Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Feeling nak update blog dalam flight sekali walaupun secara offline. Sekarang dalam flight Malindo Air dari Sultan Mahmud Airport Kuala Terengganu ke Subang Airport setelah bercuti selama 5 Hari sempena Hari Raya Aidiladha. Flighy sebenar jam 06:30 pm tetapi delay selama 20 minit kerana cuaca mendung sangat di K.Teregganu ni.

Pertama kali naik flight Malindo Air ni. Semasa beli Tiketnya agak murah berbanding Air Asia dan Malaysian Airlines walaupun beli waktu akhir dan tiket bas balik kampung pun dah habis. Cuma nak naiknya di Subang sahaja, jadi agak menjadi masalah sebab saya stay di Putrajaya. Jadi, saya minta tolong kawan hantarkan ke Subang Airport. Belum merasa nak teksi lagi.

Di Subang Airport walaupun tak sebesar KLIA dan lebih kurang Kuala Terengganu Airport sahaja. Jadi, kalau dah web check-in, tak perlu tergesa-gesa nak masuk tunggu depan gate tu (sama macam KT Airport). Walaupun web check in website Malindo Air agak masalah kerana beberapa kali saya refresh, error dan cuba lagi sampai berjaya jugak. Nak pergi ke Kapal Terbang perlu berjalan kaki dan naik tangga macam pesawat ringan tu. Buat yang jakun, orang kampung macam saya ni terasa seronok sebab dari jauh nampak Kapal Terbang dan melangkah naik tangga masuk ke dalam flight.

Malindo Air menyediakan snack(biskut) dan air mineral semasa penerbangan. Jika dalam cuaca baik, tempoh perjalanan purata sekitar 45 minit, kelajuan purata 500km/jam dan ketinggian 15,000 kaki dari paras laut (kaptain yang kata ya). Jadi semasa saya tengaj update ni, cuaca agak mendung, berawan, penerbangan ketinggian 14,000 kaki dan mengambil masa perjalanan sekitar 55 minit ke 1 jam 5 minit (akak pramugari yang umum).

Sampai sahaja di destinasi dan mendarat, penumpang kena berjalan sikit untuk ke pintu keluar. Bila turun tangga flight terasa udara panas daripada enjin flight.

Apa-apa pun pengalaman naik Malindo Air walaupun hanya 45 minit perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu memang pengalaman yang baru. Amat berbaloi untuk naik flight kerana jimat masa 7 jam berbanding Bas walaupun kadangkala tiketnya agak mahal sedikit dari bas, tapi anggaplah ianya nilai masa yang telah saya belanja. Sebab saya ni memang jarang balik kampung.

posted from Bloggeroid