Assalamualaikum dan Salam Blogging,

Baru-baru ni saya selesai outstation di Pusat Latihan LKIM Camar Laut, Sepang. Dekat dengan GoldCoast, Sepang tu (Bukan GoldCoast Australia tu). Sebelum ni kawan pejabat dan pernah berkursus di sini. Saya nak bercerita panjang pasal Pusat Latihan LKIM ni tapi entry kali ni bukan pasal ni. Nak cerita pasal Buah Naga daripada Sepang Selangor ni.

Saya pun kali pertama sampai di Sepang ni. Atas cadangan kawan pejabat untuk beli Buah Naga di sini, maka kami berhenti la buah naga di tepi gerai. Murah! Buah naga yang kecil tu berharga RM10/ 4 Biji, manakala yang besar RM10/ 3 biji! Buah-buahnya di petik.segar dari ladang yang boleh di lihat di tepi jalan. Rasanya manis dan enak berbanding Buah Naga yang saya beli di Serdang berharga RM10/ 3 Biji bersaiz kecil.


Manakala yang dalam botol tu ialah Minuman Enzim Buah Naga. Sedap gak! Rasa manis, masam, sedikit pahit dan berasid. Bagus untuk pencernaan dan merupakan anti-oksida yang tinggi. Bagi yang tak biasa mengambil minuman berasid, jadi mungkin tidak biasa. Saya pun pernah buah Minuman Enzim Buah yang lain. Harga satu botol ialah RM 25/ sekitar 900ml. Agak berbaloi.

Jadi, bagi yang berkunjung ke Sepang, GoldCoast, Malaysia bolehlah singgah di gerai-gerai kecil di tepi jalan dan beli Buah Naga yang murah, manis dan enak ni.

posted from Bloggeroid