Assalamualaikum dan Salam Blogging.

Nak bercerita bab gajet lak untuk Cabaran 30 Hari ni.
Bab gajet memang agak menarik perhatian saya (sesetengah cuma menarik perhatian sahaja sebab tak mampu milik). Jadi bercerita untuk masa sekarang sahaja, gajet yang telah menjadi kepunyaan diri sendiri.

Hari 26 #Cabaran30Hari - Gajet Kepunyaan Anda

Sebelum ini saya menggunakan HTC Wildfire S, model Android yang pertama menggunakan duit gaji yang pertama dengan kerja yang pertama. Kemudian selepas setahun guna HTC Wildfire, aku beli Samsung S4 (2nd Hand), beli dengan housemate saya di Perlis.
SAMSUNG S4
SUMBER : http://cdn.theunlockr.com
 Kemudian bila berpindah ke Selangor, housemate di sini ajak pergi ke Port Dickson dan saya ni seorang yang suka mengambil gambar. Semasa kami berkayak di pantai port dickson, saya guna Telefon Samsung S4 ni unuk mengambil gambar, jadi telefon tu kebasah-basahan. Bila balik rumah, fungsi Touchscreen dah tak berapa elok dah. Jadi, gadjet Samsung S4 ni saya hantar ke pomen Smartfon di Shah Alam, Harap-harap tiada modal yang tinggi untuk baiki.

SONY XPERIA Z1 COMPACT
Kemudian, saya dapatkan Gadjet lain, Telefon Sony Xperia Z1 Compact di Giant, Kuala Terengganu. Masa beli ada promosi sempena filem Spiderman, jadi saya dapat freegift Slingbag Spiderman dan TShirt Spiderman.
SUMBER: http://cdn.cultofandroid.com
 Apa yang menarik bagi Sony Xperia Z1 Compact ini ialah ia Waterproof! Oleh kerana kelemahan utama gadjet ni ialah sensitif pada air, Kemudian ia jenama Sony. Sejak dulu lagi aku tertarik dengan model Sony kerana mempunyai kamera telefon yang sangat cantik. Kemudian, bateri telefon lebih tahan berbanding dengan model Samsung S4 tu.

LAPTOP LENOVO IDEAPAD Z400 TOUCH

SUMBER: http://www.lenovo.com

Gadjet lain ialah semestinya lemudahan laptop. Sejap laptop Acer yang di guna sejak zaman belajar telah rosak setelah lebih kurang 3-4 tahun penggunaannya, Saya beralih guna jenama Lenovo lak. Laptop sekarang ialah Lenovo Ideapd Z400 Touch, laptop yang boleh menggunakan keyboard dan Touchscreen. Tetiba gedik nak ada dual-function ni. Setakat sekarang guna masih okay menggunakannya.