Assalamualaikum dan Salam Alam Maya

Selamat sampai ke back-dated Cabaran Hari ke-29!! Untuk cabaran ni tajuk asal ialah 'Bunga Kegemaran dan Erti Pada Anda' tetapi saya ada sedikit perubahan secara umum iaitu tukar kepada 'Tumbuhan Kegemaran'..
Harap ada Blogger yang sama minat :)

Hari 29 #Cabaran30Hari - Tumbuhan Kegemaran dan Erti pada Anda

 Bercerita tentang bunga atau tumbuhan, saya ni jenis peminat kebanyakkan tumbuhan terutamanya yang eksotik sebab kebanyakkannya segar, semulajadi, unik dan mempunyai erti yang tersendiri. Bagi memenuhi syarat cabaran yang masih tertinggal ni..teruskan juga..

Tumbuhan kegemaran saya ialah Pokok Pudina. Gemar dengan aroma daunnya serta mempunyai khasiat herba yang baik untuk kesihatan. Saya pernah beberapa kali pergi ke Pasar Tani dan beli Daun Pudina. Murah! Satu ikat dalam 50sen-RM2 berbanding dengan Supermarket/Hypermarket yang jual beberapa gram Daun Pudina dah beberapa ringgit.

Antara kegemaran saya menggunakan Daun Pudina ialah membuat Teh + Daun Pudina. Menyegarkan dan relaks.