RM25 untuk internet connection + RM30 untuk simcard validity)


ada sapa tau pasal ni? "

Jadi, sebelum ni aku masih boleh menggunakan Celcom Internet walaupun kredit sudah expired (Since beli nombor ni khas untuk Celcom SKMM ni).
Tetapi 2-3 hari lepas, kredit dah expired walaupun sudah subscribe RM25/Sebulan, tetapi masih tak dapat internet!!! Mungkin sebab Kod dah berubah, Sebelum ni untuk Subscibe taip '1Month', Sekarang kena taip 'Net25'. APAKAH?!!

Celcom dah buat hal ke? Dah la aku ni tergolong orang berpendapatan rendah...Huhu...
posted from Bloggeroid